Selesai sahaja pengiraan undi semalam yang menyaksikan calon PAS, Mohd Salleh Man menang dgn majoriti mudah 4,551 undi..maka berakhirlah juga cerita-cerita dongeng kanak-kanak yang diorang pun tahu takan Pak Kadok khianat pada Pak Pandir, drama bersiri yang umum dah tahu rumah besar tu dia yang punya, episod telenovela yang penerbitnya dah dua bulan sangkut bayar duit kereta, ramalan tok bomoh yang rumah dia sendiri sikit lagi nak roboh, kisah katak yang dagingnya orang melayu tak boleh makan dan bermacam karut marut yang menjadi perbualan dan tajuk cerita di warong-warong, surau-surau, lobi-lobi hotel dan tidak lupa stesyen-stesyen TV dan akhbar-akbar yang meroyan tak tentu pasal.
Yang tinggal hanyalah `anak-anak emas Permatang Pasir' yang sibuk menurunkan poster, pekerja PBT yang menyumpah-nyumpah membersih kawasan, yang berkira-kira untung rugi, yang pekong ke tembelangnya dah pecah, janji-janji manis yang orang yang berjanji dah balik K.L, Ustz Salleh Man yang menang kerana yang kalah seluar dah terlondeh kena cari rumah sewa kat K.L dan bermacam-macam lagi perkara samada yang tersurat atau tersirat.
Tapi yang pasti jangan lupa diwaktu dan masanya akan datang cerita-cerita dongeng, drama-drama bersiri dan episod-episod baru telenovalas akan ditayangkan untuk tatapan umum. Kalau nak tahu.. yang jahat pasti akan kalah, yang baik, hero la tu mesti akan menang.. paling takde pun mesti dapat kahwin dengan anak ketua kampung yang paling cun sekali...hehehehe
TUNGGU....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan