SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Pantun Pusaka Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Jumaat, Mei 29, 2009

EKONOMI: rakyat terus tersepit,pemimpin terus punggah kekayaan..

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
29 Mei 2009
Sikap Kerajaan Malaysia yang mengabaikan prinsip tadbir urus dan pertanggungjawaban amatlah membimbangkan. Pada ketika rakyat Malaysia terpaksa berjimat cermat dan resah samada pendapatan mereka mampu menanggung sara hidup, kerajaan kita pula terus menerus mencurahkan ribuan juta dana awam secara culas.
Pendirian sambil lewa umno di dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang memperlihatkan sikap sebenar mereka yang sanggup menggadaikan kepentingan negara terutama apabila kecurangan itu membabitkan ahli parti tersebut. Kaedah kes itu ditangani mendedahkan sikap hipokrit mereka yang bertanggungjawab menyiasat skandal tersebut dan juga kes politik wang yang berlaku dalam umno. Kita melihat wujudnya pendakwaan terpilih terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak.
Kerajaan mendabik dada kononnya sudah ribuan juta diagihkan dari kantung dua Pakej Ransangan Ekonomi tersebut. Namun tidak ada maklumat yang disediakan buat tatapan serta penelitian umum berhubung proses pemberian tender kerajaan. Ini membuatkan rakyat beranggapan pakej tersebut tidak memberi kesan kepada mereka dan menimbulkan rasa sangsi kepada kita bagaimana ekonomi akan pulih sekiranya dana yang ada hanya untuk kepentingan syarikat milik kroni pemerintah.
Ketidakcekapan dan pembaziran merupakan ciri utama birokrasi kewangan kita. Monopoli pastinya menghambat sebarang hasrat untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia dan program liberalisasi akan hanya terbantut kerana tidak ada iltizam untuk melaksanakan perubahan.
Sehingga kini tidak ada sebarang perancangan jelas untuk melaksanakan perubahan serta memulihkan ekonomi negara sepertimana yang dijanjikan. Kenyataan oleh Perdana Menteri bahawa negara kita akan pulih menjelang akhir tahun menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Ini adalah kerana Perdana Menteri pada ketika yang lain, menyatakan bahawa ekonomi negara kita bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah; yang mengakui ekonomi mereka hanya akan pulih menjelang tahun 2010.
Minggu ini Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia-kecuali menteri kewangan- selama lapan bulan ini. Negara ini diambang kemelesetan. Kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup. Berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja. Pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5%(-5%), kedudukan eknomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru.
Cabaran yang mendatang memerlukan pemimpin yang mampu menangani krisis ini dengan berani dan bertindak menentang rasuah dan kronisme. Sayangnya kualiti tersebut tidak ada pada pentadbiran yang baru ini.
ANWAR IBRAHIM

Kontroversi: Pegawai Polis Penyiasat Kes Mata Lebam Anwar Dedah Beliau Kini Menjadi Mangsa Konspirasi Untuk Musnahkan Kreadibilitinya !!



KUALA LUMPUR [3.00 pm] - Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau. Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar."Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu."Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92. (Sumber Informasi: TV Antara)

Khamis, Mei 28, 2009

P'raya Manek Urai 14 Jul




May 28, 09 11:55am
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini. Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.

Rabu, Mei 27, 2009

Perlis: Anwar terima borang 320 ahli Umno

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.Menurutnya, ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.Tambah kekuatanDengan penubuhan cawangan baru di DUN Perlis itu, PKR akan mempunyai lima cawangannya di negeri itu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini."Penyertaan ahli Umno esok sekaligus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini."Jentera PKR di negeri Perlis baru nak bergerak. Kemasukan mereka akan menambah lagi kekuatan PKR Perlis," katanya.Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat ahli Umno di kawasan lain, antaranya di DUN Pauh, Titi Tinggi dan Beseri, yang akan melompat ke parti tersebut."Mungkin ada. Kita akan usaha untuk tarik mereka masuk PKR," kata Johari.Pauh terletak dalam parlimen Arau manakala Titi Tinggi dan Beseri terletak dalam parlimen Padang Besar.Sehubungan itu, Johari mengharapkan kemasukan mereka akan meningkatkan keyakinan PKR Perlis untuk membantu Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum yang ke-13.

Dari blog albanjari buat tatapan semua

Syahdan, setelah berlakunya peralihan kuasa, maka Kerajaan Wayang tidak lagi aman dan makmur. Tanaman huma dan straberi tidak lagi menjadi. Malah jika dulu, rakyatnya sibuk mengejar masa menuai rezeki, tidak lagi kini..hanya ramai bersantai di kedai2 kopi. Dengan kupang yg sedikit menghirup secawan kopi berjam2 lamanya sejak dari awal pagi. Apa nak jadi dengan negeri ini ? keluh Gadur kepada sahabatnya si Kursani. Ada Bendahara, tidak nampak berguna.Imam Alor, tiba2 bangun berdiri, " ni nak habaq mai, Dato' Bendahara Negeri baru sms ni, panggil kita-kita seluruh rakyat jelata mai rumah dia..ada sapa2 yang nak ikut kaa ? Gadur, jangan lupa bawak lori buruk hang tu, Dato' Bendahara mintak 10 orang kena pi..mesti pi..ke rumahnya, ada majlis makan2 dan doa selamat. Dalam kampung tu memang Gadur dikira berada kerana punya sebuah lori biarpun buruk tapi berjenama import..bedford..hebat tu !Setelah ditetapkan masa, maka berkumpullah hamba rakyat kurang lebih 10 orang untuk berangkat ke rumah Dato Bendahara. Disebabkan jarak tempat yg jauh, seawal lepas asar berangkatlah mereka semua naik kedalam lori yang berbumbungkan kanvas buruk menuju ke tempat keraian.2 jam perjalanan, sampailah Imam Alor dan ahli jemaahnya. Ketika tiba, telah ramai hamba rakyat Kerajaan Wayang memenuhi ruang diperkarangan rumah. Masing-masing segak bersampin dan bersongkok tinggi. Berserta aksesori yang lip lap lip lap. Itulah suasananya. Meriah sungguh. Alhamdulillah..lori buruk Gadur langsung tidak meragam kali ini, elok saja jalannya..dimudahkan oleh Allah.Elok saja turun dari belakang lori, azan Maghrib pun berkumandang..maka ramai juga hamba rakyat yang terus melangkah kaki menuju ke surau baru yg didirikan oleh Kerajaan Baimbai sebelum ini. Imam Alor dengan persiapan jubah putih dan berserban tidak menang mulut mengarahkan anak buah untuk terus ke surau. " Kita jemaah..dengan Dato' Bendahara, bukan senang nak jemaah dengan Dato;...ni kira rezeki lah ni..jangan ada yg engkar " keras ajer bunyi tutur Imam Alor, semenjak memegang kuasa Imam di qaryahnya.Ketika berada di ruang musolla, Imam Alor begegas mencari ruang sof yg paling depan, kalau boleh nak solat disebelah Dato' Bendahara. Dan memang niat itu dimakbulkan oleh Allah..Imam Alor dapat juga berdiri ditepi Dato' Bendahara akhirnya. Imam yang bertugas dengan penuh takzim mempelawa Dato' Bendahara untuk menjadi khalifah mengimami solat. Dato' Bendahara jadi serba salah. Maka bertolak-tolak lah 3-4 orang untuk siapa yg patut jadi imam. 5 minit terbuang masa begitu saja, mahu tidak mahu..terpaksalah juga Dato' Bendahara yang memakai persalinan berwarna hitam menjadi imam.Termakbul sudah niat Imam Alor, dapat berimamkan Dato' Bendahara. Terasa hebat dan bersemangat mahu bersolat. Ini kerana bukan calang2 orang Dato' Bendahara ini dimata rakyat, kelulusannya sangat tinggi, mengaji hingga ke negeri atas angin, dan pulangnya sudah tentu membawa degree. Eh! lain macam saja..ni semangat apa ni ? Takpa..teruskan..cerita belum habis..daa !Ketika Dato' Bendahara, membaca surah Al-Faatihah, khusyuk Imam Alor jadi terganggu. Begitu juga Dato' Penasihat Agama Kerajaan Wayang..dalam hatinya jadi celaru., dari bahsa badan Imam Alor dapat merasainya dia juga terganggu. Lintang pukang bacaannya, harakat bacaan langsung tidak stabil..panjang pendek..hentam saja..yang dengung jadi tak dengung, tak dengung jadi dengung, SOD jadi SIN, Imam Alor yang tahu jadi bingung, mufarakah...mufarakah...! bisik hati Imam Alor membetulkan niat solatnya semula. Dalam pada itu, Imam Alor berusaha menguatkan bacaan pada sebutan ayat yang salah disebut oleh Dato' Bendahara, akibat terkejut..Dato' Bendahara pun menoleh ke belakang...sambil berkata, " Eh ! Aku kaa jadi imam, hang yg jadi Imam ? " Tersentak dengan pertanyaan spontan itu, Imam Alor terkejut dan rebah di sisi Dato' Penasihat Agama, dimulutnya terus menyebut..mufarakah...mufarah..lalu disambut jua oleh Dato' Penasihat Agama..mufarakah..mufarakah...innalillahh.." Adeh...! Dah habis..dah ! Sekarang kita layan catatan albanjary dibawah ini pula :Sejak dianugerahkan oleh Allah sedikit kemenangan, agak jelas terlihat kian ramai yang mula meninggalkan siri-siri pentarbiyahan, hatta ada YB sebelum ini begitu rajin melaksanakan siri-siri tazkirah di masjid-masjid dan surau juga kian tidak terpandang kelibatnya. Kemanakah mereka ?Lebih hairan lagi, ada di kalangan ahli-ahli yang nampaknya, sudah tidak mahu diri di tarbiyah untuk menjadi lebih baik..lebih takutkan Allah. Lebih mengenali maksud iman, lebih sedar betapa apa sebenarnya islam dalam hidup kita. Saya rasa inilah dia suara-suara mereka-mereka yg memang mula menjauhi tarbiyah, nak ajak solat jemaah pun susah.Patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin.."selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat, jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami !Begitu juga ketika Rasulullah pergi berperang, hanya mereka yang bangun tahajjud sahaja yang Rasulullah benarkan keluar berperang. Apakah maksudnya semua ini ? Maksudnya kekuatan kita yang sebenar adalah islam, iman dan taqwa, juga disertai doa. Maka kekuatan berdasarkan semangat tanpa memperbaiki diri agar lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah kekuatan yg amat sementara. Apabila habis semangat, habislah perjuangan !Maka tidak hairanlah ada sebilangan jemaah PAS di dalam hatinya sering berkata-kata, buat apa nak usrah, pergi kuliyah, pengajian dan program tarbiyyah yang lain, berjuang tegak keadilan sudahlah ! Inilah natijahnya, benar.., bukan nak suruh jadi ulamak semua, tapi kita kena ingat bahawa merekalah (ulamak) orang yang mewarisi kerja2 para nabi dan Allah sendiri berfirman " sesungguhnya yang takutkan ulamak dari kalangan hambaku adalah ulamak".Dewan ulamak berperanan untuk mencorak dan menggerakan program tarbiyah bukan nak suruh jadi ulamak, tapi nak suruh kita lebih kenal tanggungjawab kita dengan Allah dan Rasulullah. Rasanya itu agaknya ada di dalam jemaah yg habis-habisan menentang ulamak dengan barbagai jajaan label yg tidak sedap didengar.Kita sudah semakin jauh dengan islam sebenarnya. Inilah hakikatnya. Kita tak jadikan akhlak sebagai ukuran dalam tindakkan kita. Kita sudah tidak minat nak dengar dasar-dasar ilmu yang digariskan Allah dan Rasulnya. Inilah kelemahan kita yang nyata. Kekuatan berdasarkan semangat, kita takkan kemana-mana..takkan kemana, percayalah ?Sepatutnya sebagai ahli jemaah kita patut rasa bersalah kalau kita sendiri tidak mentarbiyah diri kita dengan program yang ada. Berapa ramai yang lebih utamakan kerjaya dan dunia dengan memandang sinis golongan2 tua yang menyeru kepada tarbiyah. Ingat ! Kita kalau tidak hadir mesyuarat cawangan, kalau tidak ada sebab yg munsabah, sudah dikira berdosa..ya..ini bukan nak salahkan sesiapa..tetapi kenapa kita tak pernah ada rasa bersalah dan kenapa ? Kerana kita tak ajar diri kita untuk ingat bahawa dalam hidup kita takkan terlepas dari dosa dan pahala.Kalau golongan profesional kata golongan ugamawan/ulamak tidak berfikir secara profesional, kenapa golongan yang begitu bangga dengan profesional mereka tidak mahu mendalami tentang dasar-dasar islam dari agamawan/ulamak ? Dan kenapa sungguh2 suruh golongan2 agamawan terbuka minda sedangkan ada golongan yg bangga dengan profesionalnya itu tak mahu terbuka hati mengikut program2 tarbiyah. Soalan ini hanya hati yg boleh menjawabnya.Patutlah sampai ada yang tidak mahu bersama dengan program ini berkata, " payahlah macam ni..nak mengorat awek pon tak boleh ! Inikah jenis manusia yg hendak kita lahirkan dalam jemaah? Saya secara terbuka agak terkilan dengan mereka2 ini yang tidak mahu mendidik hati dengan tarbiyah tapi salahkan ahli2 jemaah yg menegur dengan istilah menghukum dan menyalahkan..bukankah itu suara yang sama dikeluarkan oleh Umno dan golongan sekular yang lain...!!!!???Saya amat risau sekiranya sekarang di dalam jemaah PAS semakin ramai lahir manusia beranam Abdullah bin Ubai bin Salul, benar...saya amat risau, mohon kepada Allah hindarkan dari bala sekularisasi dalam PAS ! Takbir !! (albanjary)

Walaupun xbertanding UMNO tetap berkempen di Penanti




Sensasi: Pilihanraya Kecil Penanti, Kain Rentang Berunsur Penghinaan Serta Perkauman Mula Di Pasang Untuk Cuba Mengalih Sokongan Rakyat !!

PENANTI [11.56] - Nampaknya kempen pilihanraya kecil Penanti sedikit tercemar bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak habis-habis memainkan isu perkauman bagi menagih simpati kepada rakyat. Bukan setakat itu sahaja, difahamkan terdapat juga banyak poster dan kain rentang yang menghina Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasangkan di sekitar Penanti. Terbaru, dua kain rentang terbabit telah ditemui oleh Skuad AMK Pahang yang meronda di kawasan JDM Mengkuang. Kain rentang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan kedua di Simpang Tiga Mengkuang. Menurut Ketua Skuad AMK Pahang yang diketuai Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang (foto), beliau bersama rakan-rakan iaitu Arman Rashid (Ketua Penerangan AMK Pahang) dan Saiful Adli Sahidan (AMK Bentong) telah meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang dan sungguh terkejut bila menemui kain rentang tersebut. Beliau kemudian telah menanggalkan kain rentang tersebut dan dibawa ke Markas Pusat di Yayasan Aman.
"Saya tidak menjangka perkara-perkara begini boleh berlaku di Penanti dan menganggap kali terakhir berlakunya di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dulu. Apa yang berlaku ini jelas membuktikan bahawa memang terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggunakan api perkauman bagi menagih simpati rakyat " kata Hatta.

Sementara itu Ketua Penerangan AMK Pahang, Arman Rashid pula menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.[Masalahnya di sini, siapakah yang punya angkara memasang dan mencetak kain rentang ini sebenarnya?. Apakah calon bebas terbabit atau puak-puak UMNO dan Barisan Nasional yang begitu teruja dengan sokongan rakyat terhadapat Anwar dan Pakatan Rakyat mutakhir ini. Nampaknya mereka sudah mula terdesak untuk melakukan tindakan. Dalam masa yang sama mereka takut untuk berhadapan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat menerusi pilihanraya. Kini episod "baling batu sembunyi tangan" sudah pun bermula. Soalnya, apakah jika kes seperti ini dilaporkan kepada pihak berkuasa maka mereka akan membuat siasatan dan mendakwa individu terbabit. Sedangkan dalam isu kain rentang "Kami Nak Idris Natang!" di Terengganu dulu masih belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Maknanya, pihak polis hanya akan bertindak jika ada kain rentang yang menghina pemimpin UMNO dan BN, sebaliknya yang melibatkan puak-puak mereka sendiri maka siasatan dibuat alar kadar hanya melepaskan batuk ditangga sahaja. Semoga skuad AMK akan dapat membongkar lebih banyak penyelewengan yang berlaku di Pilihanraya Kecil DUN Penanti dalam amsa terdekat ini].

TAHNIAH WARGA MALAYSIA....




EKONOMI MEROSOT BAWAH TOLAK SATU PERATUS – mkiniEkonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua."Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.kah kah kah… BETUL KE BERITA INI?… kah kah kahwoit… OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah..woit… OUR FUNDUMENTAL IS STRONG… kah kah kah…kah kah kah… INI MESTI BERITA FITNAH… INI MESTI TOHMAH…kah kah kah…kah kah kah… INI MESTI LAPORAN MEDIA ASING… kah kah kah…kah kah kah… INI MESTI LAPORAN AKHBAR LIBERATION YANG SUKA BUAT FITNAH…. kah kah kah…
DR TUKARTIUB..

Selasa, Mei 26, 2009

KENYATAAN BALAS BLOG KOMUNIS TERHADAP RAIS YATIM

Kenyataan Blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam
Dengan tidak diduga, blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam telah menjadi topik panas saat ini. Ingin diterangkan bahawa blog ini hanyalah sekadar memarkan apa kami alami, yang kami nampak mengenai perjuangan Rejimen Ke-10 TPNM secara telus. Dan bahan-bahan yang kami paparkan adalah bahan asli yang tidak diputar belit. Apakah ini salah? Dalam zaman moden dan demokratik ini, rakyat patut diberi hak untuk mendapat atau menerima maklumat dari perspektif-perspektif yang berlainan malah bertentangan supaya mereka boleh membuat tafsiran-tafsiran yang lebih seimbang serta objektif.Dalam perbincangan perundingan tingkat tinggi antara Kerajaan Malaysia dan PKM pusingan kedua pada 2 - 3 Februari 1989, wakil PKM antara lain pernah mengemukakan supaya kedudukan PKM dihalalkan, ISA dibatalkan, semua tahanan politik dibebaskan, peranan sejarah PKM dan peranan perjuangan bersenjata diakui.Pihak Malaysia telah menolak tuntutan itu dengan berbagai alasan, tetapi menyatakan bahawa kerajaan Malaysia mengakui sumbangan PKM untuk kemerdekaan, tetapi tidak boleh secara terbuka, biar ahli-ahli sejarah memberi penilaian masing-masing, kerajaan tak sekat. - lihat Suriani Abdullah REJIMEN KE-10 DAN KEMERDEKAAN, Nan Dao Publisher, ISBN 978 962 58331 21, Januari 1999. Mengikut pendapat kami, usaha-usaha yang menghalang mana-mana pihak menceritakan perjuangannya yang sebenar adalah tidak profesional, tidak demokratik dan tidak jujur serta tidak adil.

Banner Propaganda Kembali Lagi Di Penanti Pula - malaysiakini


Banner ni ade ejen Perisik Rakyat jumpa di Penanti... seingat aku, Banner dengan tajuk macam ni pernah muncul di Permatang Pauh masa Pilihanraya Kecil P-044 dulu. masa tu Pakatan Rakyat bertanding melawan UMNO dan jugak Bebas.Aku tak mau tuduh sape-sape dalam hal ni tapi aku suka warna merah tu... kalau ya pun nak buat propaganda, carik la kaler lain selain kaler Merah dan Biru... nampak sangat la geng...Yang aku herannya, calon Pakatan Rakyat bukan DS Anwar sebaliknya Mansur... yang kene serang DS Anwar... alamak... mentaliti macam budak skolah betul la creator propaganda ni...UMNgok betul..!Oit... aku tak tuduh UMNO tau, tu aku sebut UMNgok bukan UMNO..!Kah kah kah kah kah ... !!!

Penanti: SPR Arah PKR Turun Bendera Depan Pejabat UMNO - malaysiakini

Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah wujudkan bermacam-macam lagi undang-undang dan arahan-arahan pelik ikut kepala bapak pengerusi SPR.Aku sokong je SPR dari jauh...Sokong bawa rebah..!

Ribuan orang di ceramah Anwar Ibrahim di Johor walaupun diganggu Polis



program ceramah Datuk Sri Anwar Ibrahim medapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Johor walupun ia diganggu polis.
moga-moga polis-polis yg do jg ceramah ni pun terbuka la hati mereka...heheheh

MOGOK LAPAR 8 di tahan polis hari ini


















Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan
May 26, 09 10:40am
Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk seorang ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut. Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu. Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut. Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN. Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Isnin, Mei 25, 2009

Puasa sunat n Mogok lapar diputar belit pihat tertentu...

IPOH, 25 Mei :- Program Puasa Sunat yang dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar yang diadakan oleh Pakatan Rakyat telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut. Demikian antara kenyataan awal yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang kepada saya semasa dihubungi sebentar tadi.Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan esok adalah tepat 1 jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini."Saya juga telah mengarahkan Ketua penerangan PAS Negeri Perak, Ust. Misbah untuk memaklumkan kepada semua kawasan mengenai program ini, dimana kemuncaknya diperingkat negeri kita adakan solat hajat mohon dibubarkan DUN ditempat yang ditentukan kemuadian sementara di peringkat kawasan dibuat di markaz PAS" Jelas beliau.Ust. Ahmad Awang juga menjelaskan diperingkat Negeri akan disediakan juadah berbuka pada setiap hari sehingga Khamis dan beliau mengalu-alukan warga sekitar Ipoh untuk berbuka bersama-sama di Pejabat PAS Ipoh di Medan Istana Ipoh.Selain itu beliau menafikan mogok lapar yang dianjurkan menyusahkan dan membawa mudarat yang besar kerana mereka yang terlibat masih boleh minum setiap 6 jam dan penganjur juga menyediakan doktor pakar sebagai persedian jika ada kecemasan.

Ahad, Mei 24, 2009

AKU PUNYA PASAL LAH!!!



-Apa kenyataan Harussani yang menyintak hati saya itu? Harussani berkata :
"Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang".Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini...
"DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam".Aku pun terfikir... apa pulak masalahnya kalau orang nak buat mogok lapar? bukannya menyakitkan sape-sape... bukannya merosakkan harta benda sape-sape... bukannya mencederakan sape-sape... bukannya menyusahkan sape-sape...Dah dia orang nak buat mogok lapar, biar je lah... apa masalahnya? nak buat demonstrasi tak boleh, nak pakai baju hitam tak boleh, nak pasang lilin tak boleh... nak bersuara tak boleh... ni nak mogok lapar pun tak boleh..? aik?Sure Heboh boleh pulak... tak de masalah pulak..?Rasuah@politik wang boleh pulak... tak de masalah pulak..?Rampas kuasa boleh pulak... tak de masalah pulak..?Aik..?Jadi aku pun ambik keputusan untuk buat macam dekat bawah ni sebab dah lama sangat dah aku tak buat...
Hmmm... ada MASALAH ke dengan PASAL yang aku buat ni..?Kah kah kah kah kah ... !!!

MUFTI PERAK PENASIHAT UMNO???

Berikut ini saya dengan sangat berat hati terpaksa menyiarkan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harussani Zakaria yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Pembaca blog ini boleh menilainya sendiri untuk menjawab benarkah tajuk yang saya letakkan untuk posting ini.Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas. Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya . Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.'Kalau menang belah dia tidak apa'IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sabtu, Mei 23, 2009

Polis Serbu Ibu Pejabat DAP, Tahan Kakitangan, Rampas Peralatan dan Dokumen




Sepasukan polis seramai 11 orang dilaporkan telah menyerbu ibu pejabat DAP di Paramount Garden, Petaling Jaya lewat petang tadi untuk mencari dokumen berhubung penagkapan 16 aktivis pada acara nyalaan lilin di Ampang Khamis malam lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San anggota polis tiba di ibu pejabat DAP kira-kira satu setengah lalu dengan menaiki tiga buah kenderaan.

"Mereka datang dengan tiga kereta dan telah mengelindah pejabat DAP. Serbuan mereka tidak mempunyai waran dan polis juga telah membawa salah seorang kakitangan DAP ke balai untuk siasatan serta merampas peralatan komputer," kata beliau ringkas semasa dihubungi TV Antara.

Beliau berkata polis masih menggelidah pejabat DAP semasa berita ini ditulis.Satu sidang akhbar dijangka akan dipanggil bagi menjelaskan insiden serbuan polis tersebut dalam masa terdekat.

Sumber TVAntara.

Rabu, Mei 20, 2009

Talkinkan UMNO ? Sapa punya kerja ni ?


Astaghfirrullah..MasyaAllah..!! Ni kat mana ni ? Terkedu wak lihat foto ni, Patut ker hangpa buat macam tu ?

Kuburkan Saja Mereka!
OD kek mano kau dopek gambo ni ? Kau cito kat wak..!


Sumber tak sohih mengatakan bahawa, (rujuk komen) ..kejadian ini berlaku di Semporna Sabah, kerana depa tidak puas hati pasal tanah, dan KM depa (baca siapa ?), kawasan ni kawasan Naib Pengerusi UMNO yang bangap tu, saper ? itu..menteri apdal tuh laaa kalau nak tau, depa bukan mati pun, ni hanya protes jer wak, dan masih hard core umno, duit duit, dimana ko duit....UMNO talkinkan UMNO di Sabah lah yer !
posted by albanjari

Pertemuan Pimpinan Muslim-Buddha di Yala, Selatan Thailand

Ikhtiar beberapa rakan meredakan ketegangan dan permusuhan di empat wilayah selatan Thailand harus dihargai.

Kami bersama Tuan Guru Sheikh Mahmud, Mustafa Kamil Ayub, Dr. Badrul Amin serta rombongan disambut Jenderal Phicait Wisaijon, ketua pasukan tentera wilayah selatan Thailand di Golok dan menaiki helikopter khas tentera dari Tak Bai ka Yala.

Ketibaan kami di Yala disambut Ketua Sami Buddha yang terkemuka di Bangkok, Praprom Wachirayan dan Ketua Paderi Katholik Surat Thani, Joseph Pran.

Jenderal Wisaijon meminta saya menjenguk sajenak program ekonomi desa yang menjadi tunggak kegiatan beliau. Saban hari menurutnya ratusan wakil penduduk terutamanya umat Islam diberi latihan mengendali pertanian moden.

Sekitar 500 hadirin majoriti Muslim mendengar nasihat dan ucapan berhimpun di dewan sederhana tersebut. Intisarinya adalah mencari perdamaian, menolak keganasan dan kezaliman serta membina muafakat berdasarkan prinsip keadilan.

Tuan Guru Sheikh Mahmud dengan nada keras menolak tindakan kejam lalu tetapi menempelak kalangan yang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan keganasan. Ketua Sami juga menegaskan bahawa beliau komited dengan agenda perdamaian, menolak penyelesaian bersenjata atau berbentuk ketenteraan.

Jenderal dan Timbalannya mengakui keterlanjuran sabelumnya termasuk pembunuhan imam. Pendekatan kini adalah dengan mendampingi rakyat dan mengikut perintah Raja untuk memperkasa ekonomi rakyat.

Saya hargai inisiatif saudara Surayak, pemimpin agama dan tentera untuk meleraikan masalah runcing di empat wilayah. Penyelesaiannya tetap bertunjangkan prinsip keadilan, menghurmati hak rakyat dalam berbudaya dan beragama.

Semuga ikhtiar kecil ini terus disemarakkan.

ANWAR IBRAHIM