SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Rabu, Mei 20, 2009

Pertemuan Pimpinan Muslim-Buddha di Yala, Selatan Thailand

Ikhtiar beberapa rakan meredakan ketegangan dan permusuhan di empat wilayah selatan Thailand harus dihargai.

Kami bersama Tuan Guru Sheikh Mahmud, Mustafa Kamil Ayub, Dr. Badrul Amin serta rombongan disambut Jenderal Phicait Wisaijon, ketua pasukan tentera wilayah selatan Thailand di Golok dan menaiki helikopter khas tentera dari Tak Bai ka Yala.

Ketibaan kami di Yala disambut Ketua Sami Buddha yang terkemuka di Bangkok, Praprom Wachirayan dan Ketua Paderi Katholik Surat Thani, Joseph Pran.

Jenderal Wisaijon meminta saya menjenguk sajenak program ekonomi desa yang menjadi tunggak kegiatan beliau. Saban hari menurutnya ratusan wakil penduduk terutamanya umat Islam diberi latihan mengendali pertanian moden.

Sekitar 500 hadirin majoriti Muslim mendengar nasihat dan ucapan berhimpun di dewan sederhana tersebut. Intisarinya adalah mencari perdamaian, menolak keganasan dan kezaliman serta membina muafakat berdasarkan prinsip keadilan.

Tuan Guru Sheikh Mahmud dengan nada keras menolak tindakan kejam lalu tetapi menempelak kalangan yang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan keganasan. Ketua Sami juga menegaskan bahawa beliau komited dengan agenda perdamaian, menolak penyelesaian bersenjata atau berbentuk ketenteraan.

Jenderal dan Timbalannya mengakui keterlanjuran sabelumnya termasuk pembunuhan imam. Pendekatan kini adalah dengan mendampingi rakyat dan mengikut perintah Raja untuk memperkasa ekonomi rakyat.

Saya hargai inisiatif saudara Surayak, pemimpin agama dan tentera untuk meleraikan masalah runcing di empat wilayah. Penyelesaiannya tetap bertunjangkan prinsip keadilan, menghurmati hak rakyat dalam berbudaya dan beragama.

Semuga ikhtiar kecil ini terus disemarakkan.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan