SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Khamis, Julai 30, 2009

SILA BACA INI DAHULU - TAK PERLU HAFAL



PERINGATAN DAN PANDUAN

PENTING ! PANDUAN BAGI PESERTA PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN


1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN


1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI


1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

dipetik dr tn tukar tiub

LAWATAN KERJA DS ANWAR IBRAHIM KE BP


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan mengadakan lawatan singkat ke Batu Pahat pada petang Sabtu 1 Ogos ini.

Mengikut jadual, beliau akan bersama-sama menyempurnakan salat maghrib di Masjid Sultan Ismail sebelum menghadiri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tempatan.

Maklumat selanjutnya akan menyusul.

Isnin, Julai 27, 2009

BABAK ke-1.5.....nantikan seterusnya..

Lagi Orang Kuat BN sertai PKR..!
Bekas Ahli Parlimen Segamat dan juga bekas Naib Presiden MIC, S.Subramaniam isytihar keluar parti dan menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam satu Program bersama DS Anwar Ibrahim bersama masyarakat India bertempat di Petaling Jaya petang tadi.

Dengan pengisytiharan ini Sepuluh cawangan MIC di beberapa lokasi ditutup dan lebih 1000 ahli turut serta menyertai PKR seterusnya memberi tamparan hebat buat Barisan Nasiyonal yang kehilangan beberapa tokoh penting dalam Parti komponen.

Najib cakap tak "meninggalkan kesan"... Ada lagi selepas ni...

Laporan polis terhadap blog 'Beng Hock'




Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menuduhnya terbabit dalam rasuah dan rakan sejawatannya, Ronnie Liu melesapkan dana kerajaan negeri pada 2008.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Shah Alam, Ean berkata, blog tersebut "mahu mengalih perhatian rakyat dari kematian kontroversi pembantunya, Teoh Beng Hock".


Blog itu menuduh Liu dan Ean ada kaitan dalam kematian Teoh dan mendakwa mereka terbabit dalam rasuah, khususnya dana kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek yang diwakili MCA.

Ean berkata, blog itu juga cuba mengaitkan beliau dengan kematian Teoh, dengan menuduh beliau dan Liu memaksa Teoh berpakat dalam aktiviti haram.

"Semua itu bohong kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu dan dia juga tidak pernah terbabit dalam urusan peruntukan (DUN) Sungai Pelek," katanya.

Ean, yang sedang untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga mendakwa blog tersebut cuba "memecah belahkan perpaduan di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat".

Liu, yang pada mulanya tidak bersetuju untuk membuat laporan polis terhadap blog tersebut, berkata beliau bersetuju kemudiannya atas nasihat dari rakan-rakan dalam DAP".

Sabtu, Julai 25, 2009

tips untuk UMNO dapat kembali sokongan rakyat



Muhyiddin Cari Formula Tawan 1Malaysia
Muhyiddin - Ahli-ahli UMNO perlu menyambut gelombang positif yang melanda parti ketika ini dengan mencari formula segera untuk menawan hati rakyat supaya UMNO kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi mereka.


Formula..?

Meh nak bagi formula... kasi bikin yang ni dulu, kurang-kurang dapat tarik 10% pengundi Pakatan Rakyat.

1 - Bukak balik kes Memali, dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib waris-waris dan keluarga Tragedi Memali.

2 - Bukak balik kes rogol gadis bawah umur di Melaka yang membabitkan Rahim Thamby Cik. dedahkan apa yang berlaku sebenarnya kepengetahuan 1Malaysia, bicarakan semua yang terlibat, hukum mana-mana yang bersalah kemudian bela nasib gadis yang jadi mangsa dan keluarga Nenek gadis tersebut.

Jangan lupa untuk bawa kambing hitam dalam kes tersebut dan minta mereka ceritakan kisah sebenarnya.

3 - Siasat semua 900 laporan rasuah UMNgOk dan dedahkan pada umum hasil siasatan. tapi yang tukang siasat tu mestilah terdiri dari mereka-mereka yang berkelayakan dari 4 parti utama di 1Malaysia... mesti ada wakil dari PAS, PKR, DAP dan UMNgOk.

Mana-mana yang bersalah, 1Malaysia nak tengok mereka dihukum..!

Bikin yang ni dulu TPM... kalau yang ni pun lu tak dapat bikin, lu punya suka... lepas PRU-13, boleh rasa jadi "PEMBANGKANG..!"

*Dah jadi TPM pun masih bodoh jugak..!

Memo bantahan anak muda

Pertubuhan Revolusi
Anak Muda Malaysia (PRAMM)

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KENAIKAN HARGA MINYAK YANG DICADANGKAN KERAJAAN MALAYSIA BEKUATKUASA SEPTEMBER 2009

Kami selaku mewakili seluruh anak muda Malaysia yang prihatin dengan ini ingin
merakamkan bantahan dan rasa kesal yang amat sangat terhadap tindakan
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib mencadangkan kenaikkan harga petrol sebanyak RM 0.20 September 2009 ini.

Pada saat rakyat sibuk untuk membuat persiapan perayaan yang akan menjelang pada pertengahan September, kami beranggapan kenaikan ini adalah sangat tidak wajar. Ini merupakan satu tindakan yang tidak tepat pada masanya seterusnya bakal memberikan tekanan besar kepada perbelanjaan rakyat dan kesan buruk kepada ekonomi negara. Bagi kami, tindakan menaikan harga petrol ini bakal tersemat di hati rakyat Malaysia sebagai salah satu hadiah pahit menjelang perayaan. Ini juga mencerminkan ketidak bertanggungjawaban sebuah kerajaan pemerintah. Kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan pandangan dan suara dari pihak lain dan tidak membuat kaji selidik secukupnya terhadap kesan langsung ekonomi serta alternatif lain selain daripada tindakan yang terus-menerus membebankan rakyat.

Seperti yang sedia maklum, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia sentiasa mengaut keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran global. Kerungsingan mula timbul, kemanakah pergi hasil keuntungan tersebut dan adakah rakyat tidak berhak menikmatinya. Kami berpandangan bahawa kekayaan Negara yang dianugerahkan oleh Allah ini harus diagihkan kepada rakyat Malaysia secara adil dan saksama. Oleh itu, rakyat Malaysia berhak untuk mendapat bekalan minyak pada kadar yang munasabah berdasarkan kos pengeluaran minyak dalam negara, bukan pada kadar harga pasaran global.

Apa keperluan kerajaan menafikan nikmat rakyat untuk mengecapi harga minyak yang murah? Alasan yang biasa diberi adalah kerana kerajaan tidak tertanggung jumlah subsidi yang tinggi dan pembangunan di dahulukan. Pada hemat warga muda jawapan ini tidak lagi boleh diterima pakai kerana seolah-olah kerajaan tidak pernah mengambil peluang belajar dari pengalaman dan inisiatif lain tidak pernah dikaji.

Jika ini diteruskan, nescaya rakyat mengalami keperitan tatkala musim perayaan nanti. Kenaikan ini bakal memberi impak besar terhadap harga barang di pasaran ketika permintaan sedang tinngi bagi memenuhi keperluan perayaan. Seterusnya kos sara hidup akan meningkat. Dari pandangan anak muda peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi amatlah membimbangkan. Terdapat puluhanan ribu anak muda yang merupakan golongan pelajar IPT yang terpakasa mengikat perut menampung hidup dan mereka turut dibebani hutang pinjaman pengajian kelak. Bagi golongan pekerja muda pula ini adalah satu lagi beban besar setelah terkena tempias krisis ekonomi sedia ada. Ruang mata pencarian semakin menguncup, ramai yang kurang elaun kerja lebih masa malahan ada pula yang kehilangan kerja.

Jika dilihat dari kenaikan sebelum ini, impaknya sangat memeritkan, kenaikan harga barang yang menyusul sangat membebankan dan harga pasaran masih kekal walaupun minyak telah diturunkan. Kini kita dapat lihat kenaikan tambang bas dan teksi yang baru diumumkan masih menhantui rakyat terutama golongan muda yang yang bergantung kepada keperluan tersebut. Golongan muda perupakan perintis kepada pembangunan negara hebat seperti Malaysia, mereka baru melakar jalan harapan untuk membina hidup dan mereka tidak harus menerima nasib sebegini rupa.

Justeru, kami dari Jawatan Kuasa Pimpinan Penajaan PRAMM menyampaikan desakan anak muda kepada kerajaan Malaysia agar membatalkan cadangan kenaikan tersebut. Tindakan tersebut tidak sesuai pada masanya serta tidak wajar sama sekali. Harapan kami agar kerajaan dapat menumpukan kepada pembelaan nasib golongan muda amnya serta prihatin kepada kebajikan rakyat umumnya.

Sekian desakan dan tuntutan kami.

‘Suara Anak Muda, Suara Masa Depan Negara’

Yang benar,

Mohd Faizal Mohd Yusak
Ketua Penerangan PRAMM

Selasa, Julai 21, 2009

sms kiriman YB datuk seri anwar kepada saya tentang pertemuan Zahid Hamidi dengan Netanyahu



"Menteri Pertahanan Zahid mengaku bertemu dengan menteri pertahanan penganas Israel walaupun tiada hubungan diplomatik dedah BN hipokrit , hina umat islam & mangsa Palestin"

saya siarkan berita tersebut :

BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu."Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.
Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA

FM - hebat Zahid Hamidi ni siap buat syarat dengan Netanyahu . Siap Netanyahu akur pada Zahid ! Ha ha ha ! Kenapa tiada pegawai pengiring ?Kenapa tiada jurugambar ? takut cerita sebenar bocor ke ? kenapa beria-ria benar Netanyahu nak jumpa Zahid hamidi ni ? sedangkan tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Isreal . Pelik betul ! Siapa nak jumpa siapa ni ? Siap bertegas dengan pendirian NAM terhadap kekejaman Isreal ! Fuh HEBAT ! Jarang anak melayu ni ! Atau nak kelentong 1 Malaysia ! Dalam tempoh 35 minit itu sahaja yang dibincangkan ? saya yakin 1 Malaysia tidak bodoh nak percaya pada Zahid Hamidi ni!
Pertemuan Zahid dan Netanyahu adalah bukti bahawa UMNO / BN mempunyai hubungan rapat dengan Isreal , menghina umat islam dan rakyat Palestin ! Sehingga begitu akurnya penjenayah Netanyahu kepada Zahid Hamidi !

Isnin, Julai 20, 2009

SIAPA sebenarnya baruah YAHUDI..??


Apa Tujuan Zahid Jumpa Ehud Barak..?
*ralat...pembetulan, Ehud Barak, bukan Netanyahu...

Bila PAS bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, mangkuk-mangkuk dan pencacai-pencacai UMNgOk/Barisan Nasiyonal kecoh kononnya DAP tu kafir harbi... habis 1Malaysia dikecohkan kononnya PAS menggadai agama sebab bersekongkol dengan DAP kafir harbi (kata mangkuk-mangkuk hayun UMNgOk/Barisan Nasiyonal)...

Jadi dekat bawah ni perjumpaan apa pulak..? Zahid Hamidi ni Menteri Pertahanan Negara Mana? dari parti mana?

Hari tu dah kecoh Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senajata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan...

Adakah untuk menutup kesalahan yang Malaysia dah lakukan maka Najib PM menghantar Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan untuk satu misi urusniaga antara Malaysia dan Israel? apa yang Amerika dah syaratkan untuk memaafkan kesalahan Malaysia yang menjadi orang tengah kepada Korea dan Myanmar..?

Apa yang Najib PM dah persetujui dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? kita akan bongkar sedikit masa lagi..!

Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM 2009/07/18

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today explained that he never met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France last June, as previously reported.

In a brief media statement issued by Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid in Kuala Lumpur today, it was explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show.

Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting with Netanyahu during the Paris Air Show in France last June to explain Malaysia's stance on the West Asia issue.

Ahmad Zahid is currently on a six-day visit in Lebanon - Bernama

Sabtu, Julai 18, 2009

BABAK ke-2 dan seterusnya akan menyusul...


Penghijrahan Datuk Chua Jui Meng adalah babak pertama strategi menawan Johor. Selepas ini akan menyusul babak-babak seterusnya. Bila masanya tiba maka akan berkuburlah UMNO dan BN ni di negeri Johor. Kami menyeru seluruh rakyat johor tidak ketinggalan bersama-sama menerajui perubahan ini.

Jentera-jentera Parti di Johor dinasihatkan bersedia dengan strategi seterusnya.
perubahan akan dan tetap akan berlaku. BN dan UMNO diramalkan akan menggunakan keseluruhan jentera kerajaan bagi menghalang perubahan ini. Wlau bagaimana pun pimpinan parti di peringkat pusat telah mengatur strategi sebaiknya agar perubahan ini berlaku dengan sokongan rakyat.

Mungkin ramai lagi pemimpin umno negeri Johor akan menyertai PKR. Kami amat mengalu-alukan penertaan mereka. Kami PKR cabang Batu Pahat telah pun menyediakan Batu nisan Khas buat UMNO. Satu lagi sejarah akan terukir di bumi Batu Pahat.

Berhijrahlah demi satu perubahan Malaysia Baru.
REFORMASI!!!

Chua Jui Meng umum KELUAR MCA & sertai PKR




Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.


Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.


Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Mengapa saya tinggalkan BN? Chua Jui Meng

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.


Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

Jumaat, Julai 17, 2009

Forum “Kebenaran Di Sebalik Skandal: Perak, PKFZ & Konspirasi BN”


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan satu Forum Umum bertajuk “The Truth Behind the Scandals: Perak, PKFZ and the BN Conspiracy”.

KeADILan berpendirian bahawa rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara.

Forum ini akan mengupas fakta-fakta yang diselindungi oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional, dan tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.

Bekas Naib Presiden MCA, Dato’ Dr. Chua Jui Meng juga dijadualkan akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 2:30 hingga 5:00 petang
Tempat : Lagoon 2 Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Terkini Liputan Kes Teo Beng Hock Jatuh Dari Bangunan SPRM






17 Julai 2009 - Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian setiausaha politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, YB Ean Yong Hian Wah.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

10.54 pagi - Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon, pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.

Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

Jumlah yang ditangkap, antaranya:

YB Dr Xavier Jayakumar
Saudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB Hee
Saudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. Cheah
YB Mike - Kapar
Saudara Shahruddin Abu Bakar
Saudara Thilai
Saudara Loh Boon Keat
Saudara Abdul Razak Ismail


Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.

Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.

Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibupejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

12:10pm - Dr Xavier Jayakumar telah dibawa keluar dari lori polis rusuhan PDRM dan dibawa ke balai polis untuk siasatan seterusnya. Turut dibawa adalah tujuh orang lain yang ditahan. Lu Chuan Boon yang dipukul teruk oleh polis dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan susulan.

Pihak polis kini enggan memberikan peguam iaitu Latheef Koyah dan Surendran untuk bertemu tahanan dan menjalankan kewajipan mereka.

2.30pm - YB Hee Loy Sian (ahli Parlimen PJ Selatan), Sangetha Jayakumar (anak perempuan merangkap setiausaha Dr Xavier Jayakumar) serta Azmizam Zaman Huri (Ketua AMK Cabang Kota Raja) menemani dan memberi sokongan moral kepada Dr Xavier Jayakumar dan tahanan lain di dalam bilik siasat balai polis seksyen 11. Pihak polis masih belum mahu membebaskan mereka.

3:15pm Saudara Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) datang ke bilik Orang Kena Tahan (OKT) untuk memberi sokongan moral.


Berita mengenai kematian Teo Beng Hock yang turut disiarkan di beberapa laman web dan blog termasuk Malasyiakini pada 16 Julai 2009;

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Pada 15 Julai 2009, beliau telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Bekas wartawan Sin Chew Daily yang berasal dari Melaka itu yang dikatakan berjanji kepada para pegawai SPRM untuk kembali dengan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan SPRM dikatakan merancang mahu mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini. Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang 16 Julai 2009, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas.

Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.

Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.
Mayat Teo bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar.

Terdahulu itu, lima pakar forensik berpakaian merah hati dari tiga buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira-kira jam 6.30 petang.

Keluarga mangsa yang ditemui dalam bangunan yang menempatkan pusat beli belah dan pejabat itu, bagaimanapun enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan.

Abang kepada mangsa, yang menunggu hampir empat jam, dibenarkan masuk ke dalam bangunan di tingkat lima itu kira-kira jam 8.30 malam untuk melihat mayat Teo.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis bertindak secara tidak professional kerana membiarkan waris menunggu terlalu lama.

Ronnie turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan SPRM terhadap beliau dan Adun Seri Kembangan untuk menemui mangsa.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kesal kerana polis tidak membenarkan beliau dan abang mangsa melihat mayat Teo.

Sementara itu, kelihatan beberapa anggota parti pakatan rakyat menyalakan lilin sambil memegang beberapa sepanduk di hadapan pintu masuk Plaza Masalam sebagai protes terhadap kematian Teo.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam sidang media berhampiran tempat kejadian berkata, kes ini di klafisikasikan sebagai kematian mengejut tetapi polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk pengesahan.

"Dalam kes ini, tiga buah hospital menjalankan siasatan patologi iaitu dua pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, seorang dari Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi dari hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," kata Datuk Khalid.


Menjawab soalan pemberita, mengapa pakar bedah siasat diambil daripada tiga hospital yang berlainan, Datuk Khalid menganggap ia adalah kes sensitif.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke HTAR untuk bedah siasat pada pukul 9 malam.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang akhbar lain memberitahu, kerajaan negeri bakal mendapatkan khidmat pakar patologi Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) untuk menyertai pasukan patologi yang dilantik polis.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata keghairahan Umno-BN memperalat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengundang padah dengan kematian seorang saksi dalam tahanan mereka.
Beliau berkata SPRM bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan operasi besar-besaran memburu dan menyiasat adun-adun Pakatan Rakyat.

"Saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku alat pimpinan UMNO satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor," kata Anwar.

"Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan! Dan hari ini (16 Julai 2009), akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock," tambahnya lagi.

PAS juga mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.
Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdul mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.


Posted by King Castle at 10:56 AM 0 comments

Selasa, Julai 14, 2009

LINTAS LANGSUNG DARI MANEK URAI

2009
N-41 Manek Urai Live
Bloggers yang berada dilokasi adalah Topeng Perak, Pinkturtle dan Tok Gawo. Pro Reform pula ditugaskan untuk mengupdate dari pusat media. Gambar2 akan diupload kemudian.

8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.

8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.

8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.

9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.

9.30am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.

9.45am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

11.00 am: peratus mengundi di semua peti undi adalah lebih kurang 30%.

11.15 am: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.

11.30 am: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi 'wang' kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu... Suasana menjadi tegang.

MENYELAMI PEMIKARAN BUNG BURHANUDDIN



SEMINAR PEMIKIRAN DR.BURHANUDDIN AL-HILMI

Ahad, 2 Ogos 2009 :: 8.30pg-5.15ptg :: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Prof. Madya Saliha Hassan (Pensyarah Sains Politik, UKM)

Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

Cara Pendaftaran:

Melalui SMS atau email : Nyatakan
CARA PEMBAYARAN:

Segala pembayaran dan sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun MAYBANK atas nama PUSAT KECEMERLANGAN UMMAH, nombor akaun: 562106229171

Sila faxkan atau emailkan salinan resit pembayaran anda (Nyatakan nama & no telefon) selepas membuat pembayaran. PAS masuk boleh didapati di kaunter pendaftaran pada hari seminar.

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:

Azlin: 013-303 7867

Nurani: 013-611 4832

Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Daftar segera, tempat adalah terhad.

Isnin, Julai 13, 2009

Eksklusif: Manek Urai, Petanda PAS Menang Kian Hampir Bila Puak-Puak UMNO BN Dilihat Semakin Gila Meroyan Menjelang Hari Pembuangan Undi !!




Pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 14 Julai ini dilihat bakal memberi kemenangan mudah kepada PAS. Statistik terkini yang PDO terima daripada pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa peratus sokongan rakyat terhadap PAS kini meningkat kepada 65%, manakala BN hanya 35% sahaja. Jika senario ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya ini nanti. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong kemenangan besar ini pasti akan berlaku. Antaranya ialah sikap "bangang" para pemimpin UMNO dan kerajaan BN yang "cakap tak serupa bikin". Malah, mereka masih terus mengalunkan "lagu rentak lama" di Manek Urai. Biarpun mereka tahu bahawa strategi itu bakal memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana pemikir dan penasihat pilihanraya yang langsung tidak boleh "berfikir secara waras" sebenarnya, maka mereka terus menerus menyajikan adengan yang sama tanpa mahu mengambilkira pandangan rakyat itu sendiri. Bukti jelas dapat dilihat dalam beberapa perkara. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita, apakah mereka sedar atau tidak segala apa yang dilakukan ini agaknya. Antara bukti jelas yang bakal membawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai ini ialah :-

Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat

Mutakhir ini, nampak benar pemimpin UMNO begitu kemaruk untuk menang di Manek Urai. Igauan badi kekalahan dalam hampir kesemua pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 lalu masih terpahat dalam ingatan. Bahkan, ia juga menyebabkan pemimpin UMNO dan BN menjadi "takut" serta "fobia" untuk berhadapan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya secara demokrasi. Lantaran itulah, mereka amat takut jika DUN Perak dibubarkan. Malah, mereka juga menjadi "dayus" dan "bacul" untuk berhadapan dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti sebelum ini. Memang sudah nasib badan, mahu atau tidak pilihanraya kecil Manek Urai perlu disertai bagi mengelakkan malu yang lebih besar. Dengan segala jentera pilihanraya yang ada, serta bantuan daripada SPR, PDRM, KEMAS, JASA serta lain-lain agensi yang diperalatkan sewenang-wenangnya oleh mereka itu pun mereka masih takut berhadapan dengan "suara rakyat". Akhirnya terpaksalah menggunakan strategi ampuh dan mudah dibaca iaitu "kebajikan buat rakyat". Kononnya "rakyat diutamakan", walhal semuanya itu hanyalah omongan kosong semata-mata. Malah tindakan Najib mengumumkan berbagai insentif buat rakyat semalam, jelas sekali bagi memancing undi pilihanraya kecil Manek Urai sebenarnya. Malah, sebelum itu Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihanraya Manek Urai juga telah membuat pengumuman yang sedikit melegakan rakyat. Iaitu berkaitan permansuhan PPMSI yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012. Ini semua adalah "gula-gula pilihanraya" yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat. Maka itu, kita yakin semua ini tidak akan memberi kesan yang positif buat UMNO. Malah, rakyat akan lebih benci kepada mereka kerana masih mahu "menipu" di depan mata, biar pun mereka tahu rakyat bukan semuannya boleh "dibutakan mata dan hati" seperti puak-puak UMNO karat itu sebenarnya !!

Mendiamkan rasuah politik Manik Urai ; lagi bukti SPRM alat regim Bn



Sekali lagi diulang kenyataan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang wang rakyat dan SPRM bukan sekadar hilang maruah tetapi ia sudah mati dari prinsip kewujudanya. Selaku ko ordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) SPRM sudah tidak harus lagi dibicarakan kewujudanya kerana SAMM sudahpun mengistiharkan SPRM mati dihari kelahiranya. Upacara pembakaran dan penyerahan permit kubur SPRm telahpun disempurnakan oleh SAMM di depan Ibupejabat SPRM putrajaya pada 25 Febuari 2009 yang lalu. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Sebenarnya SPRM bukan sahaja punya cukup 'kelengkapan' dan 'kewangan' untuk memenuhi kehendak kewujudanya namun lebih dari itu SPRM sebenarnya punya ramai kakitangan yang punya roh perjuangan ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan maruah integriti negara. Malangnya lembu - lembu yang bergelar pegawai tinggi SPRM lebih berminat menjadi tunggagan regim Bn.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan masih berhutang penjelasan mengenai tindakanya selaku Pengarah SPRM N.Sembilan ''meminta' dan 'menerima', wang 'sumbangan' dengan julah yang besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan. che'GuBard dimaklumkan oleh teman seorang anggota satu Jawatankuasa di bawah SPRM telahpun membincangkan perkara ini diperingkat jawatankuasa yang dianggotainya. Tiada penafian dibuat (maknanya tuduhan tersebut benar) cuma dicadangkan tindakan amaran 'keras' kepada Pengarah SPRM Negeri Sembilan kerana kesalahan tersebut (ertinya kesalahan berlaku). (sila klik untuk baca lanjut mengenainya)

Terbaru di Manik Urai jika (mendiang) SPRM masih hidup sudah tentu tindakan harus diambil kerana ugutan atau tawaran rasuah politik. Penduduk Manik Urai diugut oleh pemimpin Regim Bn agar mengundi Bn untuk mendapat Jambatan Baru. (sila klik sini untuk baca lanjut) Ini jelas salah !. Selain itu bukan sedikit peruntukan wang rakyat digunakan untuk kempen Regim Bn. Contohnya 6000 pelajar tiba - tiba diberikan peralatan sekolah, kasut dan pakaian sekolah dalam satu majlis Bn. Malah gambar dibawah cukup membuktikan bagaimana Timbalan Presiden komponen Regim Bn (Umno) terlibat dalam rasuah kain batik/pelikat kepada pengundi.
Gambar dirakam oleh Jinggo (jurugambar bebas) di Manik Urai dan
disiarkan di laman foto beliau.

Terbaru mendapat email dari pembaca blog ini yang menghantar maklumat amalan korupsi yang dilindungi oleh lembu (Pegawai Tinggi) SPRM. cheGuBard diperingkat mengumpul bukti sokongan dan pengesahan maklumat sebelum pendedahan dibuat.

Apapun pendedahan dibuat rakyat perlu sedar tidak akan ada tindakan diambil kecuali ia tidak melibatkan kepentingan pemimpin tinggi Regim Bn.....untuk melihat pemimpin tinggi regim Bn atau lembu SPRM ini berlumba masuk ke penjara maka rakyat harus bangkit menghumban Regim Bn.

Manek Urai: Jentera Berjalan Lancar





Khamis malam jumaat aku sampai Manek Urai lebih kurang jam 11:30 tengah malam. terus ke lokasi penginapan geng-geng media di Manek Urai Lama. lepak kedai kopi pekena teh sambil tengok petugas-petugas pilihanraya pasang bahan kempen.

Dengar cerita siang tadi KJ ada melawat kampung ni dan lepak di kedai kopi dan kerusi yang sama yang aku duduk masa minum dekat situ.

Tuan kedai cerita sikit apa yang jadi siang tadi masa KJ minum dekat situ. KJ minum dengan beberapa penyokong dia dan ada 2-3 orang PAS dekat situ. salah sorang Ustaz PAS tu pulak selamaba je cucuk KJ... dia ni tak lama lagiu masuk PAS la... buat apa nak duduk dalam UMNgOk lama-lama kan?

Ada pulak geng KJ menyampuk... kenapa pulak nak masuk PAS..?

Ustaz tu jawab balik, ye la... duduk dalam UMNgOk pegang jawatan ketua pemuda tapi tak jadi Menteri pun, timbalan ketua pemuda dapat pulah jawatan penting... jadi buat apa nak duduk dalam UMNgOk... hidup segan mati tak mau...

KJ terus hirup air dia cepat-cepat lepas tu terus gerak...

Kesian...

Langkah Najib Sempena 100 Hari - 93% Tolak Ia Akan Meningkatkan Tahap Penerimaan Rakyat



Sebanyak 93% responden Edisi 7 menyatakan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadapnya. Hanya 7% sahaja yang menyatakan sebaliknya.
Najib menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.
Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi.
"Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian.
Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.

Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.
Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat."Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya.

Ahad, Julai 12, 2009

KHIR TOYO BAKAL HABISKAN USIANYA DI DALAM PENJARA




Jika kerajaan BN ini sebuah kerajaan yang tidak korup dimana Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak adil, cekap, telus dan tanpa berpilih, Khir Toyo sudah pasti telah di bawa ke muka pengadilan.Belum pun selesai isu penyalahgunaan dana negeri yang melibakan pemindaan dana bernilai lebih RM1 juta yang diberikan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), kini timbul isu pembinaan banglo mewah, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.
“Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?
Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.
“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.
Banyak pihak yakin bahawa setelah kerajaan pusat diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dimana selepas SPRM, polis, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan dibersihkan daripada manipulasi dan eksploitasi politik UMNO BN, kes Khir Toyo ini akan diberikan perhatian serius dan impiannya untuk tinggal di istana yang bukan di dalam kemampuannya akan bertukar kepada kediaman di sel penjara sebagai ganti.

Jumaat, Julai 10, 2009

Jemputan Umum Mesyuarat Tertutup Mengenai Pengabungan NGO Anak Muda Malaysia Dibawah Suatu Pertubuhan Berdaftar.



Salam Perjuangan kepada Anak Muda Malaysia.

Saya, sebagai pengasas kepada Malaysia Youth Revolution Organization (MYRO) / Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia, mahu mengemukakan suatu draf rancangan jangka panjang berkenaan pembangunan generasi muda Malaysia kini, melalui konsep penggabungan dan kerjasama antara semua pertubuhan dan persatuan anak muda dibawah suatu pertubuhan dominasi berdaftar.

Konsep kesatuan ini adalah tampa sempadan, iaitu membatasi persoalan perbezaan agama, etnik dan fahaman politik, dan hanya berfokuskan kepada suatu dasar perjuangan pembangunan anak muda Malaysia.
Maka, suatu cadangan draf jangka panjang dan kerjasama ingin saya kemukakan disini, adalah penggabungan kesemua Pertubuhan NGO Anak Muda Malaysia, termasuk pertubuhan NGO berasaskan parti politik (parti pemerintah dan pembangkang), mahasiswa, pertubuhan keagamaan, kesenian dan kedudayaan, sukan serta rekreasi, dan aliran lain dibawah satu pertubuhan dominasi yang berdaftar, bagi meningkatkan tahap kepakaran dan tenaga pengurusan serta gerak kerja yang berterusan di kalangan anak muda Malaysia.

Maka, suatu mesyuarat tertutup berkenaan pembentangan usul dan pemilihan Pimpinan Tertinggi akan diadakan. Anda dijemput hadir.

Butir adalah seperti berikut:

Agenda: Pengabungan NGO Anak Muda Malaysia Dibawah Suatu Pertubuhan Berdaftar.
Tarikh: 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia

Sila nyatakan kehadiran peserta atau wakil sebelum tarikh mesyuarat bagi penyediaan logistik dan kertas kerja.

Sebarang pertanyaan, pendaftaran, atau kenyataan kehadiran, sila hubungi pihak yang berkenaan:

1. Fareez Dato’ Kamal Intidzam: 012-3788389
2. Azezul Azery Zulazmi : 019-2383276
3. Norlela Idris: 012-6411815
4. Mohd Faizal Mohd Yusak: 012-7924555

Sekian. Terima Kasih.

Fareez Dato’ Kamal Intidzam
Pengasas Malaysia Youth Revolution Organization.

Selasa, Julai 07, 2009

Pidato Kepimpinan dan Sessi Dialog bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Salam Sejahtera,

Dijemput rakan-rakan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC) untuk ke program Pidato Kepimpinan dan Sessi Dialog bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maklumat program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 9hb Julai, 2009 (Khamis)


Waktu : 8.00malam


Tempat : Dewan Utama, Unisel

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (Unisel) dengan kerjasama AIC dan i-Rakan. Dato' Seri Anwar akan memberikan pidato dan membuka ruang untuk soal-jawab bersama hadirin.

Jumpa anda di sana!

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar



Friday, July 3, 2009 at 4:47pm

Dari Blog KedahLanie..!

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-

Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA

KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] – Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin). Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. “Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA,” katanya. Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,
2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA
3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.
4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan 5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu. Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA. Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya. Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.
Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan. Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu. Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-

Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari

[10 Feb 2000] – Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk ‘Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat’. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes ‘liwat’ DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes ‘rasuah’ DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL). Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes ‘liwat’ DSAI. The Star memberi tajuk ‘NO SIGNS OF ANAL PENETRATION’ bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak (’Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not’ ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan Sukma

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan ‘digital per rectal examination’ tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan ‘proctoscopy’ apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil ‘first degree atau second degree haemorrhoids’, bukan untuk menunjukkan bukti liwat.

Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan ‘liwat’ DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan ‘liwat’ itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes ‘liwat’ DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ‘ I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced’. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi
[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].

Julai 7, 2009

Isnin, Julai 06, 2009

koleksi gambar penamaan alon di manek urai











hahahaha....umno....nantikan lah nasib kamu...

KEJAM!!!!!

Jumaat, Julai 03, 2009

4 kampus IPTA bangkit bela siswa kes 'puaka' UM




Rahim Sabri
Jul 3, 09
12:27pm
kemaskini 7.15pm Kumpulan pelajar Islam di empat universiti awam utama di Lembah Kelang sepakat melancarkan kutipan derma untuk membantu dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dihadapkan ke mahakamah atas tuduhan menconteng, cubaan membakar dan menceroboh dewan.

Selain Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) yang akan mengutip dana mulai minggu depan apabila semester baru dibuka, kempen itu turut disertai PMI Universiti Putra Malaysia (UPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Maaruf Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kumpulan pelajar Islam UKM dan UPM akan mengutip derma minggu depan, manakala di UIA kempen tersebut bermula kelmarin, sehari selepas dua pelajar Akademi Pengajian Islam (API) UM dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Naib Presiden PMIUM Mohd Aizat Mohd Salleh berkata, pihaknya akan memulakan kutipan derma itu dari kalangan ahlinya bagi membantu membiayai kos guaman kedua-dua pelajar terbabit.

"PMIUM mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mohd Aizat, yang juga exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), berkata kutipan derma itu dijangka diperluaskan kepada semua pelajar univerisiti tersebut yang bersimpati.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum membincangkan kaedah dan pelaksanaan kutipan tersebut.

Menurut Presiden PMIUPM Safwan Abdul Ghani, kutipan derma tersebut akan dimulakan dengan kira-kira 150 ahlinya sebelum diperluaskan kepada pelajar seluruh fakulti dan kolej kediaman.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Presiden ISIUKM Mohd Idris Mohd Yussoff berkata kutipan tersebut dimulakan di kalangan kira-kira 800 ahlinya.

Mohd Idris, pelajar Fakulti Pengajian Islam, tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan membantah sekiranya kedua-dua mahasiswa "dizalimi".

Selain sokongan dana, kata Presiden Kelab Maaruf UIA Faridzul Nasaruddin, pihaknya akan membantu menyebarkan maklumat kepada pelajar UIA berhubung kes tersebut.

ISIUKM dan Kelab Maaruf bagaimanapun belum memutuskan untuk mengutip derma ke seluruh universiti masing-masing.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - kedua-duanya pelajar API - dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Kedua-duanya juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.

Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Khamis, Julai 02, 2009

Program turun padang bersama YB Tian Chua di Parlimen Batu Pahat






Pada 28 Jun yg lalu jentera PKR Cabang Batu Pahat sempat mengatur Program bersama YB Tian Chua sempana lawatannya ke Negeri Johor,Program meliputi lawatan ke kawasan Minyak Beku berkenaan kes tanah, ke rengit lawatan ke perkampungan org asli serta ke beberapa buah kampung di Senggarang. Program turut di isi dengan aktivi memberi sumbangan kepada beberapa buah keluarga yg kurang bernasib baik sekitar kawasan kampung di Parlimen Batu Pahat