SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Selasa, Mei 26, 2009

KENYATAAN BALAS BLOG KOMUNIS TERHADAP RAIS YATIM

Kenyataan Blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam
Dengan tidak diduga, blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam telah menjadi topik panas saat ini. Ingin diterangkan bahawa blog ini hanyalah sekadar memarkan apa kami alami, yang kami nampak mengenai perjuangan Rejimen Ke-10 TPNM secara telus. Dan bahan-bahan yang kami paparkan adalah bahan asli yang tidak diputar belit. Apakah ini salah? Dalam zaman moden dan demokratik ini, rakyat patut diberi hak untuk mendapat atau menerima maklumat dari perspektif-perspektif yang berlainan malah bertentangan supaya mereka boleh membuat tafsiran-tafsiran yang lebih seimbang serta objektif.Dalam perbincangan perundingan tingkat tinggi antara Kerajaan Malaysia dan PKM pusingan kedua pada 2 - 3 Februari 1989, wakil PKM antara lain pernah mengemukakan supaya kedudukan PKM dihalalkan, ISA dibatalkan, semua tahanan politik dibebaskan, peranan sejarah PKM dan peranan perjuangan bersenjata diakui.Pihak Malaysia telah menolak tuntutan itu dengan berbagai alasan, tetapi menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mengakui sumbangan PKM untuk kemerdekaan, tetapi tidak boleh secara terbuka, biar ahli-ahli sejarah memberi penilaian masing-masing, kerajaan tak sekat. - lihat Suriani Abdullah REJIMEN KE-10 DAN KEMERDEKAAN, Nan Dao Publisher, ISBN 978 962 58331 21, Januari 1999. Mengikut pendapat kami, usaha-usaha yang menghalang mana-mana pihak menceritakan perjuangannya yang sebenar adalah tidak profesional, tidak demokratik dan tidak jujur serta tidak adil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan