Pi Em Najib 1Malaysia: Garis Panduan Untuk Penulis Blog
Kata Pi Em Najib -
Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :
1.Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat. (contohnya macam komen Pi Em Najib berkenaan isu Royalty Minyak Kelantan... "Jujur & Adil"..!)
2.Jangan sekali-sekali menciplak. (contohnya macam slogan "1Malaysia"... langsung Pi Em Najib tak ciplak slogan 'PAS For All..!)
3.Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan. (contohnya macam bila Pi Em Najib membuat kenyataan "Negara Akan Bankrup Kalau Harga Minyak Diturunkan..!" sumbernya dipautkan terus ke kepala otaknya...)
4.Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut. (contohnya macam kenyataan Pi Em Najib bahawa Telaga Minyak Cakerawala bukan berada dalam perairan Kelantan... buktinya ialah Thailand dan Vietnam tidak membuat kerjasama dengan Negara Malaysia sebab 'bukan dalam perairan Kelantan"... orang bodoh je yang tak paham benda ni...)
5.Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta. (contohnya kalau kalah banyak kali dalam PRK, tu maknanya "sokongan masih kuat berdasarkan komentar dan maklumat yang berfakta (baca auta))
6.Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera. (contohnya macam bila Pi Em Najib keluarkan kenyataan yang dia tak kenal Sepul... sampai dah kantoi pun dia tak mintak maaf dan langsung tak mengaku di bohong..!)
7.Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi. (citara yang baik ialah wanita Mongolia manakala rasa tahu yang mengerikan ialah bagaimanakah kesan letupan C4..! cool...)
8.Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog. (baca blog Pi Em Najib... jelasss...!!!)
9.Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi. (yang ni kena tanya Bik Mama)
10.Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain. (piawaian yang tinggi ni korang kena study dengan Ajak Baginda... dia tau level piawaian yang Pi Em Najib suka... hahaha...!!!)
Najib berkata beliau mendapati piawaian seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada piawaian itu sedapat mungkin.
Tambah lagi 1 - Piawaian untuk melayakkan seseorang tu jadi pemimpin atau mengepalai mana-mana institusi macam mana pulak..?
Aku rasa Pi Em Najib cuma pakai 1 standard piawaian je iaitu -
•Bodoh...
_PERISIK RAKYAT_
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Jumaat, Disember 11, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan