SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Sabtu, Ogos 22, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Tirai Sya'ban berlabuh pergi

sinar Ramadhan menambah seri

moga taqwa dapat diperolehi

memantap aqidah disanubari


Salam 2 all.


Ramadhan 1430 / 2009 tiba lagi. Marilah kita bermohon kepada ALLAH agar dapat kita melalui Ramadhan kali ini dengan penuh kesempurnaan.


Rasulullah diriwayatkan pernah bersabda, "akan ada nanti dikalangan kamu puasanya sekadar lapar dan dahaga sahaja".


Ini bermakna sekadar menahan lapar dan dahaga, sekadar tidak makan dan tidak minum bukanlah puasa yang sebenarnya saperti yang ditetapkan ALLAH. Kalau dipenghujung Ramadhan kita sekadar berjaya mengecilkan size seluar, sekadar menurunkan kadar kolestrol, darah tinggi atau kencing manis..maka itu bukan kayu pengukur kejayaan berpuasa.


Apakah sebenarnya matlamat puasa di bulan Ramadhan. ALLAH menyebutnya sendiri didalam Surah Al Baqarah: 183, "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana umat terdahulu, semoga kamu beroleh taqwa".


Matlamat puasa Ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Dimana mahu kita cari taqwa ini? Sekali lagi ALLAH memberi jawapannya didalam Al Baqarah:2, "Inilah kitab (Al Quran) yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya, menjadi petunjuk untuk menuju ketaqwaan".


Bermakna dipenghujung Ramdhan nanti, kita boleh mengukur samada 'ibadah kita diterima atau tidak, ialah dengan mengukur samada kita berjaya menjalani kehidupan bertaqwa, iaitu kehidupan berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah.


Ini bersesuaian dengan firman ALLAH dalam Al Baqarah: 185, "Dan dibulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dengan bukti dan keterangan baginya, dan supaya kamu tahu membezakan (kehidupan kamu)".


Bermakna orang yang bertaqwa akan menjadikan Al Quran dan Sunnah Nabi sebagai garis panduan dan petunjuk dalam menjalani kehidupannya. Dengan menggunakan Al Quran dan Sunnah Nabi maka dapatlah kita membezakan yang mana halal, yang mana haram; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana adil yang mana zalim; yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu, yang mana Islam yang mana bukan!


Dan menjalani kehidupan bertaqwa ini adalah secara menyeluruh. Tidak cukup sekadar solat, puasa, zakat, haji, umrah. Tetapi seluruh aspek kehidupan. Firma ALLAH, "Wahai orang beriman, peluklah (hiduplah) secara Islam sepenuhnya". Dari bangun tidur sehinggalah tidur semula. Dari masuk tandas, makan, berpakaian, berkeluarga, berjiran, bermasyarakat, bekerja, berniaga, bermuamalat, bermunakahat, berhukum hakam, berpolitik, bernegara, bermusuh, hatta berperang sekalipun dan seluruh aspek kehidupan mestilah melalui jalur-jalur Al Quran dan Sunnah Nabi.


Dan ingatlah, jika satu aspek syariat, hukum hakam dan perundangan Islam yang kita tolak, maka batallah seluruh aqidah kita. Sebagaimana bila kita berpuasa. Kita mula berpuasa apabila terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bagaimana lapar pun kita, kita tidak akan berani berbuka walau sesaat awal. Walaupun kita telah berpuasa sejak jam 5.53pagi, dan waktu berbuka 7.25ptg, kita tidak boleh berbuka walaupun pada jam 7.24ptg. Walaupun seminit, kita tetap sabar menunggu sehingga jam 7.25ptg. Kerana apa, kerana kita tahu kalau kita bebrbuka jam 7.24ptg, seluruh puasa kita hari itu akan batal walaupun yang kita tolak hanyalah seminit. Begitulah kehidupan Islam, walau kita telah bersolat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain, namun jika kita tolak walau satu syariat atau hukum hakam Islam, maka batallah aqidah kita seluruhnya.


Amat malang kita pada hari ini, kerana itulah yang telah kita lakukan.


ALLAH perintahkan kita qisas dalam kes bunuh, kita tolak dan menerimapakai Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang dibawa oleh Lord Reid kafir la'natullah;

ALLAH perintahkan kita memotong tangan pencuri, kita kata penjara sudah mencukupi;

ALLAH perintahkan kita rejam dan sebat penzina, kita kata denda sudah cukup;

ALLAH perintahkan kita jangan syrik, kita sembah bertafakkur tugu negara walaupun Majlis Fatwa memfatwakan perbuatan itu syirik;

ALLAH perintahkan supaya Al Quran menjadi sumber undang-undang tertinggi, kita nobatkan Perlembagaan Persekutuan yang dihadiahkan penjajah sebagai undang-undang tertinggi negara.


Dan yang paling malang, dengan perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang kita lakukan, kita masih berangan dan bermimpi yang kita ini paling layak masuk syurga.


Dan bila ditegur oleh ulama' dan Tok Guru, kita marah, kita maki, dan kita fatwakan ulama' yang menegur sebagai sesat dan perlu bertaubat! Na'uzubillah..

Ingatlah wahai ikhwan, 'ibadah puasa mengajar kita bahawa apa jua yang kita buat, hanya ALLAH jua yang mengetahui. Kalu bersolat, orang akan nampak. Kalau berzakat, orang akan nampak kita membayarnya. Kalau berhaji, orang nampak kita ke Makkah. Tetapi kalau berpuasa, siapa pun tidak tahu samada kita benar-benar berpuasa atau tidak. Hatta anak isteri yang bersahur dengan kita subuh tadi pun tidka tahu samada kita benar-benar berpuasa. Siapa yang akan tahu apa yang kita buat, entahkah kita makan dalam pejabat, entahkah kita merokok dalam tandas, dan pelbagai lagi kemungkinan.

Sebab itu Ramdhan mengajar kita menentang diri sendir, melawan nafsu kita. Sebaik sahaja pulang daripada kemenangan besar dalam peperangan Badar dan menuju kembali ke Kota Madinah, sahabat mengucap alhamdulillah dan berkata kepada Nabi "syukur kita telah menang dalam perang besar Badar Al Qubra ini".

Apa jawab Nabi saw; "kita kembali daripda pernag kecil, kita menuju ke peperangan yang lebih besar". Sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah ada peperangan lebih besar di Madinah ini?".

Jawab Rasulullah, "Ya, mujahiddin nafsi..perang melawan nafsu & diri kamu sendiri".


Moga Ramadhan 1430 ini akan memberikan sinar taqwa dan keimanan yang sebenarnya kepada kita semua insyallah; moga kita muncul sebagai insan yang lebih beriman dan bertaqwa insyallah.


Selamat melaksanakan 'ibadah puasa dibulan Ramadhan 1430 ini.


Wassalam.

3 ulasan:

  1. asalammualaikum,saya ingin perbetulkan disni ayat surah al-bakarah ayat 185"masa diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-quran,menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dan yang salah"..bukan tahu membezakan kehidupan seperti yang saudara AMKBATUPAHAT catatkan..saya juga tertarik dengan soal aqidah yang saudara bawakan.saya ingin mengingatkan saudara bahawa soal dosa,pahala,aqidah dan sebagai nye seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan dingatkan oleh rasullah SAW adalah hak Allah SWT untuk menghukum.kita sebagai manusia tiada hak untuk melucutkan aqidah seorang itu.jangan lah kerana hendak sedap bercakap kita mengatasi kuasa Allah SWT.mengenai hukum hakam menurut islam pula.adakah saudara rase hukum islam akan dapat ditegakkan jika kita beralih pemerintahan.disini saya ingin cuma bertanya sahaja.bagaimana kerajaan selangor boleh meluluskan pembinaan kuil yang mana majorati penduduk disitu adalah melayu dan bangsa hindu hanyalah 40 orang sahaja.inikah yang dikatakan MENEGAKKAN ISLAM???.nik aziz pula.siapa dia yang nak menentukan seseorang itu layak untuk masuk syurga atau neraka.ulasan kali kedua yang dibuat oleh nik aziz selepas keterangan pertama"saya bukan mengatakan orang UMNO tetapi penyokong UMNO.saya tak biasa menggunakan orang UMNO.saya katakan yang islam yang dibawa oleh umno hanya islam kacukan,islam plastik.tak boleh dibawa kesyurga atau kepintu syurga.hanya boleh dibawa kelubang kubur saja"siapa nik aziz nie.islam bukan terletak pada parti yang disokong oleh seseorang itu.tetapi islam terletak keimanan dan ketaqwaan seperti yang saudara katakan.jadi betul ke kenyataan nik aziz nie pada pandangan saudara??

    BalasPadam
  2. saya nak tanya 1 je...anda dah dgr sepenuhnya ucapan nik aziz tu ke lum...kalu stakat dgr yg kuar kat TV xpayah la nak boarak...lebih...nak beza hang ngan nik aziz...terang2 la hang mmg xbole pakai

    BalasPadam
  3. kwn memang tak bole pakai,jd orang yang bole pakai nie susah..sebab hari nie cakap lain,esok cakap lain..ulama la katakn..takut ulama dalam semak je..hahaha

    BalasPadam