SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, September 29, 2009

SAMY TOL PUN TAK BOLEH BERI HAK PEMILIKAN INI

Syukur Alhamdulillah Selangor sanggup beri hak milik kepada pemegang TOL bukan naikkan bayaran tol.
SHAH ALAM: Pemegang Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang menduduki tanah negeri selama lebih 20 tahun akan diberikan hak pemilikan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah itu akan hanya memanfaatkan pemilik lot kediaman dengan status TOL dan bukannya pemilik skim tanah pertanian. "Pemilik tanah TOL boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk memberi hak milik tanah itu kepada mereka selama beberapa tahun.
"Kerajaan negeri kemudiannya mengenakan caj premium bagi setiap tahun tanah itu diduduki dan di akhir tempoh pajakan, kerajaan boleh memutuskan sama ada mahu meneruskan pajakan tanah itu atau mengambil balik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai pentadbiran tanah di Selangor di bangunan Sekretariat Negeri, dekat sini.
Khalid berkata pemegang TOL di Selangor tidak mempunyai hak mutlak ke atas tanah yang mereka duduki memandangkan tanah terbabit masih hak milik kerajaan negeri.
"Terdapat kira-kira 40,000 keluarga di beberapa daerah di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang, yang tinggal di satu-satu kawasan selama lebih 20 hingga 30 tahun tetapi tanah itu masih mempunyai status TOL," katanya, sambil menambah kes seperti itu tidak berlaku di Petaling Jaya.
Khalid berkata kerajaan negeri akan meningkatkan sistem pengurusan tanah bagi menjadikan masyarakat lebih selesa apabila berurusan di pejabat tanah. Kerajaan negeri mengeluarkan TOL hanya bagi tempoh sementara dan pemegang lesen mesti mematuhi syarat yang dinyatakan oleh kerajaan seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan