SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, Ogos 11, 2009

CABARAN PADA KETUA PENGARAH DAN MENTERI KESIHATAN

H1N1: Enam lagi kematian, jumlah kini 32(10.08.2009)

KUALA LUMPUR - Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam,: menjadikan jumlah kematian kepada 32 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya semalam, berkata, sejumlah 203 kes baru H1N1 dilaporkan dengan semuanya adalah kes tempatan yang membabitkan warganegara Malaysia.
Dr Mohd Ismail berkata, dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,983 kes. “Daripada enam kematian tersebut hanya satu kematian yang berlaku pada 9 Ogos, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos tetapi dilaporkan semalam secara formal sebagai kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan H1N1. “Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah dua kematian pada 5 Ogos, diikuti tiga kematian (8 Ogos) dan satu kematian pada 9 Ogos. Empat daripada kes kematian didapati mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, warga tua dan lain-lain lagi,” katanya.
Beliau berkata, pada ketika ini, terdapat sejumlah 67 pesakit sedang dirawat di hospital manakala 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada 15 pesakit tersebut, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik seramai tiga orang, obesiti (1), selepas bersalin (1) dan seorang bayi. Di peringkat global, katanya, setakat ini virus tersebut telah mengorbankan sejumlah 1,688 orang di 174 negara daripada 208,155 kes yang dilaporkan.
Berikutan peningkatan penularan penyakit tersebut, Dr Mohd Ismail meminta orang ramai supaya serius mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1 agar segera mendapatkan rawatan anti viral.
Beliau berkata, mereka yang dalam kategori berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang, berpenyakit asma, paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovascular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, diabetes, obes dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah. Menurutnya, kumpulan ini akan diberikan rawatan anti-viral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal, dan ia sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.
“Bagi mengurangkan penularan penyakit ini orang ramai perlulah terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk meminum air dengan banyak, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal dengan teratur. “Mereka juga dinasihatkan memberi perhatian kepada tanda-tanda amaran jangkitan H1N1 seperti sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk atau kahak berdarah, muntah dan cirit-birit yang kerap. “Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut mereka perlulah segera dapatkan rawatan,” katanya.

JIKA ANGKA KEMATIAN MENCECAH 100 ORANG, KAMI CABAR DUA-DUA ORANG NI LETAK JAWATAN KERANA SIKAP SAMBIL LEWA YG DITUNJUKKAN DR MULA WABAK H1N1 INI MENULAR KE NEGARA KITA.



JUGA MENTERI PELAJARAN YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG KESIHATAN PELAJAR-PELAJAR TERUTAMANYA YANG DI SEKOLAH RENDAH KERANA TIADA LANGKAH PROAKTIF YANG DIAMBIL UNTUK MENGELAK PENULARAN WABAK H1N1 KE SEKOLAH. SEBAGAI CONTOH, MEWAJIBKAN PEMAKAIAN `MASK' KE SEKOLAH. YG DIA TAHU TUTUP SEKOLAH JE.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan