SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, Jun 30, 2009

'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah


Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 09
10:33am
kemaskini 8.27pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.

Tiga suspek dicari

Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

13 Julai sebutan semula

Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.

Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Susulan siasatan terhadap kes tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Ketika dihubungi hari ini, exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tujuan polis menggeledah.

Pada 26 Jun, sebuah rumah pelajar wanita di Seksyen 17 Petaling Jaya digeledah kira-kira sejam oleh empat anggota polis berpakaian biasa.

Polis merampas cat yang digunakan untuk membuat kain pemidang bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Ahad lalu.

Keesokannya, polis menggeledah sebuah rumah pelajar lelaki di Seksyen 17 Petaling Jaya pada sebelah petang. Tiada rampasan dibuat.

Hujung minggu minggu, jam 3 pagi, sebuah lagi rumah pelajar di Seksyen 17 Petaling Jaya didatangi tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dengan membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin dalam keadaan bergari dengan berbaju tahanan lokap.

Tiada waran geledah

Kumpulan polis yang sama dengan dua suspek kemudian ke rumah pelajar lelaki di Seksyen 14 Petaling Jaya, kira-kira 3.30 pagi. Mereka berada lebih kurang setengah jam.

Mereka selepas itu ke rumah sewa lelaki Seksyen 17 Petaling Jaya, bagi kali kedua sejak 27 Jun lalu, lebih kurang jam 4 pagi.

Tiada rampasan di ketiga-tiga rumah tersebut.

Polis juga tidak menunjukkan sebarang waran geledah di semua rumah terbabit, kata Mohd Aizat lagi ketika diihubungi.

Beliau menjelaskan MPMUM sedang menyediakan khidmat guaman untuk kedua-dua pelajar tersebut.

Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

"Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan.

Isnin, Jun 29, 2009

Majlis Raja-Raja tangguh pindaan peraturan tukar agama


Jun 29, 09 6:18pm
Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu pada satu mesyuarat khas hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, lapor Bernama.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ke mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain kemudian.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Taklimat dibatalkan

Berikutan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut, satu majlis taklimat untuk ahli parlimen beragama Islam mengenai pindaan tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.

Taklimat tersebut dijadual diberikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada jam 6 petang hari ini.

Mereka dijemput oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjaga halehwal agama Islam.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan berhubung pembatalan tersebut, tetapi menteri yang menjaga halehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia kerana ahli parlimen terbabit sibuk dengan jadual masing-masing.

Katanya, taklimat tersebut akan diadakan kemudian tetapi tidak mengulas lebih lanjut.

Pada 16 Jun lalu, Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan tersebut sedang diperincikan oleh Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen.

Ahad, Jun 28, 2009

Nik Aziz ajak Najib berdebat



Jun 27, 09 2:23pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Sabtu, Jun 27, 2009

Jumaat, Jun 26, 2009

Kempen video burukkan isteri PM


Jimadie Shah Othman | Jun 25, 09 2:25pm
kemaskini 11.31pm Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampung lamanya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.

Satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk dan terbiar yang didakwa kediaman asal ibunya di Kampung Mertang, Seri Menanti.

Tiga klip video isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Semakan Malaysiakini setakat ini menunjukkan ketiga-tiga siri video tersebut ditonton hampir 300,000 kali – 155,825 untuk bahagian pertama, 86,989 (kedua) dan 51,875 (ketiga) – dan disebarkan meluas di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.

Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.

Namun, tambahnya, seorang anak kepada isteri bekas Speaker DUN Negeri Sembilan yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang isteri bekas ADUN tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

"Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.

Rosmah kini menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

Khamis, Jun 25, 2009

Chegu Bard di Batu pahat 26 Jun


..............................................................

25 Jun 2009

8.00 mlm : Mesyuarat Perhubungan KEADILAN N.Sembilan di Seremban

9.00 mlm ; YB.Taufek (ADUN PAROI), Mazlan Aliman(JK PAS PUSAT) & che'GuBard,Pusat Khidmat Dun Paroi (Parlimen Rembau) Tmn Tasik Jaya, Seremban

26 Jun 2009

9.00 mlm ; Ceramah Umum, Markas PAS Parit Besar, Patu Pahat (pertanyaan 0127228004 Fauzi, AMK Bt.Pahat)
27 Jun 2009

11.00 pagi ; Jemputan Majlis Pernikahan

9.00 mlm ; Ceramah Umum AIC Pontian
28 Jun 2009

9.45 pg :Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di Ibupejabat KEADILAN

5.00 petang ; Sembang petang bersama anak muda Kedah
9.00 mlm ; Ceramah Umum Kulim, Kedah
4 Julai 2009

9.00 pg ; Program dialog Majlis Pimpinan Negeri Sembilan bersama Pimpinan Cabang Rembau

10 Julai 2009

Perkemahan 'Anak Muda Utara'
11 Julai 2009 - 14 Julai 2009

membantu kempen Pilihanraya Kecil Manik Urai, Kelantan
18 Julai 2009

9.00 mlm ; Ceramah Umum, Kangar, Perlis (Pertanyaan Hasrul Nizam - 0124187630)
19 Julai 2009

8.00 malam ; Makan Malam & Pidato Anak Muda 'pencetus merdeka negara' sempena KonVensyen AMK Cabang Permatang Pauh, Dewan Yayasan Aman, Penanti, P.Pauh, P.Pinang.

24 Julai 2009

9.00 malam ; Ceramah Umum anjuran DPP Sg. Petani


sebarang pengesahan / jadual program sila hubungi
0123696474 (NorAzizi)
Bantu untuk kami terus berkhidmat
Perbelanjaan Pusat Khidmat Rakyat Bahagian Rembau menjangkau RM2000 sebulan termasuk bantuan, perbelanjaan mengurus, sewa pejabat, bil elektrik/air. Sumbangan semua dirayu sila sumbang terus ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482 .
by che'GuBard at 4:38:00 P

SAY no to BN!!!!!


2 hari lepas che'GuBard cuti sakit kerana sakit 'belikat' yang makin teruk dan bisul di lutut yang makin sakit. 2 pagi, 2 hari lepas terpaksa ke Hospital An Nur, Bangi kerana tak tahan sangat sakit. Doktor telah 'operate' bisul dan suntik ubat tahan sakit untuk sakit 'belikat'. Beri 4 jenis ubat dan kos rawatan harganya RM138.00 ........Duit tak ada dalam poket nasib baik kad kredit ada maka tambahlah lagi hutang.

Esoknya walaupun luka di lutut masih sakit dan belakang masih 'krem' sakit, namun masih tetap kena pergi kerja. Lokasi pejabat yang agak jauh dari rumah mengambil masa perjalanan hampir 2 jam. Maknanya setiap hari che'GuBard kena keluar rumah 6.30 pagi untuk sampai ke pejabat sebelum 8.30 pagi. Keluar pejabat pula 5.30 petang dan petang 'trafik' lebih parah cuma boleh sampai rumah jam 8.00 malam.

Itulah rutin rakyat kerja - kerja - kerja.... itu belum lagi tengahari lari ke mana - mana jabatan kerajaan untuk hantar memo masalah penduduk Rembau dan sebagainya. Contohnya waktu makan tengahari ini akan digunakan untuk lari sebentar ke Parlimen untuk menghantar Petisyen Isu Tanah Adat Rembau yang bakal dirampas regim Bn. Petang balik sahaja dari kerja kena bergegas terus ke tempat program ceramah atau mesyuarat. Hujung minggu pasti penuh dengan program parti. Contohnya petang ini balik kerja terus ke Paroi dan petang esok balik kerja terus ke Batu Pahat ada ceramah. Jawabnya sampai rumah jam 3pagi dan apa pun alasan 6.30 pagi esok harus siap keluar rumah untuk ke pejabat. Nasib baik isteri begitu faham dengan tugas dan perjuangan ini. Itupun tiap hujung bulan pasti lebih setengah dari gaji akan terlabur untuk aktiviti parti atau bantuan rakyat. Contohnya untuk kejohanan snooker Rembau dan aktiviti anak muda di Rembau bulan Jun ini terlabur RM2,000, sewa pejabat Rembau RM 250 (tak masuk air dan eletrik) itu belum masuk perbelanjaan berkaitan yang lain.

Itu cheGuBard yang ada kereta sendiri, ada keluarga yang memahami, InsyaAllah anak - anak yang sihat, juga terasa hambatan dalam mencari 'rezeki'...kerja kena tetap kerja kena sara keluarga, isteri, anak dan bakal anak (InsyaAllah hujung tahun ini)..bagaimana dengan rakyat yang lebih susah terbeban dengan perbagai kos...terpaksa kais pagi makan pagi ada yang membanting tulang.

Namun dalam pada masa itu ada warga asing pendek dan buruk yang telah kaya raya dikayakan lagi guna wang rakyat. YB Azmin semalam mendedahkan Jean Todt ahli korporat yang terlibat dalam pasukan lumba kereta F1 dibayar lebih RM1 juta oleh regim Bn untuk menjadi 'duta pelancongan' Malaysia.

Regim Bn membayar RM80,000 untuk kosnya menginap di negara ini untuk tiga malam. Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara.

Kenapa regim ini membuat perkara gila seperti ini dalam keadaan rakyat kais pagi makan pagi ?

Menteri Pelancongan dan Timbalan Menteri Pelancongan gagal memberikan penjelasan di parlimen mengenai perkara ini dan tidak menafikan cuma mengatakan Jean Todt dilantik sebagai 'duta pelancongan' Malaysia dalam kempen Malaysia rumah kedua. Siapa yang Jean Todt tarik ? Kalau setakat nak jadikan Malaysia rumah ke dua mamak kat rumah che'GuBard pun boleh tarik 9 orang pekerjanya untuk tinggal di Malaysia.

Adakah kerana Jean Todt ini punya tunang Michele Yeoh aktor hebat yang diberi pangkat Datuk dan membenarkan ketiaknya digeli oleh bekas PM dan pinggangnya dirangkul ketika tangkap gambar bersama pemimpin negara.....??????

Maka patut tak dalam sakit belikat nie ....cheGuBard kata celakalah regim Bn ini.....!!!

by cheguBard

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?




'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.


“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)


EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

by cheguBard

Rabu, Jun 24, 2009

Eksklusif: Konspirasi !! Rekod Panggilan Terakhir Saiful Buktikan Beliau Telah Berhubung Dengan Pihak Atasan Sebelum Buat Laporan Polis Diliwat



KUALA LUMPUR [5.17 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru kami tentang "Rekod Panggilan Saiful Ke Mindef". Dalam laman web Suara Keadilan dan TV Antara hari ini ada mendedahkan artikel kami berkenaan perkara itu. Antara lain laman web terbabit melaporkan tentang pendedahan kami bahawa "mangsa liwat" Si Saiful Bukhari Azlan telah membuat beberapa panggilan ke Kementerian Pertahanan (Mindef) biar pun beliau sudah bekerja dengan Anwar ketika itu. Susulan daripada pendedahan itu, ramai pihak yang menghubungi kami dan mahukan kepastian atas pendedahan tersebut. Justeru itu, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa krew kami kini sudah berada dalam "keluarga Saiful". Pendedahan tentang panggilan itu telah dibuat oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya. Perkara ini disiasat oleh saudara Saiful yang tidak mahu namanya didedahkan. Menurut beliau "ketika Saiful pulang ke rumah selepas beliau membuat laporan polis kononnya diliwat, beliau telah hadir ke rumah Saiful untuk mendapatkan kepastian tentang kes itu". "Ketika saya sampai, Saiful sedang mandi dan saya memberanikan diri untuk mengambil telefon bimbit Saiful dan memeriksa panggilan yang telah dibuat oleh beliau sebelum laporan polis itu dibuat. Maka, akhirnya saya mendapat enam nombor terakhir panggilan yang telah dibuat oelh Saiful sebelum beliau membuat laporan polis dirinya diliwat itu" katanya.


Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memeberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami. Sungguh mengejutkan bila siasatan terperinci dilakukanm memang sah bahawa dua nombor tersebut adalah talian TM yang dibuat ke Kementerian Pertahanan (Mindef). Malah panggilan yang disemak menggunakan nombor terbabit telah dibuat sejak bulan Februari 2008. Ini bermakna, Saiful telah berhubung dengan Kementerian Pertahanan sebelum beliau bertugasa di pejabat Anwar lagi. Ini menimbulkan kemusykilan, kenapakan Saiful senantiasa berhubung dengan pihak Mindef, sedangkan selepas itu beliau bekerja dan bertugas di Pejabat Anwar. Malahan satu nombor lagi yang telah kami semak ialah panggilan yang dibuat ke nombor 019-2073667 atas Nama Azlan Bin Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Setelah diteliti nombor tersebut adalah talian bapa si Saiful sendiri. Tiga nombor yang disyaki VVIP itu, kami percayai salah satunya adalah nombor telefon Ezam Mat Nor, Mantan Ketua AMK yang telah khianat kepada rakyat dan menyertai UMNO. Semua rekod ini sepatutnya diserahkan kepada Anwar melalui Saudara Zakaria Abd Hamid ketika itu. Namun dek kerana beliau terlalu sibuk dengan berbagai urusan, akhirnya maklumat itu tidak dapat diserahkan.

[Semakan terkini yang dibuat terhadap nombor Mindef itu juga kini sudah berubah dan telah di"divert"kan ke tempat lain. Ini menunjukkan bahawa pihak berkenaan telah mula menyedari maklumat ini dan cuba untuk mengubah fakta yang telah diperolehi itu sebenarnya. Pendedahan ini akan menguatkan lagi hujah bahawa kes liwat terbaru terhadap Anwar ini adalah "Satu Konspirasi" jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan menamatkan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Justeru itu, kami turut menyeru agar seluruh rakyat dapat bersama-sama mempertahankan keadilan dan tidak sewenang-wenangnya Anwar dibicarakan hanya untuk tujuan menghumbankan kembali beliau ke Penjara Sungai Buloh, bagi tujuan menghukum beliau dan melampiaskan dendam kesumat yang kian melanda dihati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Perbicaraan Anwar wajar dibatalkan demi menjaga kreadibiliti mahkamah di Malaysia, jika tidak mahi terus ditertawakan dunia].

Perbicaraan Kes Liwat Ditangguh Ke 8 Julai



KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditetapkan pada 1 Julai ini ditangguh kepada 8 Julai untuk mahkamah mendengar dua permohonan beliau. Permohonan itu ialah untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan dan untuk membatalkan pertuduhan terhadap beliau.
FM - saya yakin tarikh baru ni dipilih kerana PRK MANEK URAI ! supaya ramai tak dapat hadir ke perbicaraan paling bodoh dalam dunia ! dua hospital termasuk pakar perubatan telah sahkan tidak ada tusukkan pada bontot saifool , masih hendak dibicarakan ? sewaktu saya menjadi guru kaunseling , ada kes budak perempuan dakwa dia dirogol oleh bapa tiri . bila dibawa ke hospital dan dibuat pemeriksaan dan sah dirogol berdasarkan koyakkan dan tusukan di 'benda' budak perempuan tu . ni sahih tak ada koyakkan dan tusukkan kat bontot saifool . liwat apa kejadahnya lagi ! bukti konspirasi ke 2 !

Selasa, Jun 23, 2009

APA SEBENARNYA BERLAKU DI IRAN - SATU PANDANGAN



APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG

Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.

Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.

Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1979 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.

Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.

Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.

Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.

Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.

Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.

Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT - (tulisan ini boleh diambil untuk membuat yang baik)




Dicatat oleh Tukar Tiub

Gambar Yang Lambat Di Publish... - malaysiakini

Sorry geng, memang lambat gila aku upload gambar sebab aku kena cari CC dulu untuk kerja-kerja ni. jadi apa yang korang dapat tengok pun tak banyak sangat, aku nak kejar masa. tengok je lah mana yang ada ni, petang karang mungkin aku dapat upload lebih sikit beserta dengan cerita.

Gambar-gambar dekat bawah ni ialah koleksi dari program pada 22-06-2009 dari JKR 10 dan juga Ceramah Perdana di La'loh, Manek Urai.













Isnin, Jun 22, 2009

Pakatan Rakyat Menolak Idea Kerajaan Perpaduan

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang

—————————————————————————–

Press Release Pakatan Rakyat Council of Leaders


22nd June 2009- Pakatan Rakyat Stand on Unity Government

The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:

1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.

2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat

3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang

SIAPA ROSMAH MANSOR.....??

Ahad, Jun 21, 2009

Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Gerangan Si Isteri Perdana Menteri Malaysia Yang Bernama Datin Seri Rosmah Mansor Itu Sebenarnya !!


KUALA LUMPUR [9.30 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh saudara mara dan kaum kerabat isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor (foto), tentang sikap sebenar beliau selama ini. Susulan daripada pendedahan inilah kononnya timbul arahan kononnya kerajaan tidak membenarkan penjawat awam menggunakan "modem" untuk melayari internet baru-baru ini. Sebelum ini, kami sudah mendapat banyak laporan berita yang mengaitkan Rosmah Mansor ini sebenarnya, terutama ketika awal-awal beliau "mendapatkan perhatian" Najib Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang ketika itu. Rosmah dikatakan menggunakan proksinya "Maznah Mazlan" untuk mendapatkan Najib. Malahan juga terdapat laporan yang mengatakan ketika Najib menjadi MB Pahang ketika itu, Rosmah dikatakan saban hari menjengok Wisma Sri Pahang dekat Kuantan. Bomoh apakah yang beliau pakai, hingga Najib sanggup tidak mahu berjumpa dengan orang setiap petang gara-gara ingin bersama dengan Rosmah. Manakala, Maznah Mazlan dikatakan menjadi pengawal di lobi Wisma Sri Pahang. Malah, bagi mengelirukan orang ramai Najib telah mengarahkan pengawal SUK mengalihkan kereta rasmi Menteri Besar ke bahagian belakang bangunan itu. Dan mengarahkan pengawal memaklumkan bahawa "MB tiada di pejabat" setiap kali ada orang awam atau pemimpin tertentu ingin bertemu dengan beliau. Kisah ini dicerita panjang berjela oleh seorang pengawal SUK Pahang yang pernah bersama Najib ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Malah, dari kalangan mulut pemimpin wanita Pahang memang terdapat desas-desus yang Rosmah juga pernah mendapatkan khidmat "Mona Fendy" dalam usaha untuk mendapatkan Najib hingga menyebabkan isterinya ketika itu seolah-olah "gila". Laporan di atas adalah sebahagian daripada kisah kebobrokan Rosmah Mansor. Namun pendedahan yang dibuat secara eksklusif di internet sekarang ini cukup menggemparkan rakyat Malaysia di seluruh dunia. Tambahan pula mereka yang membongkar maklumat itu adalah mempunyai pertalian rapat dengan isteri Perdana Menteri itu sendiri. Makanya, dibawah kami paparkan video berkenaan untuk tatapan seluruh rakyat. Semoga ianya dapat menjadi iktibar dan ilmu yang berguna untuk dihebahkan kepada rakyat yang masih dibutakan mata dan hati mereka. Dengan pendedahan ini juga jelas membuktikan kepada kita yang Najib sebenarnya bukanlah Perdana Menteri Malaysia, beliau hanyalah "Pak Turut" yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor. Justeru itu, yakinlah kita sekarang bahawa isteri Perdana menteri itu bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang. Malah beliau lebih hebat dan teruk dari itu sebenarnya.

KEMPEN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI DI BATU PAHAT

Majlis Pakatn Rakyat Parlimen Batu pahat telah melancarkan kempen GMPPSMI di kawasan Parlimen Batu Pahat semalam... Gerakan dimulakan dengan gerakan mengedar risalan tentang kebaikan Pembelajaran Sains N Matematik menggunakan bahasa ibunda keseluruh bandar Batu Pahat...antaranya kawasan pasar malam pesta, tasik y dan lain2 tempat awam..6 orang termasuk saudara Khairul Faizi Ketua dewan Pemuda Pas Johor telah ditan oleh pihak polis. Gerakan ini juga turut melibatkan Ankatan Muda Keadilan Batu Pahat dan DAP bahagian Batu pahat. acara kemuncak adalah ceramah oleh A Samad Said, wakil PAS dan PKR Bahagian Batu pahat di Markas PAS Pt. Bilal.

Jumaat, Jun 19, 2009

SIAP SEDIA INI BERITA BURUK

BULAN SEPTEMBER INI RAMAI AKAN HILANG KERJA

GLC STAFF FACING PAY CUTS – malaysian insider

PETALING JAYA, June 18 — The 400,000 workers in government-linked companies (GLCs) have been forewarned to brace for a salary cut by September because of the economic downturn, MTUC Vice-President Mustafa Maarof disclosed today.

Seramai 400,000 buruh dan kaki tangan yang bekerja dengan GLC telah diberi tahu bahawa mereka akan menerima potongan gaji bermula pada bulan September ini. Berita ini disampaikan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Sekerja (MTUC) Mustafa Maarof.

Mustafa juga memberitahu media bahawa para pekerja ini juga akan menerima perberhentian sukarela – MSS dan VSS.

Antara 90 syarikat GLC yang terlibat itu ialah : MAS, , Sime Darby, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Felda, Felcra, Pos Malaysia dan Bernas.

Menurut Mustafa lagi – 80 peratus pekerja ini adalah bekas kaki tangan kerajaan yang akan menerima pencen tidak lebih dari 200 ringgit sebulan.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… PELIK… INI BERITA PELIK… kah kah kah..

kah kah kah… DULU CAKAP : OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM… kah kah kah

kah kah kah… DULU CAKAP : OUR FUNDAMENTAL IS STRONG… kah kah kah…

woit… CUBA TEKA ISTERI SIAPA CAKAP MACAM INI?.... kah kah kah

kah kah kah... FLIP ... FLOP... FLIP... FLOP... MACAM SELIPAR JEPUN...kah kah kah..

kah kah kah... KEJAP KATA JADI... KEJAP KATA TAK JADI...kah kah kah...



Dicatat oleh Tukar Tiub pada 11:35:00 AM

Cadangan Jambatan Ketiga Najib Altntuya Ditolak Sultan Johor



Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura, demikian lapor Berita Harian.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi."Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.
Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang. Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.
Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.
"Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.
FM - Cadangan yang bodoh oleh Najib dapat dikesan oleh Sultan Johor. Tahniah Sultan Johor yang perihatin dan peka dengan tipu helah 1 manusia bernama Najib Razak .

Rabu, Jun 17, 2009

Peristiwa Mustaliq : Jadikan Iktibar. vol 1

Today at 6:11pm Nasrudin Hassan AtTantawi's Notes

Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .

Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .

Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan pleh mereka .

Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .

Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.

Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :

لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين

Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim .

Surah At Taubah : 47

Kerja Jahat Abdullah bin Ubai

Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : " Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ? " akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .

Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "

Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : " Surah sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia ! " tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .

Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar

Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .

Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . " mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .

bersambung ...... vol 2

"KERIS BERDARAH CINA" : NAJIB NAFI DAKWAAN KARPAL



oleh MEDIA BYPASS (laporan dipetik dari web akhbar Cina)

bypass308.blogspot.com

SERIUS, GEMPAR DAN TERKEJUT BERUK"semasa ops lalang pada tahun 1987, adakah YB pernah sebut YB tidak akan simpan keris kecuali keris ini dapat rasa darah orang Cina?" Ini bukan cerita main-main, inilah soalan yang diajukan karpal sigh dalam dewan rakyat hari ini.
Dengan bukan main-main juga, orang yang diajukan soalan tersebut, yang 1Malaysia sanjung, PM ds Najib berkata, "Perkara ini tidak pernah berlaku, saya tak pernah buat kenyataan seperti yang dikatakan oleh YB, oleh itu yang harus minta maaf bukan saya, tetapi beliau sendiri (karpal)."
Ramai yang terkejut beruk apabila karpal ungkitkan soalan pasal peristiwa 22 tahun lalu, siapalah yang masih ingat, kalau masa tu ada akhbar laporkan ungkapan sedemikian, memang najib tak boleh nafi.tapi karpal pun janganlah ingat najib dah nyanyok, nak buat tuduhan melampau sebegitu, sepatutnya masa nak tanya tu kenalah bawa sekali bukti yang ada, bukan tanya untuk sedap mulut je.
lagi pun ni soalan jenis sensitif yang kalau silap langkah boleh cetus macam-macam insiden tak senang.bagaimanapun, lim kit siang yang juga salah seorang tahanan ops lalang memberitahu bahawa menurut satu catatan dewan rakyat pada 3.3.1988 memang ada catatan yang menunjukkan Pada 17.10.1987, pada satu perhimpunan yang diketuai Najib selaku ketua pemuda umno ada menampilkan kain rentang yang tertulis ayat bermaksud merahkan keris dengan darah orang Cina.
Pm ds najib menafikan beliau ada perkatakan soal "darah cina" dan "keris" seperti didakwa karpal, oleh itu beliau tidak perlu mohon maaf kepada masyarakat Cina. sebaliknya beliau kata karpal lah yang sepatutnya minta maaf.

PAS Mahu PKR Dan DAP Juga Diajak Berbincang



KUALA LUMPUR [12.31 pm] - PAS sedia berbincang dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan dengan syarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyertai perbincangan itu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (foto), berkata sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berbincang dengan DAP atau PKR, Pas akan menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO-BN mengenai cadangan itu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS Pusat.

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS


Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Selasa, Jun 16, 2009

Cabang Batu Pahat di Kongress Khas KUIS






>

ANGKATAN MUDA KEADILAN AKAN KE MANEK URAI MEMASTIKAN KEMENANGAN PAS



Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyatakan komitmen ke PRK Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS di atas prinsip Pakatan Rakyat . Sepertimana Pilihanraya Kecil sebelum ini AMK akan menumpukan gerakerja sepenuhnya bersama dengan rakan-rakan pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Manek Urai .
AMK akan memfokuskan gerakerja dan seluruh jentera bagi memastikan para pengundi terutama pengundi muda memilih PAS pada 14 Julai nanti . AMK seluruh Malaysia akan berkampung di Manek Urai agar dapat mendekatkan diri dengan para pengundi muda dengan melalui pendekatan dan program yang bersesuaian dengan persekitaran dan adat budaya masyarakat di Manek Urai .
AMK yakin dan percaya , rakyat di Manek Urai terutama golongan pengundi muda akan terus konsisten memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat walaupun UMNO / BN telah menjadikan Manek Urai sebagai ‘anak angkat’ . Ianya tidak memberikan kesan kepada gerakerja AMK bagi memastikan kemenangan lebih bermakna dan lebih besar kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat . AMK akan sentiasa bersiap sedia menghadapi jentera Pemuda UMNO / BN di PRK Manek Urai
AMK yakin UMNO / BN masih fobia untuk berdepan dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama apabila UMNO / BN semakin lemah , kucar - kacir dan berpecah di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Razak , lebih-lebih lagi kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam PRK sebelum ini . Ketakutan UMNO /BN benar-benar dirasai apabila tindakan mereka tidak menyertai PRK di N12 Penanti .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

Isnin, Jun 15, 2009

Sudah tiga bulan Najib jadi PM, ada yang tidak kena!



KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - "Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."

Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.

Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar.

"Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.

"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya.

Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik.

"Apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai.

"Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai,"jelasnya lagi.

Nik Aziz juga menerangkan, bukan sahaja satu atau dua perkara tetapi ia juga melibatkan hampir seluruh negara seperti,"di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat.

"Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator. Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib."

Dalam pada itiu katanya, desakan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang agar Najib diuji di parlimen untuk melihat wujud sokongan atau tidak juga antara indikasi bahawa kepimpinan Najib benar-benar bermasalah.

"Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.

"Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini,"tegasnya. - mks. _

MENTERI PERDANA MALAYSIA


Apabila Lee Kuan Yew datang ke Kuala Lumpur, beliau juga memasukkan dalam iternarari pertemuan dengan Rosmah. Bila ditanya kenapa beliau bertemu dengan Rosmah, jawapannya ialah:

Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.Lee menambah lagi,
“I emphasised to both that cooperation has to be long term, not chop and change, and it has to be across the board, you can’t just pick and choose,” he said. –The Straits Times



FM - Memang terbukti 'ROSMAH PEREMPUAN PUAKA'!!!!! Bukan Najib Razak sahaja yang dikawal , sampai Malaysia pun di bawah kawalan dia !

Ahad, Jun 14, 2009

isu had umur AMK 35 tahun



Rata - rata ahli-ahli AMK begitu emosi terhadap pindaan perlembagaan yang menjadi perlembagaan baru Parti Keadilan Rakyat iaitu perubahan daripada had umur AMK sebelum ini ialah 40 tahun diturunkan kepada 35 tahun .

Semua masih ingat sewaktu Kongres di Pulau Pinang telah berlaku cadangan dan usaha membuat perubahan yang sama tetapi telah ditolak oleh para perwakilan .
Akhirnya di KUIS cadangan perubahan tersebut telah dipersetujui oleh para perwakilan . Dengan ini keputusan rasmi berdasarkan undi bahawa had umur AMK ialah 35 tahun . Kebimbangan teman-teman AMK ialah kesediaan diperingkat akar umbi iaitu di Cabang , hampir majoriti Ketua AMK Cabang ialah berumur 36 - 40 tahun . Dan majoriti mereka adalah para pejuang reformasi dan AMK dari awal lagi dan mula matang memimpin selepas berumur 36 tahun .
YB Ketua Umum cuba meyakinkan para perwakilan bahawa AMK mesti dipermudakan. dan perlaksanaan tersebut akan ditangguh beberapa tahun sebagai persediaan pimpinan AMK sekarang menyiapkan barisan pimpinan muda di bawah 35 tahun . Sepertimana disebut oleh YB Ketua Umum dan YB Sivarasiah bahawa perlaksanaan tersebut ditangguh sehingga 2013. Ini bermakna pemilihan AMK pada tahun hadapan ( 2010 ) ahli yang berumur 40 tahun masih layak bertanding di jawatan yang dipilih . Tetapi bagi jawatan lantikan seperti Naib Ketua , setiausaha , ketua penerangan , bendahari , EXCO lantikan , Ketua-Ketua AMK negeri mesti berumur 35 tahun ke bawah . Ini bermaksud tempoh tersebut adalah tempoh transisi sehingga tahun 2013 .
Beberapa pindaan yang diluluskan seperti jawatan Naib Ketua AMK ditambah daripada 3 kepada 5 orang , 2 orang penolong Setiausaha bertaraf ex-officio dan Ketua-Ketua AMK Negeri secara automatik sebagai Majlis Pimpinan AMK Pusat ( dulu EXCO AMK Pusat ) .
Diharapkan usaha dan keputusan ini akan dapat dilaksanakan sepertimana hasrat perlembagaan yang telah diputuskan pada hari ini . Sejarah juga tercatat hari ini bahawa had umur 35 tahun adalah merupakan parti pertama melaksanakannya berbanding pemuda-pemuda parti politik lain d malaysia sama ada dalam Pemuda Pakatan Rakyat atau Pemuda Barisan Nasional .

Sabtu, Jun 13, 2009

pabila Pembohong Menjadi SU Agung PAS - malaysiakini

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/85088).

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.( http://www.malaysiakini.com/news/86862).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Jumaat, Jun 12, 2009

[A] POLITIKAL NON PARTISAN

menyamar, berpura-pura dan kepalsuan. sukar untuk ditentukan dengan KATA-KATA atau RUPA. ungkapan yg baik-baik, penampilan yg muluk-muluk, WAK LU! yg pentingnya amalan.

hakikat kebenaran amat mudah dinilai kalau hanya dengan ucap lidah, basah air liur menjejeh, LECEH! intipati itu pd kewujudan keseluruhannya, bukan hanya lidah, AIR LUDAH!

begitu juga dengan politik dalam segenap bidang kehidupan. ramai org benci politik. kerana ia kotor, SIAL hanya apabila dibiarkan dalam genggaman tangan poliTIKUS-elit-status quo yg mahu rakyat terus dibodohkan, tidak pandai, patuh tidak membantah, setia membuta tuli, kekal dikawal menjadi golongan yg diperintah - hamba yg tidak dapat mengecap kemerdekaan.

yg dinamakan rakyat itu perlu disedarkan tentang hak-haknya - keseluruhannya, bukan saja hak-hak yg seiring dgn kepentingan tertentu gerombolan pemimpin poliTIKUS itu saja.

dalam demokrasi, rakyatlah yg paling berkuasa sekali. tetapi kuasa dan kekuatan rakyat selalu ditekan, dilemah mengahkan, dilengah lambatkan, disekat dihambat, disebat, dirembat. ataupun rakyat dipuja semangatnya, bila bangkit dihalakan ke PETI undi, yg nantinya memberanakkan kuasa dan harta, bukan untuk rakyat yg bersemangat itu, tetapi untuk PEMENANG daripada undi rakyat itu tadi.

kita berhak mendapat hak-hak kita sebagai manusia, hak untuk dilahirkan bebas, merdeka dan hidup adil saksama. benar selalunya parti-parti politiklah yg kunun memperjuangkan hak-hak ini. tapi perlu dibezakan di antara gagasan yg tersurat dgn niat busuk poliTIKUS yg tersirat - kadangkala pandai pula menjerat.

tetapi hak-hak kita ini selalu dirampas para penguasa - PARTI APAPUN IA!

yg namanya parti politik, kata rakyat hanya membawa SATU MAKNA = UNDI. selebihnya tak banyak yg dipedulikan. kata KEKUASAAN RAKYAT - demo krasi bagi parti politik hanya bermaksud PILIHANRAYA - 5 tahun sekali, atau jika ada kes kematian, letak jawatan, kesihatan pada pilihanraya kecil.

namun demikian, dalam demokrasi parti politik, atau boleh kita katakan demokrasi PILIHANRAYA ini, jika satu-satu parti politik itu terlalu kuat ia akan cenderung zalim, kuku besi, kejam, menindas hak asasi manusia, mengharamkan perbezaan pendapat, banyak juga yg gemuk rasuah dan korup.

maka rakyat perlu disedarkan akan tugas, tanggungjawab dan hak-haknya untuk setiap masa sepanjang penghidupannya, hak2 itu pula perlu dapat dinikmati sehari-hari, bukan hanya dapat didengar baca lihat setiap lima tahun sekali dengan JANJI atau MANIFESTO parti politik. rakyat perlu berhati-hati.

sudah bertahun-tahun org berkata ttg third force - kuasa KETIGA dalam kerangka pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. kuasa KETIGA ini telahpun wujud - mahasiswa, anak muda, seniman, sasterawan, budayawan, gerakan perempuan, intelektuil, gerakan buruh dan kesatuan sekerja, pejuang alam sekitar, media bebas, blogger, busker, NGO, NGI, hardcore DIY punk rocker, skinhead anti rasis, golongan indie dll. kuasa KETIGA ini perlu menjadi non partisan yg politikal, bukannya menjadi partisan yg poliTIKUS.

kerana kederat, masa, tenaga, sumber dan fikiran kuasa KETIGA perlu disumbangkan untuk menegakkan hak dan demokrasi sehari-hari rakyat, yg perlu dinikmati SEKARANG, bukan setiap kali berlangsungnya demokrasi PILIHANRAYA, yg bukan ada setiap haripun. selalu terjadi demokrasi parti politik/ demokrasi pilihanraya ini tidak berminat dengan demokrasi kehidupan rakyat sehari-hari, melainkan hanya untuk poliTIKUS MEMERINTAH dari atas kerusi, jawatan, pangkat - bersama sekelompok kecil kerabat dan sahabat handainya. senjatanya HARAPAN - apapun namanya!



Cetusan rasa oleh sampahseni