SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Rabu, Oktober 07, 2009

Bahan Pilihanraya BN, UMNO Tipu RM218 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Okt - Sebuah syarikat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 juta oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004. Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan notis rayuan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co. Peguam Mohd Nazruddin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiapkan alasan rayuan dan tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan itu. Pada 10 September lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater, yang membenarkan permohonan Umno bagi menolak saman syarikat itu, memutuskan saman terhadap UMNO itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950. Beliau berkata, peguam syarikat itu mengakui tidak terdapat sebarang kontrak bertulis selain tidak dapat menjelaskan mengenai intipati kontrak secara lisan. Elegant Advisory yang mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun 2008 menamakan Bendahari UMNO (ketika itu), Azim Zabidi dan UMNO sebagai defendan berkata, ia dilantik untuk membekalkan peralatan pilihan raya dan bahan penerbitan serta menyediakan pengangkutan kepada UMNO bagi pilihan raya umum ke-11. Syarikat itu mendakwa ia mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi UMNO gagal menjelaskannya.

[Puak-puak UMNO memang pandai menipu, mereka menggunakan kemudahan seperti yang dijanjikan kemudian mereka pula yang membatalkan dan tidak mahu membuat bayaran. Alasan yang diberikan kontrak tidak mengikut syarat. Walhal pembekal sudah menghantar semua pesanan yang diminta itu. Akhirnya syarikat terbabit yang akan muflis gara-gara tuntutan jutaan ringgit tersebut. Inilah juga berlaku di Pahang, akibatnya Kerajaan Negeri dan Menteri Besar telah disaman kerana gagal melaksanakan perjanjian yang telah dibuatnya dulu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan