ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR ( AMKNJ )
“Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa Melayu”
Satu tuduhan yang tidak berasas cetusan oleh Timblan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Mahyudin Yasin terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih menarik lagi, ramai ahli-ahli umno menuruti celaan olehnya. telah bersama-sama melaungkan ayat “ Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa “
AMK Johor tertarik dengan ungkapan “PENGKHIANAT BANGSA MELAYU”… siapa sebenarnya pengkhianat tersebut? Kenyataan Mahyudin mengenai batang hidungnya sendiri dan Umno itu sendiri.
Segalanya berlaku bermula apabila Mahyudin Yasin dan umno sudah mulai bimbang umno Johor bakal tumbang, YB dan MP dari Johor juga akan menyusun langkah untuk menyertai PKR dalam waktu yang terdekat ini. Manakala Anwar Ibrahim semakin releven dan rakyat sudah mulai bersedia untuk meletakkan beliau ditahta yang sebenarnya. Anwar Ibrahim bukan sahaja pejuang Melayu malah “Pejuang Rakyat”
Pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang ini, tidak ada yang mampu menandingi Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat semakin kukuh, sementara BN mulai lesu dan menunggu ajal untuk mati. Justeru itu, umno mengambil langkah untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Pelbagai kaedah dan cara dilakukan untuk merealisasikannya.
Kemasukkan Datuk Seri Chua Jui Meng dan SS Subramaniam kedalam Parti PKR telah mengubah landskap politik Johor. MCA dan MIC Johor hanya tinggal nama sahaja. Kini Umno Johor bersendirian setelah PPP dan Gerakkan menghilangkan diri lebih awal. Pastinya pilihanraya umum ke 13 nanti akan jadi lebih menarik. PKR bersama Pakatan Rakyat akan membina semula Malaysia Baru yang lebih adil dan mengutamakan rakyat.
Rakyat di Negeri Johor lebih mengenali keperibadian Tan Sri Mahyudi Yasin. Sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Johor dulu. Beliaulah PENGKHIANAT BANGSA MELAYU. Atas nama tanah rezeb Melayu, beliau telah perniagakan kepada rakyat Singapura. Atas nama pembangunan, beliau sanggup mengenepikan usahawan melayu yang kini dilihat jauh ketinggalan. Rumah kediaman mewah-mewah yang dibina dengan harga yang tinggi telah memberi perluang kepada rakyat Singapura untuk memilikinya. Tanah perkuburan Cina untuk rakyat Singapura juga diperdagangkan di Jalan Kulai-Kota Tinggi dengan nilai RM puluh ribu. Semuanya angkara Pengkhianatan Muhyidin Yasin.
AMK Johor akan mendedahkan segala-galanya “ Siapa Mahyudin Yang Sebenar “ AMK Johor akan mengumpulkan segala bukti dan kenyataan saksi tentang salahlaku Mahyudin. Kami menyelar dengan keras segala tuduhan yang menyatakan Anwar Ibrahim pengkhianat Bangsa Melayu. Umnolah pengkhianat Bangsa Melayu yang sebenarnya.
AMK Johor menyokong penuh tindakkan undang-undang yang akan diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahyudin Yasin dan juga Umno Bahagian yang terlibat.
Dalam perhimpunan aman Umno Johor di Batu Pahat pada14hb Ogos 2009 yang lepas disertai kira-kira 400 orang, kebanyakkannya Pemuda Umno Kulai dengan ketuanya Adam Hamid ( bekas ADUN Bukit Permai yang juga pengkhianat besar ) dengan angkuh melaungkan “Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa Melayu”. AMK Johor menyelar laungan tersebut dan kami mencabar Pemuda Umno Johor agar diadakan sessi Debat secara terbuka. Kami tidak mahu rakyat Johor/Malaysia berterusan menjadi “Penabur Fitnah”.
AMK Johor akan mengadakan Himpunan Aman di Pagoh dalam waktu yang terdekat ini bagi menyatakan pendirian kami dan menjelaskan “Siapa Pengkhianat Sebanar” Kami mengalu-alukan kehadiran Ketua Pemuda Umno Johor dalam himpunan tersebut.
AMK Johor juga percaya dalam Pilihanraya Kecil Pematang Pasir kelak, BN/Umno akan tewas mudah angkara kenyataan bodoh Muhyidin. Rakyat Pematang Pasir sedang nantikan kehadiran Pengkhianat Bangsa dan Rakyat.
Sekian
Ketua AMK Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan