SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Ahad, September 06, 2009

LAPORAN SPRM TERHADAP MUHYIDDIN - APAKAH STATUS LAPORAN/SIASATAN..???


Pada 18 Ogos 2009 yang lalu, Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor Bahru bekaitan penyalahgunaan kuasa oleh Pengkhianat Rakyat Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana beliau telah menggunakan Helikopter milik Tentera Udara Di Raja Malaysia untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Penampang. Muhyiddin yang terselamat dari mendapat kecelakaan apabila helikopter tersebut yang dalam penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu terpaksa membuat pendaratan cemas di Impian Jadi, Tuaran berikutan cuaca buruk.

Apa yang amat dikesalkan, sehingga kini tiada khabar berita mengenai laporan tersebut samada siasatan ke atas Muhyiddin telah dilakukan atau laporan itu telah ditong sampahkan oleh SPRM Johor Bahru. Semasa laporan dibuat, Sdr. Zabidie telah disoalsiasat selama lebih 5 jam iaitu siasatan bermula jam 11.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Beliau juga telah diberi keterangan jika laporan yang dibuat itu palsu, maka beliau akan dikenakan tindakan oleh SPRM.

Semasa kempen PRK Permatang Pasir, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa kawasan tadahan air di Lingyu tidak digadai olehnya kepada Singapura. Namun apakah SPRM menghentikan atau tidak melakukan penyiasatan lanjut hanya dengan penafian si pengkhianat ini..?? Apakah ini yang dinamakan ketelusan dan intergriti yang dilaung-laungkan oleh SPRM. Jika dengan penafian "pak menteri" membuatkan SPRM menghentikan siasatan maka amat jelaslah bahawa SPRM adalah kuda tunggangan Umno/bn.

Kami AMK Cabang Gelang Patah menyeru SPRM Johor Bahru menyiasat dengan segera Si Pengkhianat Rakyat Johor, Tan sri Muhyiddin Yassin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan