SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Jumaat, Oktober 02, 2009

KIRA SAMPAI MENANG

PARTI TIDAK BERTANDING DILARANG PASANG POSTER- berita hairan

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan hanya parti yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, dibenarkan memasang bahan kempen, termasuk poster, kain rentang serta bendera.
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, berkata hanya Barisan Nasional (BN), Pas dan jika terdapat calon Bebas yang disahkan bertanding pada hari penamaan calon, Sabtu ini dibenarkan berbuat demikian.

DAP, PKR TETAP KIBAR BENDERA , FOTO PEMIMPIN – malaysiakini

Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.
Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya.
"Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi.

KAH KAH KAH…
woit… MULA MULA ADA 5000 EKOR PENGUNDI HANTU…. kah kah kah..
kah kah kahKEMUDIAN TAK BOLEH BUAT CERAMAH…. kah kah kah..
kah kah kah...TAK BOLEH PASANG BENDERA... kah kah kah..
kah kah kah…. KEMUDIAN KIRA SAMPAI MENANG… kah kah kah…

nota:
inilah nama dia pilihanraya. padang dia punya. bola dia punya.
refri orang dia. tiang gol kita dua belas kaki. tiang gol dia dua
kaki. bila kita hendak tendang gol dia bawa lari tiang gol.
sampai kiamat tak boleh menang.

kenapa kita tak ajak dia main guli di atas jalan raya kah kah kah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan