SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Rabu, Januari 13, 2010


Penerangan oleh Dr. Mohd. Asri



Salam semua,

Barangkali dengan penerangan oleh Bekas Mufti Perlis seperti dipaparkan dalam blog beliau dapat menjelaskan dengan lebih jelas




Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Disiarkan pada Jan 02, 2010 dalam kategori Akidah |
** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,
Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.


Sabtu, Januari 09, 2010

Sasaran PRU 13

  • Mempastikan segala tindakan dan aktiviti mengambilkira semangat Pakatan Rakyat.
  • Memberi layanan dan perkhidmatan terbaik kepada seluruh ahli, penyokong, pengundi dan rakyat Kota Raja.
  • Meningkatkan taraf perkhidmatan dan daya juang yang tinggi daripada semua peringkat pimpinan.
  • Menyerlahkan sikap mesra rakyat dan berhati mulia kepada masyarakat Kota Raja.
  • Meningkatkan usaha mencari, menarik dan menarik seramai mungkin penyokong dan anggota masyarakat menjadi ahli kita.
  • Memastikan kesepakatan dan kerjasama antara ahli berada ditahap terbaik.
  • Mengikut segala arahan dan perancangan dari semua pimpinan Pakatan Rakyat Kota Raja.
  • Menyelaraskan semua program kemasyarakatan secara bersama dan tidak memengtingkan diri.
  • Bekerjasama dengan semua jawatankuasa dalam pentadbiran peringkat kampung dan taman perumahan.
  • Sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam menjayakan semua aktiviti yang akan dianjurkan.

Polis Paris siasat Najib?




Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.
"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.
Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.
Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.
Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.
Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.
Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .
Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.
Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=1592

Selasa, Januari 05, 2010

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA. Mari kita Berdemonstrasi


NOTA EDITOR: Artikel ini ehsan dari blog "Seruan Najib Tun Razak". Saya ingin berterima kasih atas artikel saudara yang begitu padat dengan fakta dan hujjah. Selepas artikel ini, saya nak tengok SEEMMUUUAAA NGO Melayu keluar ke jalan-jalan raya memprotes kegiatan JUDI yang semakin marak dan besar ini. Atau NGO2 Melayu ni pun rasa judi tak haram? Saya tertunggu2 Parti Islam Semelaysia bercakap pasal isu ni. Inilah masa yang paling sesuai.


RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA

Selasa, 08 Desember 2009

Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.


Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.


Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar


Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.


Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!


Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.


Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)
Genting Malaysia Berhad 949,802,170
Sport Toto 509,739,584
Magnum Corporation 396,477,793
Pan Malaysia Pools 270,764,197
Pan Malaysia Racing 138,576,130
Daily One Corporation 18,082,749
Sandakan Turf Club 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000


JUMLAH 2.37 BILION


OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119

sumber : satuumat.blogspot.com

catatan : Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!


ckckck luar biasa, jadi ini toh selama ini yang menjadi penyebab malaysia menjadi negara kaya di asia? negara yang paling tinggi, megah dan serba wah? "sungguh hebat, ternyata malaysia yang islamnya sangat kuat, dan selalu bangga akan diri nya yang religius, dan selalu menjelek - jelekan indonesia miskin dan buruk? "di sana disebutkan juga hasil JUDI di sembunyikan dari pada pengetahuan rakyat Malaysia setelah itu hasil Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan. apa tidak salah? uang haram di bagikan untuk masyarakat yang mayoritas orang malaysia rata - rata muslim?


"Hei orang - orang malaysia, lihat itu negara anda. apa lebih baik dari indonesia? ini akibat kecongkakan negara malaysia. di luarnya saja terlihat bagus, tapi dialamnya ternyata bobrok ( borok )

makan tuh ringgit haram!!!

Isnin, Januari 04, 2010

Rakyat Terus Dibeban Kenaikan Harga Barang




Tinjauan Detik Selangor, buletin harian hanya di TVSelangor.com, siaran secara langsung TV sesawang maya ini, mendapati rungutan ramai kalangan rakyat bahawa mereka terus dibeban dengan kenaikan harga barang pengguna, khususnya kenaikan harga gula sejumlah 20 sen sekilo, berkuatkuasa semalam.

Rakyat dibebankan kenaikan harga gula dari RM1.45sen sekilo kepada RM1.65sen di Semenanjung dan RM1.75sen di Sabah dan Sarawak.

Bendahari Agung FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman mengingatkan rentetan kenaikan lain-lain barangan pengguna akibat dari keputusan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga gula ini.

Dinyatakannya demikian dalam rancangan Apa Khabar Selangor, hanya di TVSelangor.com di sini semalam.

Mohd Yusof Abdul Rahman turut mendedahkan siapa Raja Gula dulu, Robert Kuok, dan kini, Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mungkin meraih manfaat dari kenaikan ini khususnya harga gula.


Mohd Yusof Abdul Rahman mengkritik Belanjawan 2010 Kerajaan Malaysia sebagai tidak banyak memanfaatkan rakyat.


Tambahnya terdahulu harga minyak telahpun dinaikkan, diikuti dengan harga rokok pada 2009, dan di pembukaan 2010 kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memutuskan kenaikan harga gula serta menarik kembali subsidi roti putih.

Kejutan seterusnya menurut Mohd Yusof Abdul Rahman ialah kenaikan harga minyak petrol dan diesel dijangka Mei depan.

Satu kelemahan bersabitan kenaikan harga barangan pengguna menurut pandangan pemimpin FOMCA ini, ialah ketiadaannya Suruhanjaya Harga di Malaysia, diwujudkan supaya ada kawalan ke atas sesiapa yang ingin menaikkan harga barang secara wewenang.


Walaupun disertakan dalam sesi dialog, namun FOMCA tidak dirujuk kerana tiada keperluan berbuat demikian dalam penentuan berapa kenaikan harga gula, katanya lagi.


Di kalangan rakyat ada yang bertanya inikah kelebihan 1Malaysia yang digembar-gemburkan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?

Berhati-hati Dengan Taktik Kotor Umno/beeEnd



Posted by rakyat marhaen

Hari berganti bulan dan berganti tahun, sejak merdeka hingga kini umno memerintah malaysia. Dari akhbar bertulisan Jawi hinggalah ianya dimansuhkan. Dalam tahun 90an Malaysia diperkenalkan dengan dunia internet dan tercetusnya Blog. Masuk abad ke 21 iaitu zaman millenium pada tahun 2000 rakyat Malaysia semakin terdedah dengan dunia blog. Tak perlu aku kisahkan disini perihal blogging dan sudah pasti lu orang semua tahu blog manakah yang mula mempeloporinya dan otai dalam dunia blogger ini.


Bertitik-tolak dari situ, semua propaganda, tipu helah, keburukkan dan segala macam kelakuan puak2 umno/barisan nasional makin terdedah dan terserlah di kaca mata rakyat. Jika sebelum ini rakyat hanya bergantung kepada akhbar pencacai umno/bn, di tangkis pula oleh akhbar seperti harakah dan ceramah umum dengan tekanan dari pelbagai sudut.

Dengan kebangkitan blogger yang anti umno/bn @ kerajaan Malaysia yang beraja di mata bersultan di hati, perubahan pada PRU-12 telah menjadi mimpi buruk kepada umno/bn.

Sejak sekian lama rakyat diperbodohkan oleh media cetak dan elektronik pencacai umno, dan kini tidak lagi, mereka yang selama ini berlagak sombong dan angkuh kononnya merekalah juara memperjuangkan hak rakyat, terutamanya melayu kini sudah terkedu.


Begitulah juga dengan apa yang terjadi dalam sehari dua ini bersempena dengan masuknya tahun baru 2010, dimana pada malam tahun baru rakyat di hadiahkan dengan kenaikkan harga gula (dan harga roti), dan dalam waktu yang sama mahkamah tinggi memutuskan keputusan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Muslim.

Apa yang aku nampak dalam isu ini adalah, ianya satu helah umno untuk menutup isu kenaikkan harga gula dengan isu sensitiviti orang melayu yang rata2nya mengaku Islam. Selain daripada itu juga untuk menutup segala kepincangan mereka menghadapi tekanan dalam isu PKFZ, Sprm-Tbh, Kehilangan enjin Jet Pejuang, manipulasi laporan bedah siasat TBH dengan memberi tekanan kepada pakar bedah siasat Thailand dan sebagainya.


Maka dengan itu pemuda umno dikerahkan untuk membuat demonstrasi sebagai tanda memprotes kenaikkan harga gula sebagai menunjukkan bahawa umno masih relevan dan masih lagi sebagai juara mempertahankan hak rakyat.

Dan aku amat pasti atas desakan dari pemuda umno dan NGO2 pro umno ini, dalam masa terdekat… pihak kera…kera…jaan akan mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

1) Kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikkan harga gula.

2) Kerajaan akan menutunkan harga gula dari 20sen kepada 10sen.

3) Kerajaan menarik balik kenaikkan harga gula. (yang ini mungkin mimpi aku jer)

Di sokong pula dengan bantuan media pencacai mereka yang setiap hari memanaskan isu penentangan pemuda dan ngo pro-umno sehingga kera..kera..jaan terpaksa tunduk atas desakan tersebut kononnya demi rakyat.

Bagi rakyat yang boleh melihat strategi permainan umno ini pasti tak hairan dengan segala tipu helah mereka, tetapi bagi rakyat yang tidak dapat melihatnya dan masih wala dengan berita dai akhbar pencacai secara automatik akan terpedaya dan hoyeeeee… hoyeeeee umno juara rakyat, umno memperjuangkan hak rakyat bla…bla…bla…. macam cibai jer…


Jadi berhati-hatilah dengan taktik kotor umno/bn @ kera…jaan celaka nih….,


Dan aku lebih suka kalau kera…jaan menaikkan harga gula dan barangan lain dengan lebih tinggi lagi…, takpa… rakyat malaysia semuanya kaya raya belaka, setakat harga gula sekilo RM5.00… apa ada hal…. harga petrol RM10.00 seliter… takda hal punyalah…


Come on Mr. PM naikkan harga barangan demi menyelamatkan kantong negara yang semakin kering. Kalau lu orang nak belasah untuk mengkayakan kroni dan perut boroi lu orang pun… takpa… teruskan…, rakyat sentiasa bersedia untuk di sembelih semahunya

Jumaat, Januari 01, 2010

Tahniah Najib: Kroni Kapitalis Didahulukan Keuntungan Diutamakan


Tahniah kepada kerajaan kerana telah mencapai KPI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi di awal tahun baru 2010 dengan pencapaian kenaikkan harga gula. Rupanya baru rakyat tahu KPI kementerian ini ialah menaikkan harga barang keperluan dan bukan menjaga kepentingan pengguna. Tahniah pada sahabat saya menteri kementerian ini Datuk Ismail Sabri kerana berjaya mencapai KPI di awal tahun lagi sedangkan menteri lain kena tunggu satu tempoh yang lama.

Kenaikkan yang di umumkan oleh kerajaan tidak membantu meningkatkan pendapatan tinggi rakyat Malaysia sebalik menambahkan beban yang telah terbeban selama ini. Kenaikan ini menunjukan kerajaan telah tidak menambahkan subsidi sebaliknya mengurangkan subsidi harga gula. Pemberian subsidi yang diberi pun sebenarnya hanya menguntungkan pemegang AP mengimpot gula sahaja. Kenaikkan harga gula akan menyebab berlaku kenaikan harga susu, minuman, kuih muih, roti, biskut dan apa saja barangan yang menggunakan gula akan mengalami kenaikan harga. Kenaikan harga gula ini akan menyebabkan berlaku kenaikkan berangkai.

Rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga gula dan barang-barang ruji yang lain seperti beras tepung dan lain-lain dengan membenarkan lebih ramai peniaga yang diberi kebenaran membawa masuk barang-barang ruji ini selanjutnya membina persaingan di antara peniaga. Persaingan yang sihat akan memberi kelebihan kepada pengguna dan rakyat keseluruhannya. Tapi kenaikkan yang berlaku ini masih lagi mengekal sistem monopoli yang di kuasai kroni kapitalis yang sering membantu kepentingan parti politik pemerintah BN.

PM mungkin rasa gembira kerana berjaya menterjemahkan dan menghayati konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. rakyat yang dahulu kena bayar atas alasan kenaikan harga gula antara bangsa. Terima kasih PM bg hadiah tahun baru 2010 pada rakyat. Saya mencadangkan kepada PM menukar slogan di dendangkan kepada slogan baru yang berkonsepkan kroni kapitalis didahulukan keuntungan diutamakan.


Sekarang terserah kepada rakyat untuk menilai cara kerajaan mengendali urus tadbir negara ini. Yang pasti rakyat kena mengubah gaya hidup untuk lebih berjimat dan mengubah gaya hidup daripada terus mempercayaai slogan kosong BN kepada satu azam tahun baru untuk bertekad meninggal kepercayaan terhadap BN berani membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Turunkan BN untuk elak barang naik.

15 Muharram 1431

Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.

Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.

Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.

Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.

Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.

Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.

Sabtu, Disember 26, 2009

MAMAK bendahara....menggelabah...

Mahathir: Siasat juga RM270 bilion zaman Pak Lah
Dis 24, 09 4:34pm
Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Jumaat, Disember 25, 2009

MELAYU URMMMNO AKAN BERTINDAK MENGHUNUSKAN KERIS SEKIRANYA DAP MENGHINA ISLAM. DIMANA PENDEKAR2 URMMMNO SEWAKTU ISLAM DIHINA OLEH PEMIMPIN2 MEREKA SENDIRI???

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan : Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.: “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92 : ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Isnin, Disember 21, 2009

PROGRAM JEJAK JENTERA 27disember 2009

Arturcara Program...9pagi - 9 malam..

Team A
-Angkatan Bergerak-(9am - 1pm , 2pm - 5pm)
-di bahagi kepada 5 group/zon A-E
-1 group 2 orang.

-Zon A.
Taman Soga - Taman Tanjung

-Zon B.
Town A
-Dari Summit Batu Pahat - Jalan Simpang Rantai.

-Zon C.
Town B
-Dari Pejabat Parti Keadilan (Taman Makmur) - Bukit Pasir

-Zon D
-Bukit Pasir (carrefour) - BP Mall

-Zon E
-Kg kenangan Dato onn 2 - Jalan Kluang(gunung soga,tmn perdana,tmn tanah merah,tmn sri penggaram dan yang berdekatan)

Skop Kerja:-
-Bawa fail di klip kan borang ahli sebanyak 100 borang.
-Jelaskan tujuan dan objektif (10am,12pm,2.30,5.30)
-Membuat penilaian individu terhadap mereka samada untuk AMK,Bahagian or Ahli Biasa.
-Bicara dan soal tentang masalah hidup harian mereka dan perbelanjaan mereka.
-Minta pendapat mereka apa yang perlu diubah dan dicegah.
-Minta Pendapat mereka berkenaan Parti Pembangkang memerintah tempat/negeri/parlimen or adun di sini.

Team B
-Angkatan Statik-(9am - 1pm , 2pm - 5pm)


Skop Kerja
-Berkempen di sekitar Pejabat Cabang dan sekitar kawasan taman di situ.
-Berkibar Bendera.

Team C
-Angkatan Penerangan,Media dan Komunikasi- (10am,12pm,2.30,5.30pm)
6 orang.

Skop Kerja
-Memberi penerangan tentang prinsip parti,perjuangan parti dan yang berkaitan.
-Tujuan dan Objektif Parti,Angkatan Muda dan Bahagian cabang.

Team D
-Angkatan Setiausaha-
-Mengendalikan pendaftaran ahli
-Soal latar belakang ahli
-Soal latar belakang Politik
-pendapat mereka dan tujuan mereka join parti.
-Menilai individu ahli baru samada layak untuk Angkatan muda,Bahagian or Ahli biasa..


Salam reformasi,
Inilah sebahagian sedikit kertas kerja dan skop2 kerja dan aturcara yang akan di jalankan pada 27hb disember nih..memang amatlah berharap kehadiran yang ramai dari segenap seluruh ahli Parti Keadilan rakyat Negeri Johor..Untuk Bersama2 .bergerak bersama2..Insyallah sejurus habis program ini kita akan bincang semula untuk daerah seterusnya..dan kami satu johor akan berjumpa semula di tempat yang akan datng dan bersam2 gerak untuk bantu daerah2 yang lain..

Disediakan oleh:
Muhd Ezaddin Abdul Rahman
Pengerusi tetap Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu Pahat

Di sahkan oleh:
Khairul Fauzi Haji Muhamed
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu Pahat.

Pemerhati dan Penyelia:
Mohd Khuzzan
Setiausaha Cabang Parti Keadilan Batu Pahat.

Jumaat, Disember 18, 2009

PR-Conv-logo





Konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakakan buat pertama kalinya esok:


Tarikh: Sabtu,19hb Disember 2009
Masa:8.00am-6.00pm
Tempat:Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

Projek pembodohan orang Melayu....semua orang melayu tolong bace bg sesiape yg belom bace...terpulang kepade anda untuk menilai



oleh: Hishamuddin Rais
United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini.

Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini.

Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah. Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina.

Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation - kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!

Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.

Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?

Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya.

Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya.

Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu.

Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.

Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.

Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.
SAH.....Bung Moktar nikah Zizie Ezette

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."

Zizie EzetteMohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".

"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.

Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."

"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:

"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi." BERNAMA

........dh jodoh nk buat mcmne....hehehehe....
................................................M'sia kekurangan ANAK MUDA !!!!!!!!!

Akhirnya......Emas SEA bola sepak milik Malaysia
Kemarau 20 tahun berakhir, tewaskan Vietnam 1-0



BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di Vientiane, semalam. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --fotoBERNAMA 


VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.
Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.
'Kemenangan' itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.
Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop (kanan) menangis ketika pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan mereka. -Foto AP

Kemenangan itu menjadi lebih manis selepas Malaysia ditewaskan oleh Vietnam 1-3 pada perlawanan peringkat kumpulan 6 Disember lalu.
Pada saingan suku akhir, pemain-pemain muda negara menundukkan juara bertahan Thailand, 2-1 di peringkat kumpulan untuk menempah tempat separuh akhir sebelum menewaskan Laos, 3-1 di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini che'GuBard ingin memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

Naib Presiden Gerakan Umum Keluar Parti Itu
KUALA LUMPUR, 16 Dis [1.32 pm] - Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan (foto), sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen, beliau membayangkan kemungkinan akan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM). Katanya, beliau membuat keputusan keluar Gerakan kerana tidak lagi diberi peluang untuk menyuarakan masalah dan pendapat ahli dalam parti itu. Jun lalu, Naib Presiden Gerakan itu, yang digantung keahlian selama tiga tahun oleh parti pernah menyatakan akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik. Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut. Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu sebelum ini. Dengan pengumuman ini, maka akhirnya terjawab juga segala persoalan yang bermain dikalangan pemimpin Gerakan dan BN sebenarnya.

Rabu, Disember 16, 2009

ALA HAI..



THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Fright for BN as Budget passed by 66-63 votes
It was fright night for the BN as the national Budget was passed by a wafer-thin 66-63 majority in Parliament last night.
That’s 48 per cent attendance for the BN MPs and a 77 per cent turnout for the Pakatan reps.
Najib and Ong Tee Keat reportedly had to rush to Parliament to vote – and this was for their “1Malaysia Prosperity for All” Budget.
The Malaysian Insider has the story here (Najib’s budget passed by a narrow 66-63 vote).
It just goes to show how much importance these missing MPs place in Parliament when they can be absent during such a crucial debate and vote.
*******************************************
Tapah MP saves the day for BN
Tapah member of parliament M Saravanan turned saviour for the ruling Barisan Nasional (BN) at the Dewan Rakyat yesterday with his vote ensuring the approval of the Supply Bill 2010, better known as Budget 2010.
The drama began late last night when the Dewan Rakyat speaker Pandikar Amin Mulia called for voting for the passing of the bill, deemed to be an important component of the government's expenditure for next year.
The ruling coalition managed to get the bill approved with a one-vote majority, 64 against 63 votes of the opposition bloc, thanks to Saravanan's late-minute vote.
"I had a function to attend in the city last night. During the event, I got a call from someone in Parliament asking me to rush to Dewan and that a voting is being conducted in the Supply Bill.
"It was about 10.40pm when I managed to relieve myself from the function and rushed to Parliament.
"I was in the nick of the time as the Speaker allowed me to cast my vote. To my relief later I learnt that the Bill was passed by a single vote majority," Saravanan, who is also Federal Territories and Urban Well-being deputy minister, told Malaysiakini when contacted.
Najib was called back too
He also thanked his lucky stars, because the function he attended was close-by to the Parliament, enabling him to rush to the Dewan Rakyat within minutes after getting the alert.
The failure to pass the Bill, which is basically the 2010 government budget, would have resulted in the ruling coalition needing to retable the entire budget, resulting in throwing a spanner in the works of development projects planned by the ruling government.
It would also have been as major embarrassment for Prime Minister Najib Abdul Razak and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who were both in the Dewan Rakyat until late yesterday, as this could have been the first budget not passed by Parliament in the nation's history.
Both Najib and Muhyiddin too had to rush to the Parliament to ensure the budget was approved in their favour.