Maka sekonyong-konyongnya turunlah berduyun-duyun rakyat marhaen dari segenap lapisan masyarakat, peringkat umur, darjat, warna kulit, agama dan juga bangsa dengan hanya 1 tujuan dan tekad dihati sanubari masing-masing iaitu mempertahankan dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hujan renyai-renyai tak menjadi halangan, ruang yang terhad tidak dijadikan alasan dan tiada langsung keluhan atau wajah kehampaan pada yang hadir siang kelmarin di Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan.
Nah... rujuk semula disini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini kalau anda tertinggal satu lagi lakaran sejarah yang berlaku pagi 4hb. Disember, 2009.
Rasa aku, sejak sebulan yang lepas, TGNA telah diserang dari berbagai sudut, baik politik, peribadi, kreadibiliti, persepsi dan berbagai-bagai lagi oleh semua media perdana, bloggers atau apa-apa sahaja saluran yang ada oleh pihak UMNgOk/Beer eNd. bukan mudah untuk terus bertahan pada tahap ini.
Tapi itulah pemimpin yang menjadi idola rakyat berbilang kaum dan agama. satu-satunya tokoh agamawan terulung yang diiktiraf ditangga ke 42 oleh dunia dan satu-satunya tubuh kecil yang paling digeruni oleh KERAjaan Pusat. apa ada pada tubuh kecil ini..?
Aku tengok TGNA cuma orang biasa, macam kita-kita jugak... tapi... itu pada zahirnya... kalau dilihat dari sudut hakikat insani, TGNA bukan sebarangan orangnya.masakan hanya dengan "doa" orang biasa semacam TGNA boleh menggegarkan kem UMNgOk/Beer eNd..? wah...!!! penakut sungguh mereka-mereka yang mengaku "kami mempraktikkan Islam yang sebenar" pada "doa" orang biasa semacam TGNA..?
Bukan Malaysia sahaja yang melihat "ketakutan" para "Islamik sebenar" pada "doa" batang tubuh biasa seperti TGNA, malah SELURUH dunia Islam melihat 'ketakutan" sang penguasa pada "doa" orang biasa semacam TGNA.
Padahal yang ditakuti oleh para "Islamik sebenar" itu bukannya "doa" yang dipohon oleh TGNA tetapi apa yang paling ditakuti oleh para "Islamik sebenar" itu ialah pada-Nya yang menerima "doa" tersebut. apalagi bila seluruh rakyat marhaen yang bersetuju dengan "doa" TGNA bersama-sama mengaminkan "doa musnah" pada yang zalim.
Tau jugak kau takut pada "doa" orang yang teraniaya rupanya..? tau jugak kau yang selama ni kau terlalu zalim pada rakyat marhaen kan..? kalau kau tak sedar kezaliman kau, kenapa kau mesti takut pada "doa"..?
Itu soalan pada yang "takut" pada "doa".
Soalan seterusnya suka jugak aku nak tujukan pada geng-geng yang berminat untuk kompromi dengan penzalim. penzalim itu nama partinya ialah UMNO aka UMNgOk.
Geng "Perpaduang"... lebih sinonim kalau aku panggil geng "Nnatang"... perjumpaan dalam gelap, perbincangan demi masa depan MeLAYU atau apa-apa saja nama yang dinamakan untuk "melazatkan" atau "mengHALAMkan" tujuan.
Oi "Nnatang"... kau tak nampak ke sokongan rakyat pelbagai kaum dan agama pada perjuangan batang tubuh yang kau minta untuk berundur atas nama "umur"..? tak malu ke kau bermuka-muka dalam perjuangan..? tak "munafiq" ke kau bila kau melacurkan amanah rakyat yang memilih kau dalam PRU lepas..?
Allah beri akal untuk berfikir demi kebaikan, bukan demi kerosakan. jemaah ini mahu kekal dibawah pemerintahan TGNA atau sekurang-kurangnya dibawah pemerintahan orang yang "tak malu" untuk meneruskan dasar yang sekian lama TGNA bawa. bukan "dasar perpaduan" yang kau momok-momokkan wahai setan...
Rakyat pilih kau untuk jadi "suara rakyat", untuk kau jadi "wakil rakyat"... bukan untuk jadi "pelacur politik"... bukan untuk kau jadi "pelacur amanah".
Bukaklah mata luas-luas baik UMNgOk/Beer eNd, baik geng "Perpaduang"... siapa yang rakyat mahu dan siapa yang rakyat tolak. ini dunia maju, kamu yang "kununnya" bawa kemajuan tapi akhirnya kamu yang lupa bahawa kemajuan itu membuka mata rakyat marhaen. rakyat marhaen tak perlukan lagi "pelawak-pelawak" politik yag cuma pandai menipu, mengadu-domba dan memper"buduh-buduh"kan orang celik.
Tutup mata kau, terimalah kenyataan. rakyat menolak sebarang bentuk kezaliman dan juga "pelacuran"..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan