Posted by RAKYAT MARHAEN Rabu, 2009 Disember 02
by Isa
Pulau Pinang turut haramkan BTN
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengikuti langkah Selangor apabila memutuskan bahawa semua kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri diharamkan dari mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tengahari tadi.
"Mulai hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikuti langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN kerana tidak melaksanakan modul sebenar bahkan mengisi modul dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat, " jelasnya.
Haaa.... ini barulah betul, hapuskan semua perkara yang berkaitan dan melibatkan dengan Kerajaan Pusat supaya semua kakitangan dan pelajar dalam kerajaan negeri tidak terpesong dengan dakyah umno.
Sekatan Akhbar Perdana
Dan lagi..., kalau boleh adakan sekatan penjualan akhbar perdana (Utusan Melayau, Berita Hairan dan semua surat khabar haramjadah umno) dalam setiap negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Boikot semua media mereka daripada merosakkan pemikiran rakyat dengan berita2 kisah umno dan yang mengarut.
Sekat semua bentuk sumber maklumat yang melibatkan umno dan barisan nazional kepada rakyat negeri. Lainlah kalau ada pemimpin PR pula yang tergila glamour nak masuk akhbar pencacai tu, ha..ha..ha...
Sekatan Media Electronik
Sekat penyiaran TV1,TV2, TV3 suku dan semua kroni mereka termasuklah siaran Radio RTM. Gantikan dengan radio dan TV kerajaan negeri..., sumber dana... itu tugas kerajaan setiap negeri mengadakannya... pandai2 korang la..., tak pun usung la.. beg kain warna hijau keseluruh kampung dan desa...
Pembersihan Kakitangan Kerajaan.
Tukarkan mana-mana kakitangan yang berjawatan eksekutif yang pro-umno dan gantikan dengan kakitangan yang pro-PR, demi keselamatan kerahsian kerajaan negeri dan tahap mutu sokongan kerja yang tinggi, buat apa nak simpan gunting dalam lipatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Biro Tata Negeri.
Kerajaan Negeri PR juga harus mengadakan kursus dengan modul yang seakan-akan BTN (Biro Tata Negara) malahan lebih kejam dan brutal lagi, lebih kurang sesi brainwash yang macam umno buat. Semaikan pemikiran yang berpihak kepada kerajaan negeri agar semua kakitangan dan pelajar menjadi rakyat yang patuh kepada negeri mereka.
Dengan strategi dan kaedah tersebut, aku berani jamin Keraaaa..jaan Berisan Nazional akan goyang wa cakap lu..., dan kerajaan PR akan dapat meneruskan pemerintahannya selepas PRU-13 nanti.
Hapuskan Kutipan Tol.
Hapuskan setiap kutipan tol di setiap sempadan negeri, semua kenderaan yang memasuki negeri Pakatan Rakyat bebas dari sebarang kutipan tol apabila berada di jalanraya dalam negeri PR. Lambat laun rakyat akan menyedari, jika negeri PR boleh buat... kenapa Kerajaan Pusat selama ini tak boleh buat. Malahan rakyat yang buta hati sekalipun dan totok taksub dengan umno akan mula mempertikaikan Kerajaan Pusat (umno/bn) sekaligus mengubah haluan undi mereka kepada PR. ha..ha..ha.. PR baik maa... (kaedahnya carilah sendiri kan...)
(Dalam aku merapu ni..., yang sebenarnya apa aku nak bagitau ialah, segala bentuk penindasan dan penafian yang Kerajaan Barisan Nazional terutamanya umno lakukan kepada musuh politiknya, hendaklah di balas dengan cara yang sama terhadap mereka, mengikut peruntukkan undang2 yang di bolehkan)
Ada undang2 atau perjanjian ke...? untuk penyebaran akhbar perdana mereka ke setiap negeri...? Takda kan... so boikot jelah... setakat terjejas hasil pendapatan rakyat tempatan itu cuma perkara kecil saja, boleh di bantu dengan cara lain, yang penting sumber atau senjata propaganda utama mereka telah di hapuskan.
Kalau tidak.., segala kekecohan yang berlaku di Kelantan, Selangor akan terusan berlaku, apatah lagi dengan adanya dalang dalaman yang menjadi pengkhianat. Kedah pun jenuh bertepis... tapi masih cooooool....
Perak...? Tak payah ceritalah... dah jadi bubur...
Sekali sekala kena berlaku kejam kepada orang yang melakukan kekejaman kepada kita. Masa dah suntuk, PRU-13 semakin hampir... PAS dengan kecelaruan dalaman Parti hasil dari beruk beruk Selangor dan Terengganu, kenalah pulak dengan Presidennya yang lurus bendul dan lembab tu. Hasan Ali dengan Nasha tu bila nak di terajang keluar, dan jangan lupa Mustapha Ali sekali.
Tuan Ibrahim Tuan Man pun dah terikut lembab, jangan sumbat kes Hasan Ali bawah karpet Deepak sudah la..., melayu sekarang dah tak mudah lupa macam melayu MahaFiraun.
PKR...? Itu Anuar Brahim kena kow tim la..., banyak sangat katak dan buragas yang lemau dalam PKR, mana yang patut terajang keluar tu... campak jer jauh-jauh.
DAP..? wa no komen... so far... wa nampak ok jer... yang wa tak nampak tu... wa pu chi tau..., tapi ada gak yang nak kena sekeh... macam kat Selangor ni...
Isa: Tak sabar nak menunggu kejatuhan empayar umno dan barisan nazional, aku nak tengok macam mana Dato Harussanasini baca talkin nanti..., oopppsss... talkin tak boleh Dato... bidaah tu... ha..ha..ha...
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Rabu, Disember 02, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tak boleh bro,
BalasPadamKalau kita buat macam tu nanti kita pulak dikata tak demokrasi, tak ada kebebsan bersuara. Sekarang apa yang perlu kita buat ialah kita tambahkan lagi media dan penerangan kita.Gua percaya UMNO akan tumbang dalam masa terdekat ni.
ok tak macam tu.