SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Isnin, Ogos 24, 2009

ANTU SELAMAT PULANG KE SARANG

Alhamdulillah dengan menjelmanya bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak, semua syaitan-syaitan, jembalang-jembalang termasuk juga hantu-hantu dan antu-antu telah dikumpulkan dan dirantai supaya tidak mengganggu umat Muhammad menjalani ibadah berpuasa. Tinggallah nafsu yang merantai jiwa.
Segala bomoh-bomoh, pawang-pawang dan ghostbuster-ghostbuster akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan bulan ni. Semuanya kerana RAMADHAN AL MUBARAK.
Antu yang selama ini berniat jahat lagi durjana, mengugut dan bersifat khianat seperti yang sering diwarwarkan oleh pemelihara dan suku sakatnya telah selamat kembali ke sarangnya.
Tamatlah sudah satu lagi episod cerita antu setelah kurang mendapat perhatian kerana plot dan jalan cerita yang kurang menarik.
Diharapkan di masa-masa hadapan pemilihan watak mestilah dibuat dengan berhati-hati dan syak wasangka bagi mengelakkan bertukarnya menjadi antu-antu yang menyusahkan semua.
Kita nantikan cerita-cerita antu-antu yang akan datang buat tatapan semua.

TUNGGUUU........

1 ulasan: