SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, Ogos 11, 2009

Adun BN Terengganu dicekup SPRM kerana RAHSUAH




Berita dari mstar online mengatakan bahawa seorang Adun BN Terengganu dicekup SPRM bersama temannya atas tuduhan rasuah atas nilai suapan bernilai RM 20,000.

Ini perkara yang memalukan dan buat Presiden UMNO dan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri Malaysia, inilah masanya membersihkan BN dari perasuah-perasuah.

Jangan disimpan perasuah-perasuah kerana mereka adalah liabiliti.

Dengarlah keluh kesah Tun Dr M yang berkali-kali mengingatkan bahawa BN/UMNO masih belum bersih hatta kabinet dan MT UMNO sendiri masih belum bersih, masih dicemari dengan perasuah-perasuah.

Buat puak-puak PR ini bukti bahawa SPRM tidak pilih bulu, buktinya Adun BN juga disiasat rasuah.

Berita lanjut dibawah:

Rasuah RM20,000, SPRM tahan ADUN Terengganu
Dipercayai minta komisyen 10% bagi projek landskap di KL


KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 melibatkan sebuah projek bernilai RM1.5 juta di ibu negara.

ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan ditahan bersama rakannya di Terengganu.

Dia dipercayai menerima wang suapan terbabit - dalam bentuk komisyen 10 peratus bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek landskap di Kuala Lumpur.

Laporan The Star menyebut, ADUN tersebut dikatakan telah menuntut bayaran secara ansuran bagi satu tempoh selama 24 bulan dari pemaju projek terbabit.

Dia setakat ini telah menerima RM20,000.

Laporan Bernama pula menyebut, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut

Dipetik dr www.mykmujohor.com
editor: rasa2nya berita2 mcm ni masih belum basi lg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan