SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Khamis, Oktober 08, 2009

Pemuda UMNO Gila Babi..

Kecoh di Padang Permainan Taman Dato' Abd Samad










BAGAN PINANG, 7 Okt - Tinggal tiga hari sahaja kempen bagi pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, dan pada kebiasaannya setiap kali menjelang acara ini pasti akan terjadi kekecohan.




Kejadian berlaku apabila petugas PAS datang untuk memasang kelengkapan di Padang Permainan Taman Dato' Abdul Samad, Bagan Pinang yang kemudian mendapat bantahan daripada Pemuda Umno Bagan Pinang yang datang secara tiba-tiba dengan tiga buah kereta.

Persiapan tersebut dibuat bagi program Hi-Tea bersama ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di Padang permainan terbabit yang dirancang pada jam 5 petang.


Walau bagaimanapun pemuda Umno tidak berpuas hati dengan program tersebut dengan mengaku padang tersebut adalah kawasan mereka.
Mereka kemudian bertindak memaksa petugas PAS beredar daripada padang berkenaan dengan merobohkan empat khemah yang didirikan di tempat program.

Salah seorang petugas PAS yang ditemui berkata padang berkenaan bukan terletak di dalam kawasan bilik gerakan mereka walaupun ianya berhampiran.
"Dan pada kebiasaannya, taman permainan merupakan tempat awam yang bebas digunakan oleh sesiapa. Lagipun kita menjalankan aktiviti yang baik dan bermanfaat untuk penduduk setempat," katanya kepada pemberita di kawasan kejadian sebentar tadi.
Ketika perbincangan diadakan antara penganjur program dan pemuda Umno, datang seorang pemuda yang berpakaian seperti penyokong PAS menumbuk salah seorang pemuda Umno.
Menurut sumber, pemuda yang dikatakan penyokong PAS itu mendakwa adiknya telah dipukul penyokong Umno sebelum ini namun beliau tidak dikenali oleh petugas PAS.
Mereka kemudian dileraikan pemuda-pemuda PAS dan Umno yang berada di tempat kejadian.
Kira-kira jam 3 petang, pemuda Umno mengambil tindakan meruntuhkan sendiri khemah berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata yang mendesak petugas PAS agar segera meninggalkan padang tersebut.
Pihak polis tiba di padang tersebut pada jam 3.20 petang dengan tiga buah trak kecil.
Dalam pada itu, AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar melahirkan rasa kesal berhubung insiden yang membabitkan pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak.
"Saya kesal dengan sikap pemuda Umno yang biadap menghalau dan tidak menghormati kebebasan menjalankan program,
"Kawasan tersebut adalah merupakan kawasan awam yang tidak mengganggu mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti kempen dalam pilihan raya kecil kali ini," ujarnya.
Tegasnya, pihak PAS telah cuba mengadakan perbincangan bagi tujuan kebaikan kedua-dua belah pihak tetapi ianya tidak diendahkan malah PAS diminta untuk meninggalkan kawasan berkenaan.
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar juga diminta untuk tidak masuk campur dalam perbincangan tersebut dan segera meninggalkan tempat kejadian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan