Pertubuhan Revolusi
Anak Muda Malaysia (PRAMM)
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KENAIKAN HARGA MINYAK YANG DICADANGKAN KERAJAAN MALAYSIA BEKUATKUASA SEPTEMBER 2009
Kami selaku mewakili seluruh anak muda Malaysia yang prihatin dengan ini ingin
merakamkan bantahan dan rasa kesal yang amat sangat terhadap tindakan
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib mencadangkan kenaikkan harga petrol sebanyak RM 0.20 September 2009 ini.
Pada saat rakyat sibuk untuk membuat persiapan perayaan yang akan menjelang pada pertengahan September, kami beranggapan kenaikan ini adalah sangat tidak wajar. Ini merupakan satu tindakan yang tidak tepat pada masanya seterusnya bakal memberikan tekanan besar kepada perbelanjaan rakyat dan kesan buruk kepada ekonomi negara. Bagi kami, tindakan menaikan harga petrol ini bakal tersemat di hati rakyat Malaysia sebagai salah satu hadiah pahit menjelang perayaan. Ini juga mencerminkan ketidak bertanggungjawaban sebuah kerajaan pemerintah. Kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan pandangan dan suara dari pihak lain dan tidak membuat kaji selidik secukupnya terhadap kesan langsung ekonomi serta alternatif lain selain daripada tindakan yang terus-menerus membebankan rakyat.
Seperti yang sedia maklum, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia sentiasa mengaut keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran global. Kerungsingan mula timbul, kemanakah pergi hasil keuntungan tersebut dan adakah rakyat tidak berhak menikmatinya. Kami berpandangan bahawa kekayaan Negara yang dianugerahkan oleh Allah ini harus diagihkan kepada rakyat Malaysia secara adil dan saksama. Oleh itu, rakyat Malaysia berhak untuk mendapat bekalan minyak pada kadar yang munasabah berdasarkan kos pengeluaran minyak dalam negara, bukan pada kadar harga pasaran global.
Apa keperluan kerajaan menafikan nikmat rakyat untuk mengecapi harga minyak yang murah? Alasan yang biasa diberi adalah kerana kerajaan tidak tertanggung jumlah subsidi yang tinggi dan pembangunan di dahulukan. Pada hemat warga muda jawapan ini tidak lagi boleh diterima pakai kerana seolah-olah kerajaan tidak pernah mengambil peluang belajar dari pengalaman dan inisiatif lain tidak pernah dikaji.
Jika ini diteruskan, nescaya rakyat mengalami keperitan tatkala musim perayaan nanti. Kenaikan ini bakal memberi impak besar terhadap harga barang di pasaran ketika permintaan sedang tinngi bagi memenuhi keperluan perayaan. Seterusnya kos sara hidup akan meningkat. Dari pandangan anak muda peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi amatlah membimbangkan. Terdapat puluhanan ribu anak muda yang merupakan golongan pelajar IPT yang terpakasa mengikat perut menampung hidup dan mereka turut dibebani hutang pinjaman pengajian kelak. Bagi golongan pekerja muda pula ini adalah satu lagi beban besar setelah terkena tempias krisis ekonomi sedia ada. Ruang mata pencarian semakin menguncup, ramai yang kurang elaun kerja lebih masa malahan ada pula yang kehilangan kerja.
Jika dilihat dari kenaikan sebelum ini, impaknya sangat memeritkan, kenaikan harga barang yang menyusul sangat membebankan dan harga pasaran masih kekal walaupun minyak telah diturunkan. Kini kita dapat lihat kenaikan tambang bas dan teksi yang baru diumumkan masih menhantui rakyat terutama golongan muda yang yang bergantung kepada keperluan tersebut. Golongan muda perupakan perintis kepada pembangunan negara hebat seperti Malaysia, mereka baru melakar jalan harapan untuk membina hidup dan mereka tidak harus menerima nasib sebegini rupa.
Justeru, kami dari Jawatan Kuasa Pimpinan Penajaan PRAMM menyampaikan desakan anak muda kepada kerajaan Malaysia agar membatalkan cadangan kenaikan tersebut. Tindakan tersebut tidak sesuai pada masanya serta tidak wajar sama sekali. Harapan kami agar kerajaan dapat menumpukan kepada pembelaan nasib golongan muda amnya serta prihatin kepada kebajikan rakyat umumnya.
Sekian desakan dan tuntutan kami.
‘Suara Anak Muda, Suara Masa Depan Negara’
Yang benar,
Mohd Faizal Mohd Yusak
Ketua Penerangan PRAMM
Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Sabtu, Julai 25, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ASSALAMMUALAIKUM,awak ni sape yang kononnye mewakili anak muda malaysia???penah ke kita berjumpa,berbual atau duduk semeja membincangkan ketidak puasan hati pasal kenaikan harga minyak??saya rase x pernah melainkan awak cuma berkhayal dan cakap kosong konon nye nak jadi hero dengan mengatakn mewakili anak muda malaysia.mengenai isu minyak,sepatutnya saudara mesti lebih tahu dan faham jika tidak manakan saudara tulis dengan panjang lebar bukan.semenjak saudara dilahirkan pernahkah saudara terfikir berapa banyak kah duit kerajaan yang telah diberlanjakan untuk memastikan saudara sentiasa didalam keadaan sihat dan menerima pelajaran yang secukupnye sehingga dewasa..belum lagi nak dikira perbelanjaan untuk membantu orang melayu untuk berjaya...pernahkah saudara terfikir mana datang duit2 itu semua.saudara jadilah orang yang bersyukur dan janganlah sentiasa menuding jari kepada orang lain.sememangnye kita jaguh dan bijaksana menuduh orang lain bersalah akan tetapi pernah kah kita bertanya pada diri sendiri benar atau salah kah sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu.saya rasa bersyukur selama saya hidup ini tidak pernah rasa bimbang dan susah hati walaupun saya bukan dikalanagn orang yang berada.hendak kemana saja saya boleh bergerak tanpa rasa bimbang dan cemas..cubalah saudara bayangkan dan fikirkanlah dengan hati yang tenang dan terbuka bagaimana agaknye jika suatu hari nanti kita dijajah semula..INGATLAH PERJUAGAN ORANG DAHULU MEMASTIKAN TANAH MELAYU INI BEBAS DARI PENJAJAH BUKAN LAH UNTUK MEREKA TETAPI UNTUK ANAK CUCU MEREKA BAGI MEMASTIKAN ANAK CUCU MEREKA TIDAK HIDUP SUSAH SEPERTI MEREKA.OLEH ITU APA YANG KITA ADA SEKARANG KEKALKAN LAH UNTUK ANAK DAN CUCU KITA PULA.JANGANLAH KERANA TANGAN KITA SEKARANG ANAK CUCU KITA AKAN HIDUP SUSAH PADA MASA AKAN DATANG.NAUZUBILAH
BalasPadam