SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Khamis, Jun 11, 2009

Perancangan Fraksi UMNO Seterusnya: Pecahkan Pakatan Rakyat

Hakikatnya, Fraksi UMNO telah dibeli oleh UMNO. Sewakty Muktamar di Shah Alam baru2 ini, sebuah syarikat UMNO, Puncak Niaga, telah menaikkan beberpa kain rentang sempena Muktamar PAS.

Dan Puncak Niaga yang sama yang bertanggungjawab menaikkan bil air kita di Selangor. Antara keperluan kenaikan bil air adalah untuk membayar gaji Pengerusi Puncak Niaga, Razali Ismail, sebanyak RM5.1 juta setahun.

Saya tak tau nak kata, tapi apakah mungkin sebuah syarikat UMNO boleh meraikan perhimpunan agung parti yang musuh kepada UMNO? Adakah mungkin syaitan akan meraikan perbuatan ibadah hamba2 Allah? Adakah mungkin sebuah syarikat yang zalim boleh menykong sebuah parti Islam?

Malaysiakini melaporkan bahawa tempat tinggal pimpinan2 tertinggi PAS telah dibayar oleh individu-individu yang tidak dikenali.

Mengikut kenalan saya yang merupakan sebahagian dari Fraksi UMNO, antara agenda utama mereka adalah untuk persempadanan pilihanraya kelak. Fraksi UMNO telah mencadangkan kepada UMNO bahwa mereka mahu 75% dari kawasan Parlimen menjadi majoriti melayu.

Perkara ini tentulah akan menguntungkan UMNO kerana fraksi UMNO kelak melihat bahwa PAS akan bersama UMNO. Jadi, apa yang akan menguntungkan UMNO bakal menguntungkan PAS.

Permainan Sudah Bermula
Kenyataan2 berkaitan Kerajaan Perpaduan dan berunding dengan UMNO yang dilayangkan oleh puak2 Fraksi UMNO baru2 ini adalah “prelude” atau permulaan kepada usaha memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Kita lihat, kenyataan2 seperti ini telah pun menimbulkan rasa gelisah serta tidak senang di kalangan komponen2 parti Pakatan Rakyat. Untungnya, mereka merancang dan Allah SWT juga merancang.

Usaha mereka ini yang pada mulanya bertujuan menimbulkan kegelisahan di kalangan Pakatan Rakyat telah disambut dengan kebencian yang sangat tinggi di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Sehingga mereka terpaksa memberhentikan polemik Kerajaan Perpaduan dan ‘Rundingan dengan UMNO” secara serta merta. Nampaknya, ahli-ahli PAS sudah mula memberontak terhadap cadangan-cadangan ini.

Taktik Seterusnya

Tapi, selepas ini, isu-isu seperti hudud dan negara islam akan dilayangkan oleh puak2 ini bagi bertujuan untuk memaksa DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Taktik ini telah berjaya dilakukan oleh Dr. Mahathir dahulu dan biasanya DAP yang akan melompat keluar dahulu.

Seteleh Pakatan Rakyat pecah, barulah Fraksi UMNO akan mengenegahkan agenda PAS-BN ini secara terbuka kepada ahli-ahli PAS kerana di waktu itu, demi untuk menyelamatkan kerusi2 PAS, tidak ada pilihan lain kecuali menyertai kerajaan campuran PAS-BN.

Sekaligus menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional serta pentadbiran Najib. Pimpinan2 PAS yang terbabit akan mendapat laba yang sangat banyak dan melimpah-limpah.

Diwaktu itu, Islam adalah menjadi prioritas yang tercorot kerana mana mungkin PAS akan memperjuangkan Islam lagi apabila sudah berada satu kelambu dengan Barisan Nasional.

Ahli-ahli PAS hanya akan melopong. Bukankah ini mandat yang telah diberikan oleh ahli2 PAS kepada pimpinan-pimpinan mereka?

Apa untungnya bercakap berkenaan dengan Negara Islam sekarang ini kepada Islam di Malaysia? Yang lebih aula adalah menunjukkan akhlak dan kebolehan Islam mentadbir kepada mereka yang belum Islam di Malaysia.

Jalan Keluar?
Saya tak nampak jalan keluar. Dua tahun adalah masa yang sangat panjang. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Saya mencadangkan supaya Husam Musa dan keseluruhan pimpinan PAS yang tidak redha untuk duduk dalam kelambu UMNO supaya menarik diri dari kepimpinan yang ada sekarang ini.

Mereka musti ramai-ramai meletak jawatan serta membiarkan Fraksi UMNO melakukan apa yang mereka mahu. Biarkan sahaja apa sahaja kehendak Fraksi UMNO ini.

Husam Musa telah berusaha bermatian untuk menghalang perselingkuhan ini dan beliau hanya mendapat nista dan kata cemuhan dari ahli PAS.

Jadi, saya cadangkan janganlah kita membazir waktu. Hakikatnya, ahli-ahli PAS tidak mahu PAS menggantikan UMNO.

Mereka lebih rela PAS menjadi balachi kepada UMNO sementara pimpinan2 mereka gemuk dengan kekayaan yang diberi oleh korporat2 UMNO.

Kita semua mesti menyediakan persediaan mental untuk melihat kejatuhan PR dan kebangkitan semula UMNO/BN persis 2004.

Saya sendiri berpendapat ahli-ahli PAS tidak cukup matang untuk diberikan Allah SWT pemerintahan negara.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan