SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Jumaat, Disember 04, 2009

Anwar Kecewa Hakim Tetap Tarikh Perbicaraan Tanpa Menunggu Rayuan Dapatkan Bahan Bukti Daripada Mahkamah Persekutuan !!

KUALA LUMPUR, 2 Dis [6.15 am] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. “Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita.
“Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar. Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang.
Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicarana Anwar Ibrahim akan bermula pada 25 Januari hingga 25 Februari tahun depan. Mohd Zabidin ketika membuat keputusan berkata hanya melalui perbicaraan penuh maka liwat benar-benar berlaku atau tidak seperti mana yang dituduh oleh pendakwaraya.
Jika Anwar didapati bersalah beliau menghadapi penjara 20 tahun. Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan.
“Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya. Sumber TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan