Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Jumaat, Ogos 14, 2009
ISU ARAK :Enakmen Jenayah Syariah Selangor akan diguna-pakai KRAJAAN PR BUAT PERTAMA KALINYA
Arak Tidak Boleh Dijual Kepada Orang Islam.
Ini merupakan penyelesaian terbaik buat kemelut pengawalan jualan arak di Selangor. Siang tadi Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat telah bersidang dan antara isu yang dibincangkan adalah kontroversial kes kawalan arak di Selangor. Kesemua pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP hadir.
Menurut MStar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut dilaporkan berkata:
"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya,.
Kita sokong tindakan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa penjualan arak kepada orang Islam tidak boleh manakala penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam kekal seperti yang ada sekarang, jadi isu ini tiada masalah bebangkit,
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut menjelaskan bahawa keputusan ini bermakna kedua-dua kaedah iaitu kawalan kendiri atau “self regulation” yang diperkenalkan MB dan pengawalan melalui Enakmen Jenayah Syariah Selangor akan diguna-pakai.
Jelasnya arak tidak boleh dijual kepada orang Islam dan dengan itu kawalan ke atas kawasan penduduk yang majoriti slam sewajarnya segera dimulakan. Pendirian ini membuktikan kerajaan PR prihatin terhadap desakkan dan tuntutan masyarakat Islam dan dalam waktu yang sama mengiktiraf hak masyarakat bukan Islam.
Keputusan ini sekaligus bagi saya menjerat kawan-kawan kita dari Umno, setelah berpenat lelah berhimpun dan menyerahkan memorandum bantahan mahukan arak ini diharam dijual di kawasan majoriti Islam di Selangor, kini mereka perlu pula berarak di kawasan-kawasan majority Islam di negeri-negeri yang dikuasai BN dari Johor ke Melak ke Negeri Sembilan sehinggalah Perak, Perlis, Pahang dan Terengganu.
Siapa jerat siapa sekarang? Siapa masuk perangkap siapa?
Bagi saya lantaklah Umno dengan kegilaan mereka mahukan kuasa dengan menangguk di air keruh, kini air keruh menjadi minuman mereka. Yang penting adalah Islam berjaya dimartabatkan, usaha untuk mencegah kemungkaran yang merupakan perintah Allah swt dapat kita lakukan setelah Umno gagal.
Semoga permulaan ini membuka ruang yang lebih luas untuk nilai dan peraturan Islam dapat dihormati dan disaksikan kejayaannya. Ayuh kita buat kerja untuk Islam.
Sumber - Zamri Keciks@CINA ISLAM (林川興)
TPU - Apa kata rakan-rakan dalam UMNgOk..? Perlis, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak macam mana?
Masih nak pertahankan arak "Halal" (berlesen) ke..?
Untuk negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat pulak, jangan sembang je lebih... rakyat nak tengok "PELAKSANAAN" bukan "PERKATAAN" semata-mata..!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
alhamdulilah MB selangor dapat memperkenalkan enakmen jenayah syariah dinegeri selangor dimana arak boleh dijual dikawasan melayu dengan kawalan.orang2 yang bodoh dan percaya saje ikut wayang pekgi yang dimainkan oleh Mb selangor ini.undang-undang yang diperkenalkan ni seumpama kerajaan pusat mengharamkan penjualan rokok kepada kanak-kanak dan 18 tahun kebawah.akan tetapi ia tetap dijual kepada kanak-kanak dan 18 tahun kebawah kerana peniaga nak kan keuntungan bukan nak ikut undang-undang.kalau kena tangkap langgar undang-undang pun baru berapa denda nye,berbanding keuntungan yang diraih.sama mcm undang_undang yang baru diperkenalkan ini.FIKIR_FIKIRKANLAH..selepas ini saudara semua patut cadangkan untuk kerajaan dibawah pakatan pembangkan untuk semua negeri dibawahnye menjadi contoh kepada kerajaan pusat melunaskan undang-undang mengikut islam.contohnye,kalau mencuri potong tangan.mengikut enakmen jenayah syariah seperti MB SELANGOR lakukan.saudara semua pasti dapat nama dan cabang saudara semua akan lebih DINGATI DAN DISAYANGI..apa yang penting "PERLAKSANAAN"....
BalasPadampelaksanaan umngok pecite...
BalasPadamcam marah je bro...rileks..ape yang penting,"PERLAKSANAAN"
BalasPadam