"A man of principles will resist an evil system with his whole soul. Non-collaboration with evil is a sacred duty!" -- Gandhi
Salah satu tragedi yang muncul sebaik berakhirnya muktamar ke 55 PAS ialah kemenangan Nasharudin untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden. Tragedi kerana kemenangan itu diraikan dengan penuh semangat 'perpaduan' oleh media UMNO (Baru)yang tentunya adalah suara kepimpinan parti Melayu terbesar di dunia itu.
BARISAN kepimpinan baru Pas yang terpilih dari kiri Naib Presiden Salahudin Ayub, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Presiden Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Mahfuz Omar menjulang tangan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
Baca tajuk-tajuk Utusan Malaysia hari ini:-
Kuasa ulama terus teguh
MUKTAMAR Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam telah membuktikan bahawa kepimpinan ulama di dalam parti berkenaan terus kukuh tetapi dalam masa yang sama tidak menolak sumbangan kumpulan profesional dan aktivis.
Sahut cadangan Presiden Pas wujudkan kerajaan perpaduan
idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara nampaknya mendapat sahutan positif dan negatif daripada pemimpin politik.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
ISU kerajaan perpaduan sepatutnya diterima secara terbuka oleh semua pihak. Jangan terburu-buru menolak. Berilah ruang kepada pemimpin bertemu dan berbincang. Usah diragui keupayaan pemimpin yang mengendalikan isu ini.
Melihat kegelojohan media UMNO (Baru) memberi sokongan, berkempen dan merayakan kemenangan Nasharudin mencerminkan ada udang disebalik batu.
UMNO (Baru) tentunya tidak peduli pada kepimpinan parti lawan kalau tiada apa-apa muslihat dan strategi 'devil plan' yang menguntungkan mereka.
Lantas 'scam' 'Perpaduan Melayu' dan 'kerajaan perpaduan'. UMNO (Baru) menjadi tema yang cukup mega. Secara realitinya, UMNO (Baru) bukan gerombolan suci, bersih dan mulia untuk mempertahankan institusi ulamak dalam PAS. Malah sebelum ini habis-habisan mengutuk kepimpinan ulamak PAS.
Maka kemenangan Nasharudin boleh membuka jalan kepada objektif utama UMNO (Baru). Kita tidak perlu menduga lautan dalam. Semuanya sudah terbuka dan bukan rahsia lagi.
Harun Din ada menyebut mengenai musuh dalam selimut. Sama ada kumpulan Erdogan atau kumpulan ulamak menjadi musuh dalam selimut masing-masing, memang ada musuh sedang berselimut untuk mengubah haluan PAS. Sama ada ke arah lebih baik atau buruk, terpulang pada 'musuh-musuh' dalam selimut tersebut.
Melihat gelagat kurang ajar Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS tetapi masih berjiwa UMNO (Baru) dan tindakan dua katak PKR yang melompat untuk menyokong UMNO (Baru) sekaligus meruntuhkan kerajaan PR di Perak , mungkinkah Nasharudin sama sahaja taraf perjuangannya?
Mungkin Nasharudin, ada sedikit kelas sebagai Timbalan Presiden PAS. Sebelum ini pernah ada mantan Presiden PAS yang mati sebagai ahli UMNO.
Kalau Hadi Awang dan Nasharudin, tanpa mengindahkan nasihat Mursyidul Am PAS sendiri, mengambil langkah untuk berpadu dan tidur satu selimut dengan kepimpinan UMNO (Baru), konon-kononnya demi perpaduan dan ketuanan Melayu (baca meneruskan kebobrokan, rasuah, penyelewengan, penipuan dan survival UMNO (Baru)), maka tiada bezanya mereka dengan Ibrahim Ali, katak-katak di Perak, Ezam & lembu-lembu GERAK, dsbnya yang kini berselimut dan berjiwa UMNO (Baru).
Mereka sekadar pencacai yang menjadi hero UMNO (Baru) demi survival sebuah parti yang sudah lupus tarikh hayat dan hanya berharap kepada PAS untuk bekalan oksigen.
Ulang semula:
Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".
"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.
"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut" (Petikan dari berita Malaysiakini 7/6/09 bertajuk "Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'")
Posted by fudzail
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Isnin, Jun 08, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan