SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Sabtu, September 26, 2009

PKFZ : Kontraktor, konsultan disaman RM920 juta





Written by Syah   
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bertindak memfailkan saman terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan projek itu BTA Architect sebanyak RM920 juta berhubung pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang telah ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006. Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Shah Alam.

Beliau turut memaklumkan saman itu difailkan untuk pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan. Beliau mahu notis pembayaran KDSB diisytiharkan batal dan tidak sah. "Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar,"tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan