SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Jumaat, Oktober 16, 2009

PRUBAHAN KOSMATIK:Pimpinan UMNO mengalami ANWARISM..dlm masa yg sama beriya menentang Individu yg bernama ANWAR IBRAHIM..

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.
Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Sila hantar komen berita di atas ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

___________________



KOMEN PEMBACA



___________________

1.Prinsip Sekular dan Semangat kebangsaan UMNO yang dipuja-puja dan sanjung itu tidak akan memberi apa-apa perubahan langsung kepada nasib orang Melayu dan lslam selain dirombak 100% kembali kepada al quran dan as-sunnah serta tarbiyah lslam seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka selamat didunia dan akhirat.Abang Beca,Sg Buloh.

2.Perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menampakkan ketakutan para pemimpin UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Melalui ucaptama ketua pemudanya Khairi Jamaluddin menyerang bertubi-tubi terhadap peribadi Anwar. beliau menuduh Anwar sama seperti sesumpah. Malah, dengan gaya gengsterime mengajak pemuda menghalang Anwar daripada menjejaki Putrajaya. jelas Khairi ibarat Tuhan yang Maha Berkuasa sebagai penentu masa depan Anwar. Lupakah Khairi perihalnya menghantar sendiri pasport Anwar selepas Anwar dibebaskan?

Para pemimpin UMNO tidak senang dengan gelagatnya itu. Khairi harus sedar laungannya itu umpama ayam berkokok waktu pagi tidak kesampai ke petang. Dia sewajarnya memikirkan masa depan jawatan ketua pemuda umno yang belum tentu bertahan lama. Anak Mahathir, Mukhriz sedang menanti gilirannya menerajui Pemuda UMNO Malaysia. Khairi tidak perlu mendabik dada memperlihatkan kepetahan bertutur kata dalam perhimpunan pemuda. Dia bukanlah bersih sangat, baru menjadi penasihat tingkat empat (suatu masa dahulu) sudah mempunyai berjuta-juta ringgit. Khairi mahu menutup pekong di dada, tetapi kebusukannya diketahui oleh Mahathir dan anaknya. itulah sikap Khairi mahu menutup keonarannya dengan menuduh orang lain yang membuat angkara.

Ibarat patah sayap, umno bertongkat paruh nak terbang juga. Demi kenazakan UMNO dan BN masa ini, Pakatan Rakyat perlu mengimbau kembali matlamat perjuang. Pakatan Rakyat perlu mempunyai satu dasar yang sama, tepat, jitu, dan konsisten bagi menentukan politik dan masa depan negara.- Haris.

3.Rasuah sudah menjadi darah daging UMNO bagi sekian lama, rasuah atas nama bantuan ikhsan disalurkan kepada rakyat. Agar rakyat ketagih dengan bantuan UMNO dan bukan bantuan dari Allah. Mereka memalingkan rakyat terhadap mereka dan bukan Tuhan yang Esa. Sesungguhnya Allah mengetahui hati mereka - NK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan