Oleh : albanjari
Makluman yang diterima dari bos Seketariat Bloggers dari N31 pagi ini, benar-benar menunjukkan impak positif sedang berlaku di sana, dan mukadimah ini telah memberi 'gerun' buat kem-kem BN di N31 yang masih berhempas pulas untuk mencalonkan Isa Samad sebagai pilihan terbaik mereka.
Yang jelas kempen dan siri-siri ceramah dari PR telah mula berjalan sejak 2 hari yg lalu. Dan hari ini siri-siri kempen akan bergerak ke kawasan-kawasan ladang pula. Semangat pejuang-pejuang PR di Bagan Pinang dilihat sangat luar biasa. Yang jelas, penghargaan wajar diberikan buat Dato' Kamarul Bahrain, Ketua Perhubungan PKR Negeri yg banyak memberi bantuan.
Gendang Perang sudah mula dipalu, Mat Sabu mula mengempur. Begitu juga Pemuda Pakatan Rakyat. Esok dan seterusnya, bloggers akan tiba bertali arus. Pekerja-pekerja parti dari seluruh negara akan berkampung lagi. Perang ini sudah bermula. Biarpun Umno dan BN masih cakar-mencakar. Biarkan mereka ! Biarkan mereka terjun bersama labu-labu mereka yg sudah busuk itu ! Biarkan labu-labu mereka terus hanyut ke Selat Melaka. Biarkan mereka dilanggar bot-bot haram,dan kapal-kapal dagang yg sibuk bermudik di sana. Biarkan mereka 'karam', kerana itulah niat kita.
(*) - Jika mahukan 'kekenyangan' maksima sampai otak jadi tolol, jamuan Umno/BN menanti perut-perut anda di Bagan Pinang. 1Perut, 1Mulut. Undi tetap untuk calon Pakatan Rakyat/PAS. Banyak program 'perut' kini melata dianjurkan disana. Makanlah sampai 'karam', jangan lupa ! Usharlah, mana - mana Puteri yg ayu dan jelita, kut boleh dibawa kahwin lari. Tak cukup tanah di Malaysia, Singapura, tanah Belanda sedia menanti ! Nikahlah di sana. Sana line clear. Patutlah Belanda, sana sini air, memang 'berair' betul tempat tu. Tak percaya ? Tanya Isa Samad.

(*) Di bawah, bukan program 'perut'. Tapi program Mat Sabu. Hebat yang hadir, ribuan yg datang. Mat Sabu mula mengempur. Gempur sampai barai ! Disini makanan tidak disediakan. Lapar, beli sendiri ! Di sini juga bukan tempatnya untuk melayan 'perut' untuk bertemasya.
(*) InsyaAllah, wak akan mula tiba di Bagan Pinang esok (28.9.09). Mohon doa dari semua sahabat, agar dimudahkan perjalanan ini oleh Allah swt, dan dihindarkan dari sebarang kecelakaan. Jauh perjalanan ini beb, 7 jam kalau line clear, kalau hujan mau + 1 jam lagi, dan itulah tempoh masa perjalanan wak esok bersama kenderaan wak yg sudah tentu bukan dari spesis Harrier atau pun Jaguar. Untuk bloggers yg ikut naik kereta wak esok, mohon jangan hisap rokok dalam kereta, tingkap kereta wak 4-4 down, tak boleh bukak ! Jangan degil ! Hisap rokok siap-siap dari rumah, ingat tu ! Cermin tingkap kereta wak juga tak dak 'tinted', kalau rasa tak tahan panas, dan silau matahari, tolong bawa 'sun shade' sendiri, kalau tak dak, pi beli siap-siap kat kedai aksesori. Wak tak bekalkan semua tu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan