SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Menggilap Kekuatan Akal Budi Dan Mara Menuntut Perubahan


By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Antarabangsa, Anwar, Catatan, Demokrasi, Dunia Arab, Hebahan, Islam, Isu Semasa, Mahasiswa, Malaysia and Pakatan Rakyat

Petang di Kaherah, saya bersama bersama Sheikh Taha Jabir, ulama usul al fiqh tersohor asal Irak, Ahmad Kamal Abu al Magd seorang pejuang hak asasi dan intelektual Mesir serta mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Hamid Abu Sulayman. Hari sebelumnya saya menemui Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Gomaa di Darul Ifta. Perbincangan berkisar kepada persoalan membebaskan umat dari cengkaman kemiskinan, kejumudan dan pemerintahan kuku besi.
Malam semalam, bersama sdr Saifuddin Nasution dan Ustaz Badrol Amin, kami hadir memenuhi jemputan acara yang diaturkan para pelajar. Tidak kurang dari seribu pelajar memenuhi dataran untuk mendengar ucapan, yang kemudiannya disusuli soal jawab.
Ustaz Badrol menyentuh peranan pelajar untuk menggerakkan Perubahan disamping menghimbau nostalgia. Manakala sdr Saifuddin menukilkan asas kepada pujian yang ditujukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat melalui Laporan Audit Negara.
Tiba giliran saya, makanya dihuraikan maksud dari anjuran pemikir Islam asal Algeria; almarhum Malek Bennabi. Penulis buku Islam in History and Society itu menggesa umat Islam untuk menggilap perjuangan dalaman atau inner struggle of conscience, untuk memartabatkan diri berhadapan dengan segala mehnah dan ujian.
Jangan kerana tawaran wang, kita sanggup mengkhianati perjuangan. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun berjuang, arti Perubahan dan Reformasi tidak benar-benar dihadam. Pekung yang terbongkar sekarang memperlihatkan peribadi sebenar seseorang itu. Selama ini laungan berapi-api hanya untuk mencipta ruang bernafas dan berpencak main wayang. Tatkala rakyat kecewa, kita diulit angan-angan kemewahan buat memenuhi tuntutan nafsu peribadi. Apa tidak sedar kah bahawa terlalu murah nilai pengkhianatan itu.
Di hadapan para pelajar, saya akui bahawa Pakatan Rakyat masih ada kelemahannya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Sayugia diingatkan, kejayaan 8 Mac tahun lalu juga merupakan ujian terhadap keiltizaman kita membawa Perubahan yang lebih baik buat Rakyat Malaysia. Kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat sekalian, termasuklah diri saya, jangan alpa, kita sebenarnya dipilih rakyat untuk menjadi Yang Berkhidmat.
ANWAR IBRAHIM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan