menyamar, berpura-pura dan kepalsuan. sukar untuk ditentukan dengan KATA-KATA atau RUPA. ungkapan yg baik-baik, penampilan yg muluk-muluk, WAK LU! yg pentingnya amalan.
hakikat kebenaran amat mudah dinilai kalau hanya dengan ucap lidah, basah air liur menjejeh, LECEH! intipati itu pd kewujudan keseluruhannya, bukan hanya lidah, AIR LUDAH!
begitu juga dengan politik dalam segenap bidang kehidupan. ramai org benci politik. kerana ia kotor, SIAL hanya apabila dibiarkan dalam genggaman tangan poliTIKUS-elit-status quo yg mahu rakyat terus dibodohkan, tidak pandai, patuh tidak membantah, setia membuta tuli, kekal dikawal menjadi golongan yg diperintah - hamba yg tidak dapat mengecap kemerdekaan.
yg dinamakan rakyat itu perlu disedarkan tentang hak-haknya - keseluruhannya, bukan saja hak-hak yg seiring dgn kepentingan tertentu gerombolan pemimpin poliTIKUS itu saja.
dalam demokrasi, rakyatlah yg paling berkuasa sekali. tetapi kuasa dan kekuatan rakyat selalu ditekan, dilemah mengahkan, dilengah lambatkan, disekat dihambat, disebat, dirembat. ataupun rakyat dipuja semangatnya, bila bangkit dihalakan ke PETI undi, yg nantinya memberanakkan kuasa dan harta, bukan untuk rakyat yg bersemangat itu, tetapi untuk PEMENANG daripada undi rakyat itu tadi.
kita berhak mendapat hak-hak kita sebagai manusia, hak untuk dilahirkan bebas, merdeka dan hidup adil saksama. benar selalunya parti-parti politiklah yg kunun memperjuangkan hak-hak ini. tapi perlu dibezakan di antara gagasan yg tersurat dgn niat busuk poliTIKUS yg tersirat - kadangkala pandai pula menjerat.
tetapi hak-hak kita ini selalu dirampas para penguasa - PARTI APAPUN IA!
yg namanya parti politik, kata rakyat hanya membawa SATU MAKNA = UNDI. selebihnya tak banyak yg dipedulikan. kata KEKUASAAN RAKYAT - demo krasi bagi parti politik hanya bermaksud PILIHANRAYA - 5 tahun sekali, atau jika ada kes kematian, letak jawatan, kesihatan pada pilihanraya kecil.
namun demikian, dalam demokrasi parti politik, atau boleh kita katakan demokrasi PILIHANRAYA ini, jika satu-satu parti politik itu terlalu kuat ia akan cenderung zalim, kuku besi, kejam, menindas hak asasi manusia, mengharamkan perbezaan pendapat, banyak juga yg gemuk rasuah dan korup.
maka rakyat perlu disedarkan akan tugas, tanggungjawab dan hak-haknya untuk setiap masa sepanjang penghidupannya, hak2 itu pula perlu dapat dinikmati sehari-hari, bukan hanya dapat didengar baca lihat setiap lima tahun sekali dengan JANJI atau MANIFESTO parti politik. rakyat perlu berhati-hati.
sudah bertahun-tahun org berkata ttg third force - kuasa KETIGA dalam kerangka pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. kuasa KETIGA ini telahpun wujud - mahasiswa, anak muda, seniman, sasterawan, budayawan, gerakan perempuan, intelektuil, gerakan buruh dan kesatuan sekerja, pejuang alam sekitar, media bebas, blogger, busker, NGO, NGI, hardcore DIY punk rocker, skinhead anti rasis, golongan indie dll. kuasa KETIGA ini perlu menjadi non partisan yg politikal, bukannya menjadi partisan yg poliTIKUS.
kerana kederat, masa, tenaga, sumber dan fikiran kuasa KETIGA perlu disumbangkan untuk menegakkan hak dan demokrasi sehari-hari rakyat, yg perlu dinikmati SEKARANG, bukan setiap kali berlangsungnya demokrasi PILIHANRAYA, yg bukan ada setiap haripun. selalu terjadi demokrasi parti politik/ demokrasi pilihanraya ini tidak berminat dengan demokrasi kehidupan rakyat sehari-hari, melainkan hanya untuk poliTIKUS MEMERINTAH dari atas kerusi, jawatan, pangkat - bersama sekelompok kecil kerabat dan sahabat handainya. senjatanya HARAPAN - apapun namanya!
Cetusan rasa oleh sampahseni
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Jumaat, Jun 12, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan