Dipetik dari laman web Mahazalim
1. Pada pertengahan tahun lalu buku 50 dalil telah diterbit dan diedarkan. Di antara lain ia menuduh Sdr Anwar Ibrahim mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungannya dgn seorang wanita.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tanpa asas.
ANWAR IBRAHIM
1. Pada pertengahan tahun lalu buku 50 dalil telah diterbit dan diedarkan. Di antara lain ia menuduh Sdr Anwar Ibrahim mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungannya dgn seorang wanita.
- Akan tetapi ujian DNA yg dilakukan selepas itu mengesahkan bahawa bapa budak itu ialah suami wanita berkenaan.
- Beberapa hari selepas itu, peguam Nalla telah mengeluarkan surat akuan bersumpah, Nalla menafikan semua dakwaan yang terdapat dalam dokumen polis.
- Tidak lama selepas itu kedua-dua Munawar dan Sukma telah mengeluarkan surat akuan bersumpah menyatakan mereka telah didera dan dipaksa membuat pengakuan diliwat Sdr. Anwar oleh polis. Mereka juga nafi pernah diliwat Sdr Anwar dan keterangan oleh seorang pakar perubatan mengesahkan tiada bukti Sukma pernah diliwat.
- Pihak-pihak yg dikatakan menerima wang dari Anwar seperti Dato Abdullah Ahmad, Aliran, ABIM, Asia Pacific Policy Centre dll telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Murad.
- Dakwaan bahawa Chandra Muzaffar, sebagai presiden Aliran, telah menerima RM5 juta di antara 1992-1997 juga nyata palsu. Ini kerana Chandra tidak lagi terlibat dalam Aliran pada tahun-tahun berkenaan.
- Murad juga mendakwa Anwar terbabit dalam pengambilalihan Sikap-Power oleh MRCB. Ia bertujuan memberi gambaran seolah-olah Anwar memiliki MRCB dan penjualan Sikap-Power adalah diatas arahannya.
- Fakta yg tidak dinyatakan ialah bahawa Daim sebenarnya yg memiliki MRCB dan Sikap-Power dimiliki ahli keluarga Aishah Ghani. Ia dijual kerana Astaman, anak Aishah Ghani pemilik majoriti Sikap ingin mendapatkan keuntungan cepat dari projek ini.
- Dakwaan Murad banyak menggunakan perkataan “saya percaya” dalam membuat tuduhan-tuduhan liarnya. Ini menunjukkan dia sebenarnya tidak mempunyai bukti.
Sejak Sdr Anwar dipecat, berbagai tuduhan liar telah dibuat untuk memberi gambaran bahwa beliau adalah seorang berakhlak buruk. Namun, ini gagal meyakinkan masyarakat. Kini mereka cuba memberi gambaran Anwar sebagai pengamal rasuah yang telah menghimpunkan kekayaan untuk dirinya. Ini semua hanyalah helah sebelum pilihanraya. Ini semua bertujuan memesongkan perhatian masyarakat daripada penyelewengan-penyelewengan pemimpin-pemimpin BN yang telah didedahkan Anwar, sama ada semasa perbicaraan atau melalui laporan-laporannya kpd polis. Namun, pihak polis dan BPR hanya membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan. Kedua-duanya berada di bawah telunjuk Mahathir.
Sebab inilah perlu ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat semua dakwaan terhadap Sdr. Anwar dan semua laporan polis yg telah dibuatnya terhadap pemimpin-pemimpin BN.
—–
Kenyataan Media Sdr. Anwar Ibrahim: Komen Tentang Kenyataan Dato’ Abdul Murad Khalid
Kenyataan Media Sdr. Anwar Ibrahim: Komen Tentang Kenyataan Dato’ Abdul Murad Khalid
29 Oktober 1999
Saya ulangi tuntutan diadakan Suruhanjaya Siasatan Bebas menyiasat pengumpulan harta oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan termasuk bekas pemimpin. Cara memaksa pengakuan dibuat mengikut contoh regim Hitler dan Stalin kian menjadi di negara kita.
Yang mutakhir melibat Dato’ Murad. Fitnah demikian digunakan buat menjejaskan imej musuh politik pemimpin Barisan Nasional.
Ini juga adalah daya mengalih pandangan rakyat dari harta yang dirompak dari negara oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir dan Tun Daim dan sekutu mereka; sebahagiannya sepertimana yang telah saya buktikan dalam laporan polis dan di mahkamah.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan