TRAGEDI 02/06
Saya masih benar-benar kesal terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) yang terus bersikap diam membisu dan membutakan mata dengan tragedi 02/06 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh .
Saya tidak akan terus berhenti untuk mendesak agar 2 badan pengamal undang-undang ini bertindak dengan telus , jujur , amanah dan profesional terhadap insiden ini .
SPRM dan PDRM seharusnya bertindak pantas dan segera . Saya benar-benar hairan kenapa SPRM tidak mengambil sebarang tindakan dan membisu sejak runtuhnya stadium tersebut pada 2 Jun 2009 .
YAB Datuk Ahmad Said ada menyatakan sehingga sekarang beliau tidak pernah dihubungi oleh SPRM berkaitan kejadian tersebut untuk diambil keterangan . SPRM agaknya sudah buta sehingga sekarang tiada mengambil sebarang tindakan .
Saya sekali lagi mengulangi desakan terhadap pihak PDRM yang terus membisu tanpa sebarang tindakan terhadap insiden tersebut. Sehingga sekarang saya tidak dipanggil oleh Pegawai Penyiasat untuk di rakam percakapan . Pelik dan menghairankan . Kalau sebelum ini , sekiranya saya tidak hadir untuk di rakam percakapan maka bertubi-tubi mereka talifon untuk meminta saya berjumpa pegawai penyiasat bertugas . Saya telah membuat laporan polis pada 3 Jun 2009, sehari selepas stadium tersebut runtuh .
Saya teruskan tindakan saya dengan membuat Sidang Media pada 4 Jun 2009 di Uncle Chua Kopitiam , Ladang , Kuala Terengganu . Dalam Sidang Media tersebut saya tegaskan bahawa Datuk Bandar MBKT perlu disiasat segera kerana beliau terlibat dengan pengeluaran CF Stadium tersebut . Tapi tidak mendapat perhatian pihak PDRM ,
Rakyat Terengganu sedang menunggu keputusan dan tindakan pihak SPRM dan PDRM terhadap kes ini . Rakyat inginkan ketelusan dan kerja profesional dua agensi ini .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Isnin, Jun 08, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan