Menghampakan!!!! Apa dah jadi!!!! Itulah sungutan dan persoalan dari pengunjung-pengunjung Laman web Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang kelihatan "lesu" berikutan 'tiada berita' yang nampaknya berjaya menarik minat 'moderator' untuk disiarkan. Berita terakhir adalah pada 6 Mei 2009 jam 7:38 pm berkaitan dengan isu di Perak. Sewajarnya 'mereka-mereka' yang telah dipertanggungjawabkan hendaklah sentiasa mengemaskini laman web AMK Malaysia tersebut agar boleh dijadikan rujukan kepada ahli-ahli dan mereka yang inginkan maklumat tentang pendirian dan senario politik semasa Malaysia.
Berita berkaitan dengan kemenangan calon Pakatan Rakyat dari PKR iaitu YB Dr. Mansor di Penanti juga gagal mendapat perhatian 'moderator". Maklumat-maklumat mengenai gerakkerja yang melibatkan Ketua AMK Malaysia dan Exco juga tidak dikemaskini. Maklumat atau perkara yang akan dibincangkan di dalam kongres khas pada 13 Jun 2009 langsung tidak ada dalam blog AMK Malaysia.
KAMI TIDAK MAHU AMK MALAYSIA MENJADI SEPERTI IBU KETAM.
Laman web AMK Malaysia sewajarnya menjadi contoh kepada yang lain. Jika dirasakan terlalu 'sukar' untuk mendapatkan berita2 terkini, dicadangkan agar 'mereka-mereka' yang bertanggungjawab menggunakan kaedah yang paling cepat,senang dan selamat iaitu "copy n paste" dari laman web/blog AMK Negeri/Bahagian dari seluruh Malaysia supaya memebolehkan laman web AMK Malaysia menjadi 'one stop centre' untuk berita dan gerakkerja AMK keseluruhannya.
Kami menyeru agar mereka yang bertanggungjawab mengemaskini laman web AMK Malaysia agar mengambil tindakan segera dengan mengemaskini laman web tersebut. Kami amat dahagakan maklumat terkini.
Diedit dr petikan amkgelangpatah
Diharap teguran ini tidak disalaherti atau dipolitikkan. Sesungguhnya ianya bertujuan untuk menyedarkan bahawa 'kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan'.
Bersama-samalah kita memartabatkan AMK Malaysia sesuai dengan perjuangan yang kita dokong selama ini.
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Selasa, Jun 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan