SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, Ogos 11, 2009

Gang Khalid Nordin Menghancurkan UMNO Pasir Gudang


Written by rakyat pgudang

Pada 9hb Ogos 2008 ~ 8.00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di lokasi Dewan Serbaguna Johor Jaya, kelihatannya Khalid Nordin di kritik hebat oleh perwakilan-perwakilan UMNO Pasir Gudang. Antara perkara yang menjadi ketidakpuasan hati yg diluahkan oleh para perwakilan adalah berkisar tentang :-

1) ketidaktelusan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Pasir Gudang.
2) Agihan kekayaan melampau kepada orang-orang kanan Khalid Nordin seperti Hj Rozlan, Hj Bahar, Sdr. Khatim dan Setiausaha Politikna Khairi Malek.
3) Kegelojohan mereka melahap hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh masyarakat tertentu di P.Gudang.


http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/01/petua-kejayaan-politik-khaled-nordin.html
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/11/dulu-kini-dan-selamanya-of-khaled.html

Pada pandangan penulis UMNO P.Gudang kini berada di dalam situasi yang sangat sukar selagi masih ada pengikut-pengikut Khalid Nordin yang rakus sehingga lupa yang di rompak adalah hak rakyat.

Ketidakpuasan terhadap kepimpinan Khalid Nordin di UMNO P.Gudang buat masa ini telah diterjemahkan dalam bentuk dalaman.

Namun jika khalid nordin dan pengikut-pengikutnya masih tidak mahu sedar dikhuatiri nanti masyarakat umum P.Gudang akan menterjemahkan nya pada PRU13 pula.

Jika ini berlaku tentunya Parlimen P.Gudang akan menjadi hak milik pembangkang.

Sehubungan itu seharusnya kepimpinan UMNO P.Gudang mencari satu jalan penyelesaian kearah memperkukuhkan kembali barisan kepimpinan UMNO P.Gudang.

Nota kaki * Kejatuhan Khalid Nordin dalam Politik satu hari nanti adalah di sebabkan oleh beliau merelakan pegawai-pegawainya melakukan kesalahan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan